Perhatian Kepada:Warga JPA dan Pengguna Perkhidmatan Sistem Online JPA 
Tarikh / Masa Mula:13 November 2021 (Sabtu ) 8.30 pagi
Tarikh / Masa Tamat:14 November 2021 (Ahad ) 9.00 malam
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab:Kerja-kerja/ tujuan/ sebab: Adalah dimaklumkan bahawa pihak Tabung Haji Properties Sinar Sdn. Bhd. (kontraktor penyelenggaraan Kompleks C) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya WP Putrajaya (JKR WPP) THP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem voltan tinggi dan sistem voltan rendah serta pengujian bekalan elektrik kecemasan/tunggusedia. Kerja ini adalah di bawah penyelenggaraan berjadual (PPM) tahunan. Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sistem Voltan Tinggi (HT) dan sistem Voltan Rendah (LV) akan mengganggu bekalan elektrik bagi peralatan yang menggunakan bekalan kuasa normal.Oleh yang demikian, Pusat Data JPA terpaksa ditutup sepanjang tempoh pengujian tersebut. Tempoh masa ini juga mengambil kira tempoh proses shutdown dan up semua peralatan ICT secara teratur (grace downtime)
Kesan kepada pengguna yang terlibat:Sehubungan itu, semua perkhidmatan sistem online bawah seliaan JPA akan terganggu sepanjang tempoh seperti di atas. Berikut adalah perkhidmatan sistem online yang terlibat:

1. HRMIS (hrmis2.eghrmis.gov.my) dan semua modul terlibat
2. HRMIS mobile (sistem mudah alih)
3. eSILA (esilav2.jpa.gov.my) dan semua modul terlibat
4. Portal JPA (www.jpa.gov.my)
5. Portal HRMIS (www.eghrmis.gov.my)
6. Semua Sistem Online JPA
7. Sistem telefon VOIP JPA
8. Perkhidmatan Capaian Internet JPA

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:Sektor Pusat Data dan Kawalan Utama:

Nama: Ts. Muhamad Shahrudin bin Abu Bakar / En. Ahmad Naufal bin Jamri
Telefon: 038885 5005 / 3176

BKP
Nama Pegawai : En. Khairuddin Bin Mahmad Sha’udi / En. Zamri Bin Mohammad Nawi
Telefon : 013-2209201 / 012-2205315