PENAFIAN

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (”JPA”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh JPA. Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Portal HRMIS, ia hanyalah untuk menyatakan JPA TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. JPA tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan portal dan maklumat dan bahan terkandung dalam portal dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

CAPAIAN

Portal Rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan semua pelayar*. Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain. Penggunaan resolusi lebih tunggi adalah digalakkan.

PRIVASI

JPA (”kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal HRMIS ini ianya boleh disalurkan terus melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan JPA. 

PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila; Mendapat kebenaran berbuat demikian. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau Pihak JPA mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

COOKIE

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda. Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain. Portal Rasmi HRMIS menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan: Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai. Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak. Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Portal HRMIS.

PAUTAN KEPADA LAMAN WEB LAIN

Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

KESELAMATAN

JPA (”kami”) menggunakan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA dan terpakai oleh semua kakitangan, pengguna dan pembekal yang menyediakan perkhidmatan, mencapai dan menggunakan aset dan sistem aplikasi Information and Communication Technology (ICT) di JPA. Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO/IEC 27001:2013.

MUAT TURUN DKICT JPA