Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Makluman Penambahbaikan Pemilihan Pelulus dalam Permohonan Kebenaran Keluar Pejabat di HRMIS 2.0 dan MyHRMIS Keluar Pejabat

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, fungsi Pemilihan Pelulus dalam Permohonan Keluar Pejabat di HRMIS 2.0 telah ditambahbaik dengan menggabungkan paparan pelulus berdasarkan penyokong dan pelulus yang telah ditetapkan dalam cuti rehat iaitu menggunakan aliran kerja LV-001 dan LV002.
3. Sehubungan dengan itu, paparan pelulus Permohonan Keluar Pejabat akan menggunakan fungsi baharu sepenuhnya bermula 1 Mac 2021 di MyHRMIS Mobile dan akan digunakan di web HRMIS pada tarikh yang akan dimaklumkan akan datang.
4. Mohon kerjasama dan tindakan Pentadbir HRMIS/Pentadbir Cuti di setiap agensi berkenaan perubahan Aliran Proses, Peranan dan Kod Aliran Kerja seperti berikut:

Rajah 1: Perubahan Aliran Proses,Peranan dan Kod Aliran Pemilihan Pelulus dalam Permohonan Kebenaran Keluar

5. Bersama ini disertakan Panduan Pengguna Permohonan Kebenaran Keluar Pejabat sebagai rujukan YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan.
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini, pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400.