Untuk makluman, mulai tahun 2018 elemen KPI Data Perjawatan akan dinilai berdasarkan bilangan perjawatan mengikut Skim dan Gred Jawatan. Pada tahun ini, beberapa agensi telah dipilih sebagai perintis ke arah pelaksanaan tersebut. Sehubungan itu, bermula Jun 2017 Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA telah membuat proses pengemaskinian dan pemurnian Skim Perkhidmatan, Klasifikasi Perkhidmatan dan Kumpulan Perkhidmatan di dalam HRMIS dari semasa ke semasa. Salah satu skim yang dipinda bagi menepati kriteria penilaian elemen dalam Data Perjawatan adalah jawatan pengurusan tertinggi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa implikasi kepada skrin-skrin dalam Modul Data Perjawatan dan Profil Perkhidmatan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (PGT) untuk makluman dan perhatian agensi.

Merujuk kepada Arahan Pentadbiran JPA BPO 223/1/3-2 Jld. 2 (2) Bilangan 1 Tahun 2014, pindaan kepada Skim Perkhidmatan (Kumpulan PGT) telah dilaksanakan. Ini bermakna, Pemilik Kompetensi (CO) bagi Skim Pengurusan Tertinggi tidak lagi menggunakan skim perkhidmatan kumpulan PGT contohnya:

1) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Teknologi Maklumat Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Teknologi Maklumat
2) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
3) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Alam Sekitar Kumpulan Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Alam Sekitar

Oleh yang demikian, sekiranya agensi ingin membuat kemaskini, agensi perlu membuat pilihan look-up Skim yang standard tanpa (Pengurusan Tertinggi). Impak kepada skrin Data Perjawatan adalah seperti dilampiran:

i) Skrin Selenggara Jawatan Sebenar: Look-up Jawatan Standard dan Gred Min – Maks
ii) Skrin Profil Perkhidmatan: Senarai pada Item no. 2
Muat Turun : Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi