Skip to main content

makluman semasa

Makluman Terkini

Dimaklumkan bahawa sebarang perubahan yang melibatkan sandangan hanya akan berkuat kuasa pada keesokan harinya.Ini adalah disebabkan kerja-kerja penambahbaikan ke atas table berkenaan.
Penguatkuasaan perkara ini berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.

Montaj Pelancaran Portal HRMIS Baharu

Montaj Penutup Sambutan Bulan HRMIS 2019

Muat Turun Infografik Soalan Lazim

Infografik Soalan Lazim

Muat Turun MyHRMIS Mobile versi 2.0.7

MyHRMIS Keluar Pejabat

Notis Pemakluman Penambahbaikan Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) HRMIS

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Modul :


Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) HRMIS

Keterangan :


Sukacita dimaklumkan bahawa satu penambahbaikan laporan baru iaitu Senarai Maklumat Kursus Diperlukan telah ditambah di persekitaran HRMIS 2.0 dan laporan ini boleh dicapai oleh pentadbir agensi yang mempunyai peranan kod [483] PM-Administrator.



Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan Pentadbir Agensi mendapatkan senarai maklumat kursus diperlukan yang telah diisi oleh Pegawai Yang Dinilai semasa proses penilaian LNPT.



Lampiran Capaian:


Seperti di lampiran (klik disini untuk muat turun lampiran)

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


Talian telefon : 03-83211400



Notis Pemakluman Penyelenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula


13 Julai 2018 (Jumaat) / 08:00 malam

Tarikh / Masa Tamat


13 Julai 2018 (Jumaat) / 10:00 malam

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Tidak dapat mengakses HRMIS, aplikasi HRMIS Mobile, eGL dan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB).

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


Talian telefon : 03-83211400





Notis Pemakluman : Penambahbaikan Fungsi Pelaksanaan Transaksi SKT Dan LNPT Bagi Anggota Bukan Perkhidmatan Awam (ABPA)

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Penambahbaikan:


Pewujudan dan Pengemaskinian Maklumat Anggota Bukan Perkhidmatan Awam (ABPA)

Keterangan:


Sukacita dimaklumkan bahawa fungsi ABPA telah diwujudkan di HRMIS bagi membolehkan ABPA mengambil tindakan transaksi di dalam HRMIS.



Pentadbir HRMIS Agensi/ Kementerian perlu mewujudkan dan mengemaskini maklumat ABPA melalui fungsi:



Pentabiran Sistem -> Penyelenggaraan Rekod->

APBA -> Cari/ Tambah Rekod ABPA

(Sila Rujuk Lampiran)



Bagi tujuan penggunaan penambahbaikan ini, Pentadbir HRMIS Agensi perlu mewujudkan dan mengemaskini maklumat peribadi, maklumat perkhidmatan, maklumat peranan serta mengaktifkan ID ABPA di dalam Aplikasi HRMIS 2.0 sebelum menggunakan fungsi pelaksanaan transaksi SKT dan LNPT bagi ABPA tersebut.



Lampiran Manual Pengguna:

Seperti di lampiran
(KLIK UNTUK MUAT TURUN)

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


Talian telefon : 03-83211400





Notis Pemakluman Penyelenggaraan Pangkalan Data HRMIS



Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula


30 Julai 2018 (Isnin) / 05:30 petang

Tarikh / Masa Tamat


30 Julai 2018 (Isnin) / 5:50 petang

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Tidak dapat mengakses HRMIS, aplikasi HRMIS Mobile, eGL dan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB).

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


Talian telefon : 03-83211400





NOTIS PEMAKLUMAN: CAPAIAN PERKHIDMATAN SISTEM APLIKASI HRMIS 2.0 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TELAH PULIH

Perhatian Kepada : Sistem aplikasi JPA seperti HRMIS 2.0 / MyHRMIS Mobile / SPMB / MyKehadiran / eGL / eSILA / MyPsyD dan lain-lain.
Tarikh / Masa Mula : 27 November 2024 (Rabu) / 12:01 pagi
Tarikh / Masa Tamat : -
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab : Penyenggaraan aplikasi HRMIS 2.0
Kesan kepada pengguna terlibat : Gangguan capaian kepada sistem aplikasi HRMIS 2.0 dan aplikasi yang menggunakan capaian ID yang sama telah pulih.
Tindakan yang perlu diambil oleh agensi : Menyebarkan makluman kepada pengguna di Agensi/Kementerian bahawa gangguan capaian aplikasi HRMIS 2.0 dan lain-lain aplikasi telah pulih.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui : Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.gov.my

Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA
Telefon: 03-8321 1400

NOTIS PEMAKLUMAN: GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN SEMUA SISTEM APLIKASI DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Perhatian Kepada :

Semua Pengguna:

Gangguan capaian Sistem aplikasi JPA seperti Internet / HRMIS 2.0 / Portal JPA / eSila / eSila v2 / SPMB / MyKehadiran dan lain-lain. 

Tarikh / Masa Mula : 13 Disember 2024 (Jumaat) / 8:00 malam
Tarikh / Masa Tamat : 15 Disember 2024 (Ahad) / 10:00 pagi 
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab : Kerja-kerja penyenggaraan elektrik dan perkakasan di Pusat Data JPA 
Kesan kepada pengguna terlibat :

Kesan capaian kepada semua sistem aplikasi dan portal JPA termasuk sistem aplikasi HRMIS 2.0.


Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna dinasihatkan menyelesaikan urusan seperti mencetak eGL sebelum tarikh/masa mula di atas bagi kegunaan kecemasan dan sebagainya. 

Tindakan yang perlu diambil oleh agensi : Menyebarkan makluman kepada pengguna di Agensi/Kementerian. 
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui : Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.gov.my

Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA
Telefon: 03-8321 1400

Panduan Pengguna Untuk Pemilik Kompentensi Melaksanakan Permohohan GCR Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan Dalam HRMIS

Soalan Lazim: Panduan Pengguna Untuk Pemilik Kompentensi Melaksanakan Permohohan GCR Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan Dalam HRMIS.

Panduan Pengguna Untuk Pentadbir Cuti Melaksanakan Permohohan GCR Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan Dalam HRMIS

Soalan Lazim : Panduan Pengguna Untuk Pentadbir Cuti Melaksanakan Permohohan GCR Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan Dalam HRMIS

Pelaksanaan Baharu Fungsi Permohonan Perjalanan ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian

Muat Turun

Panduan Permohonan Keluar Negara Atas Urusan Persendirian

Pelaksanaan Permohonan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Secara End-To-End Melalui HRMIS Bagi Agensi-Agensi Rintis Di JPA

Untuk makluman, Submodul Pengurusan Tuntutan Dan Pendahuluan Diri - Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri telah ditambah baik dalam HRMIS bagi membolehkan permohonan tuntutan diproses sehingga ke penerimaan pembayaran melalui integrasi dengan sistem iGFMAS (end-to-end) kepada agensi-agensi rintis.

Sebagai persediaan awal penggunaan submodul ini, tuan/ puan boleh mendapatkan Panduan Pengguna di pautan Pengurusan Tuntutan Dan Pendahuluan Diri seperti berikut:

https://www.eghrmis.gov.my/index.php/panduan-pengguna/hrmis-2-0/pengurusan-tuntutan-pendahuluan-diri


Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Hrmis Bagi Tahun 2017

Untuk makluman tuan/ puan, KPI HRMIS telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 ke atas Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). Bagi tahun 2017, penilaian KPI HRMIS diteruskan dan penilaian merangkumi kriteria seperti berikut:-

(i) Pengemaskinian Data Perjawatan: Perbandingan bilangan perjawatan di antara HRMIS dan MyPost;
(ii) Pemurnian data bagi 21 elemen di Data Perjawatan, Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan di HRMIS;
(iii) Pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Tahun 2017 melalui HRMIS;
(iv) Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi Tahun 2017 melalui HRMIS;
(v) Pelaksanaan Perisytiharan Harta melalui HRMIS; dan
(vi) Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan Melalui HRMIS Bagi Persaraan Paksa Kerana Had Umur (55/56/58/60), Penamatan Perkhidmatan Sukarela- Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan.

“Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2017 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri” ini telah dibentangkan dan dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2016 yang diadakan pada 29 September 2016. Tuan/ puan boleh muat turun Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/ PSUK/ Jabatan Dan Agensi Bagi Tahun 2017 dan Kamus KPI HRMIS 2017 di bawah:

1) Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/ PSUK/ Jabatan Dan Agensi Bagi Tahun 2017
2) Kamus KPI HRMIS 2017

Sebarang pertanyaan berkaitan KPI HRMIS ini boleh dirujuk kepada:

URUS SETIA KPI HRMIS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT STRATEGIK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
No. Telefon: 03-8885 5021/ 5167
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah membangunkan Sistem Helpdesk JPA yang baharu yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA. Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif baharu JPA dalam memberi kemudahan pengurusan aduan aplikasi ICT JPA dengan cekap dan telus. Antara kelebihan SPMB adalah:



a) Menggunakan ID dan kata laluan HRMIS;

b) Pengurusan aduan atas talian secara end-to-end;

c) Paparan responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;

d) Pemantauan aduan boleh dibuat pada setiap peringkat status tindakan;

e) Kemudahan peringatan kepada pengguna untuk tindakan susulan; dan

f) Pemantauan Key Performance Indicator (KPI) penyelesaian aduan yang lebih efisen.



Perlaksanaan penggunaan SPMB akan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2018 (Jumaat). Oleh itu, kerjasama tuan/puan adalah diperlukan bagi membantu mempromosikan penggunaan sistem ini ke seluruh peringkat kementerian dan agensi di bawah tuan/puan melalui hebahan poster seperti di Lampiran.



Bagi memudahkan penggunaan kepada sistem ini, Manual Pengguna Pemilik Kompetensi, Pentadbir HRMIS Agensi dan Pentadbir HRMIS Kementerian boleh dimuat turun melalui pautan berikut:



a) Menu di dalam SPMB;

b) Portal HRMIS di bawah Menu Muat Turun; atau

c) Pautan https://bit.ly/spmb_jpa.

Pemakluman : Modul Sekuriti : Set Semula Kata Laluan

Perhatian Kepada:Semua Warga /Pentadbir Kementerian/ Jabatan/Agensi
Tarikh / Masa Mula:9 Ogos 2022 (Selasa) / 9.00 pagi
Tarikh / Masa Tamat:Akan dimaklumkan kelak
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab:Pembaikan Ralat Didalam Menu Tukar Kata Laluan – Emel Alternatif HRMIS2.0
Kesan kepada pengguna yang terlibat:Pelaksanaan Permohonan Kata Laluan tidak dapat dilaksanakan Melalui Kaedah Emel Alternatif.

Penyelesaian Sementara:
Pemilik Kompetensi boleh membuat permohonan kepada Pengesah Rekod Peribadi untuk mengemaskini e-mel terkini dalam elemen Rekod Peribadi.
Selepas e-mel dikemaskini pengguna boleh tukar kata laluan melalui keadah permohonan melalui e-mel rasmi

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.com.my

Helpdesk JPA E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon : 03-8321 1400

Pemakluman : Notis Gangguan Sistem Aplikasi HRMIS

Perhatian kepada:


Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula


29 September 2017 (Jumaat) / 06:00 petang

Tarikh / Masa Tamat


01 Oktober 2017 (Ahad) / 11:00 malam

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:


Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Peningkatan Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:


Capaian ke Sistem Aplikasi HRMIS akan terganggu.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:


E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Telefon : 03-83211400