Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN FUNGSI PERMOHONAN TIDAK HADIR BERTUGAS ATAS PERINTAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 (AKTA 342) DI HRMIS 2.0

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, penambahbaikan Fungsi Permohonan Tidak Hadir Bertugas Atas Perintah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) telah dilaksanakan di HRMIS 2.0. Justeru, pegawai perkhidmatan awam yang menerima perintah atas Akta 342 yang menghalang kehadiran ke pejabat atau ke tempat bekerja boleh diberikan kebenaran tidak hadir bertugas atas perintah yang dikeluarkan
3. Permohonan Tidak Hadir Bertugas Atas Perintah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) adalah berdasarkan syarat dan peraturan sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Edaran 16 Mac 2020, Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak Covid-19 di Premis Kerajaan.
4. Mohon kerjasama dan tindakan Pentadbir HRMIS/Pentadbir Cuti di setiap agensi berkenaan perubahan Aliran Proses, Peranan dan Kod Aliran Kerja seperti berikut:


Rajah 1: Aliran Proses,Peranan dan Kod Aliran Permohonan Tidak Hadir Bertugas Atas Perintah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

5. Bersama ini disertakan Manual Pengguna bagi Permohonan Tidak Hadir Bertugas Atas Perintah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebagai rujukan YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan. 6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400.

MUAT TURUN