Skip to main content

makluman semasa

Pemakluman : Notis Gangguan Sistem Aplikasi HRMIS

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula


29 September 2017 (Jumaat) / 06:00 petang

Tarikh / Masa Tamat


01 Oktober 2017 (Ahad) / 11:00 malam

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Peningkatan Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Capaian ke Sistem Aplikasi HRMIS akan terganggu.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Telefon : 03-83211400

 

Pemakluman : Notis Penyelenggaraan Sistem Call Centre JPA

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula


17 Februari 2018 (Sabtu) / 09:00 pagia

Tarikh / Masa Tamat


17 Februari 2018 (Sabtu) / 06:00 petang

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem Call Centre JPA

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Tidak dapat menghubungi dan meninggalkan pesanan suara ke talian Helpdesk JPA 03-83211400

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pemakluman : Notis Penyelenggaraan Sistem Call Centre JPA

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula:


3 Februari 2018 (Sabtu) / 09:00 pagi

Tarikh / Masa Tamat:


3 Februari 2018 (Sabtu) / 06:00 petang

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem Call Centre JPA

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Tidak dapat menghubungi dan meninggalkan pesanan suara ke talian Helpdesk JPA 03-83211400

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pemakluman : Perubahan Waktu Operasi Helpdesk Bermula Jun 2017

Bermula Jun 2017, waktu operasi Helpdesk JPA adalah seperti berikut:


Isnin –Jumaat : 7.30 pagi – 5.30 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am : TUTUP

Pemakluman Awal Penamatan Perkhidmatan HRMIS 1.0

MAKLUMAN PENTING

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi yang masih di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0. Setelah kerja-kerja migrasi dan pengujian selesai dilaksanakan, pengguna-pengguna HRMIS adalah dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya. Tarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.

Pemakluman Berkenaan Pengurusan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas di HRMIS

Untuk makluman, tiada penutupan menu Permohonan Cuti semasa tempoh Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Jana Kelayakan Cuti.
Pemilik Kompetensi dan Pentadbir Cuti dipohon agar dapat mengambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:

a) Tiada lagi keperluan untuk melaksanakan Permohonan Cuti serta Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan secara manual menggunakan borang hard copy.
b) Pastikan semua permohonan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas dan permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan dilaksanakan melalui fungsi permohonan dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
c) Pastikan semua proses Pindaan/ Pembatalan Cuti dilaksanakan melalui fungsi Pindaan/Pembatalan Cuti dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
d) Jadual pelaksanaan bagi Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Menjana Kelayakan Cuti adalah mengikut kesesuaian agensi masing-masing.

Pemakluman Gangguan Capaian Ke Atas Aplikasi HRMIS 2.0

Perhatian Kepada:Pengguna HRMIS 2.0
Tarikh / Masa Mula:2 September 2020 (Rabu) / 11.00 pagi
Tarikh / Masa Tamat:Tarikh / Masa Akhir 4 September 2020 (Jumaat) / 12.00 tengah malam
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab:Dimaklumkan bahawa terdapat aktiviti penyelenggaraan Sistem HRMIS bagi Submodul Tuntutan Dan Pendahuluan Diri serta fungsi Penjanaan dan Cetakan PDF, word, wxcel, CSV, XML, MHTML dan TIFF. 
Kesan kepada pengguna yang terlibat:Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan ke atas capaian perkhidmatan seperti berikut:
1. HRMIS 2.0 (hrmis2.eghrmis.gov.my)
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
url : spmb.jpa.gov.my

Helpdesk JPA
Telefon : 03-8321 1400

Pemakluman Kerja-Kerja Pembaikan Sistem UPS Di Blok C1

Perhatian Kepada:Semua pengguna sistem capaian awam JPA.
Tarikh / Masa Mula:20 Jun 2020 (Sabtu) / 8.00 pagi
Tarikh / Masa Tamat:20 Jun 2020 (Sabtu) / 11.00 malam
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab:Kerja-kerja/Tujuan/Sebab: Dimaklumkan bahawa pihak Penyenggara bangunan Kompleks C, iaitu THP SINAR SDN BHD akan menjalankan kerja-kerja pembaikan Sistem UPS di Blok C1. Kerja-kerja ini akan menyebabkan Pusat Data JPA ditutup operasi pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
Kesan kepada pengguna yang terlibat:Sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan ke atas capaian perkhidmatan sistem dan aplikasi JPA seperti berikut:

1. Portal JPA (www.jpa.gov.my)
2. Portal HRMIS (www.eghrmis.gov.my)
3. HRMIS 2.0 (hrmis2.eghrmis.gov.my)
4. HRMIS Klasik (hrmis.eghrmis.gov.my, hrmisone.eghrmis.gov.my, zontimur.eghrmis.gov.my)
5. MyHRMIS Mobile
6. MyHRMIS eGL
7. Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
8. Sistem MyKehadiran
9. Sistem Penajaan Pelajar (www.esilav2.jpa.gov.my / www.esila.jpa.gov.my)
10. Sistem Interaktif JPA (www.interactive.jpa.gov.my)
11. Sistem Simpanan Fail JPA (www.pocketdatav2.jpa.gov.my)
12. Sistem Latihan HRMIS (www.agc.eghrmis.gov.my)
13. Sistem Telefon VOIP JPA
14. Semua aplikasi dan sistem dibawah seliaan JPA

Adalah dinasihatkan supaya sebarang aktiviti melibatkan penggunaan server dan sistem aplikasi dilakukan sebelum atau selepas waktu yang dinyatakan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi:
THP Sinar Sdn. Bhd.
Nama Pegawai : Nur Eliza Sazreena Binti Zubir
Bilik Kawalan Bangunan : 03-88853209 ( ext : 3209)

Helpdesk HRMIS JPA E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon: 03-83211400

Pemakluman Penutupan Menu Kemaskini Pengurusan Rekod Peribadi

Perhatian Kepada:Pengguna HRMIS
Tarikh / Masa Mula:20 November (Jumaat) / 5:30 petang
Tarikh / Masa Tamat:20 November (Jumaat) / 6:30 petang
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab:Dimaklumkan bahawa terdapat kerja-kerja penyelenggaraan terhadap Modul Pengurusan Rekod Peribadi. Walaubagaimanapun, paparan maklumat peribadi boleh diakses oleh Pemilik Kompetensi seperti biasa.
Kesan kepada pengguna yang terlibat:Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan ke atas capaian perkhidmatan seperti berikut:

1. Fungsi Kemaskini Rekod Peribadi

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:Helpdesk JPA E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon : 03-8321 1400

Pemakluman Penyelarasan Kalendar Cuti di HRMIS

Untuk makluman Duta HRMIS di agensi, sekiranya Hari Raya Aidilfitri 1444 (2023) jatuh pada hari Jumaat (21 April 2023), penyelarasan Kalendar Cuti di HRMIS oleh JPA akan dilaksanakan bermula 2 Mei 2023. Tindakan penyenggaraan cuti di peringkat Kementerian/ Agensi (sekiranya ada perubahan), boleh mula dilaksanakan selepas penyelarasan Kalendar Cuti selesai.

Sebarang pemakluman akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pemakluman Perubahan Waktu Operasi Helpdesk JPA

Perhatian kepada: Semua Unit HRMIS Jabatan/ Kementerian/ Agensi

Tarikh : Bermula Jun 2017

Perkara : Hari Masa
Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 7.00 malam
Ahad 8.00 pagi – 5.00 petang

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui :
Helpdesk HRMIS JPA
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon: 03-83211400

Pemakluman: Pengurusan Cuti Rehat Bagi Tahun 2017 & 2018

TIADA PENUTUPAN menu Permohonan Cuti bagi Tahun 2017. Sehubungan itu, Pentadbir Cuti perlulah mengemaskini maklumat cuti dengan mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

a) Bermula 20 Disember 2017 sehingga 31 Januari 2018, aktiviti permohonan cuti, kelulusan cuti, pindaan/ pembatalan cuti serta permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Cuti Dibawa Ke Hadapan bagi tahun 2017 hanya boleh dilaksanakan melalui Aplikasi HRMIS 2.0. Operasi permohonan dan kelulusan Cuti Rehat di MyHRMIS Cuti boleh dilaksanakan seperti biasa.
b) Penjanaan kelayakan cuti bagi tahun 2018 boleh dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bergantung kepada kesesuaian Pentadbir Cuti agensi masing-masing.
c) Pematuhan kepada proses ini akan memastikan maklumat GCR dan kelayakan cuti bagi tahun 2018 adalah tepat.




Pemakluman: Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Untuk makluman, mulai tahun 2018 elemen KPI Data Perjawatan akan dinilai berdasarkan bilangan perjawatan mengikut Skim dan Gred Jawatan. Pada tahun ini, beberapa agensi telah dipilih sebagai perintis ke arah pelaksanaan tersebut. Sehubungan itu, bermula Jun 2017 Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA telah membuat proses pengemaskinian dan pemurnian Skim Perkhidmatan, Klasifikasi Perkhidmatan dan Kumpulan Perkhidmatan di dalam HRMIS dari semasa ke semasa. Salah satu skim yang dipinda bagi menepati kriteria penilaian elemen dalam Data Perjawatan adalah jawatan pengurusan tertinggi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa implikasi kepada skrin-skrin dalam Modul Data Perjawatan dan Profil Perkhidmatan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (PGT) untuk makluman dan perhatian agensi.

Merujuk kepada Arahan Pentadbiran JPA BPO 223/1/3-2 Jld. 2 (2) Bilangan 1 Tahun 2014, pindaan kepada Skim Perkhidmatan (Kumpulan PGT) telah dilaksanakan. Ini bermakna, Pemilik Kompetensi (CO) bagi Skim Pengurusan Tertinggi tidak lagi menggunakan skim perkhidmatan kumpulan PGT contohnya:

1) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Teknologi Maklumat Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Teknologi Maklumat
2) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
3) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Alam Sekitar Kumpulan Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Alam Sekitar

Oleh yang demikian, sekiranya agensi ingin membuat kemaskini, agensi perlu membuat pilihan look-up Skim yang standard tanpa (Pengurusan Tertinggi). Impak kepada skrin Data Perjawatan adalah seperti dilampiran:

i) Skrin Selenggara Jawatan Sebenar: Look-up Jawatan Standard dan Gred Min – Maks
ii) Skrin Profil Perkhidmatan: Senarai pada Item no. 2
Muat Turun : Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Penambahbaikan Fungsi Permohonan Cuti Rehat Khas (CRK)

Untuk makluman, JPA telah menambah baik aplikasi myHRMIS Cuti bagi kegunaan Guru-Guru Akademik. Aplikasi ini membolehkan Guru-Guru Akademik membuat permohonan cuti, menyemak status cuti, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan meluluskan cuti serta menyokong dan meluluskan Gantian Cuti Rehat (GCR). Mohon tuan/puan dan agensi yang terlibat untuk mengemas kini maklumat yang diperlukan dalam Sistem HRMIS bagi melancarkan penggunaan fungsi tersebut.

Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

1. Sebagaimana YBhg. Dato’ Dr./ Datuk/ Datuk Dr./ Dato’/ Datin Paduka/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.5.3.4.

2. Bagi menambah baik peraturan sedia ada dan memberi perhatian kepada kebajikan pegawai perkhidmatan awam, Kerajaan telah bersetuju supaya Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dipanjangkan kepada:

i. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan atau Hari Gawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia;

ii. pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah/ Wilayah Persekutuan Labuan; dan

iii. pegawai yang berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan berkhidmat di Sarawak.


3. Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR.5.3.4 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai) berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

4. Bersama-sama dengan ini dikemukakan pautan https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2023/3031-surat-edaran-penambahbaikan-kemudahan-cuti-tanpa-rekod-sempena-pesta-kaamatan-dan-hari-gawaibagi:

a) Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3(16) bertarikh 22 Mei 2023: Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

b) MyPPSM Ceraian SR.5.3.4: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai; dan

c) Soalan Lazim Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai.

5. Sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Pentadbir Cuti untuk membuat semakan dan memberi kelayakan kepada pegawai yang berkelayakan seperti yang telah ditetapkan berdasarkan Surat Edaran JPA.(S)800-1/1/7 JLD.3(16) bertarikh 22 Mei 2023: Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Pentadbir juga boleh merujuk jadual di bawah:

Bil.Pesta KaamatanHari Gawai
1.Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1)
hari untuk menyambut Pesta Kaamatan pada 30 Mei atau 31 Mei setiap tahun:

Pegawai seperti berikut boleh dibenarkan mengambil Cuti Tanpa Rekod satu (1)
hari untuk menyambut Hari Gawai pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun:

2.i. pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

ii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan
berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

iii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan
berkhidmat di Sarawak

i. pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

ii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia; atau

iii. pegawai berketurunan etnik yang menyambut Hari Gawai dan berkhidmat di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan

6. Senarai etnik yang terlibat seperti di jadual berikut:

Bil.Pesta Kaamatan (Etnik 1)Hari Gawai (Etnik 1)
1.Kadazandusun/ Dusun/ Kadazan
Dayak
2.Orang Sungai
3. Murut
4.Idahan/ Ida’an
5.Momogun Rungus
6.Lundayeh
7.Bisaya
8.Dusun Subpan

Nota : Pembuktian boleh berdasarkan maklumat profil pegawai di HRMIS, Sijil Kelahiran atau dokumen berkaitan.

7. Menjana/Selenggara Kelayakan Cuti sebelum permohonan cuti boleh dilaksanakan:

a) Login sebagai Pentadbir Cuti kemudian Klik Menu Selenggara Kelayakan Cuti

b) Masukkan NOKP CO berkenaan. Klik Teruskan kemudian klik radio button.

c) Klik butang Tambah 

d) Pilih Kategori Cuti iaitu Cuti Tidak Berekod. Kemudian pilih Jenis Cuti iaitu Pesta Kaamatan/Hari Gawai (Cuti yang Berkelayakan). Masukkan Bilangan Hari Kelayakan Cuti kepada 1 hari dan klik Simpan.

8. Sekiranya terdapat pertanyaan mohon hubungi Puan Naqiah Firdaus Binti Saari dari Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) di No. Tel: 03-8885 5689.

Penambahbaikan LNPT Bagi Modul/Submodul Pengurusan Prestasi

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan di modul/submodul LNPT HRMIS 2.0 yang melibatkan menu Pegawai Yang Dinilai (PYD). Penambahbaikan ini telah berada di persekitaran Production HRMIS 2.0 pada 19 Julai 2022 dan keterangan serta skrin penambahbaikan mengenai perkara ini adalah seperti di lampiran.
Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini adalah dihargai.

MUAT TURUN

Penambahbaikan LNPT Bagi Modul/Submodul Pengurusan Prestasi

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan di modul/submodul MyPerformance HRMIS 2.0 – Sasaran Kerja Utama yang melibatkan antaramuka di fungsi Selenggara SKU Agensi. Penambahbaikan ini dijangka berada di persekitaran Production HRMIS 2.0 selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2022. Sehubungan itu, keterangan serta skrin penambahbaikan mengenai perkara ini adalah seperti di lampiran.Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini adalah dihargai.

MUAT TURUN

Penambahbaikan Modul/Submodul LNPT HRMIS 2.0

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan di modul/submodul LNPT HRMIS 2.0 berkaitan paparan aktiviti yang telah mendapat pengesahan Pegawai Penilai dari submodul Penglibatan dan Sumbangan, Myperformance. Penambahbaikan ini telah selesai dan berada di persekitaran production pada 21 Julai 2022. Keterangan serta skrin penambahbaikan adalah seperti di lampiran untuk perhatian dan rujukan pihak Tuan/Puan.

MUAT TURUN

Penambahbaikan Modul/submodul Myperformance HRMIS 2.0

Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan di modul/submodul Myperformance HRMIS 2.0 berkaitan mekanisma kawalan pengemaskinian ruangan sasaran Sub SKU di peringkat Pegawai Yang Dinilai. Penambahbaikan ini dijangka berada di persekitaran Production HRMIS 2.0 selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2022. Sehubungan itu, keterangan serta skrin penambahbaikan mengenai perkara ini adalah seperti di lampiran

MUAT TURUN

Penambahbaikan Sub Modul SKT

Mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017, paparan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan memaparkan peringatan di butang HANTAR sekiranya Pegawai Yang Dinilai (PYD) masih belum melengkapkan pencapaian sebenar SKT (Rajah 1). Setelah semua pencapaian sebenar aktiviti SKT dilengkapkan, PYD boleh menghantar kepada penilai untuk pengesahan SKT.

Penambahbaikan ini sebagai peringatan kepada PYD sekiranya masih ada ruangan kosong pada pencapaian sebenar.

Rajah 1: