MyHRMIS MOBILE
Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan aplikasi mudah alih terbaharu JPA yang merangkumkan kesemua fungsi dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat. Kesemua fungsi yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS sedia ada boleh diakses dalam aplikasi terbaharu ini dalam bentuk paparan yang lebih ringkas, kemas dan menarik.
6 FUNGSI MyHRMIS DALAM 1 APLIKASI
MyHRMIS Cuti | Membuat permohonan cuti rehat, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan melulus cuti melalui platfom mudah alih. | |
MyHRMIS Self Check | Menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS. | |
MyHRMIS Keluar Pejabat | Memudahkan pengurusan keluar pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas serta mematuhi Perintah AM 5 Bab G –Mematuhi Waktu Bekerja . | |
MyHRMIS Profil | Membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS. | |
MyHRMIS Care | Memberi pendapat dan cadangan serta mendapatkan khidmat bantuan. Menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang disediakan. | |
MyHRMIS eGL | Memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam sebagai kaedah alternatif kepada eGL online atau manual. Maklumat yang terkandung dalam aplikasi ini diambil dari Sistem HRMIS. |
CIRI-CIRI MyHRMIS Mobile
Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi MyHRMIS Mobile
Pemakluman melalui emel
Pemohon boleh memilih untuk MyHRMIS Mobile memaklumkan melalui emel kepada Pegawai Penyokong bagi permohonan yang telah dibuat.
Notifikasi oleh MyHRMIS Mobile
Pengguna akan dimaklumkan mengenai mesej transaksi melalui telefon bimbit
Kemudahan ingat No.KP dan Katalaluan
Memberi kemudahan untuk mengingati katalaluan apabila setiap kali aplikasi dibuka
APA KATA PENGGUNA
Seong Jin Shiu
24 Februari 2021
i like the new MyHRMIS mobile, having a refreshing look and 1 stop centre for all.
salahuddin hamzah
3 Mac 2021
Congratulations JPA. A very useful, user friendly & now a very much improved apps!
Michael Tommy Dilang
25 Februari 2021
All in one. Its better now than the previous one. Kudos to all devs ?
ahmad abdullah mn
16 Mac 2021
splendid. easy acces. easy navigate and compact