MyHRMIS Self Check            Aplikasi Semakan & Status Terkini Data

Muat Turun PERCUMA di Apple Store dan Google Play Store 
Dapatkan Sekarang...

MyHRMIS Self Check

Aplikasi MyHRMIS Self Check ini merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS. 

FUNGSI MyHRMIS Self Check

Terdapat 5 menu utama yang merupakan kriteria KPI HRMIS berasaskan penjawat awam iaitu Pemurnian Data (data peribadi dan profil), Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Perisytiharan Harta dan Penamatan Perkhidmatan.

Menu Pemurnian Data (Data Peribadi & Profil) terdapat 21 senarai elemen KPI 

Menu Status LNPT terdapat fungsi paparan Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk Pegawai Yang Dinilai dan paparan status untuk Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua (jika mempunyai peranan). 

Menu Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT) terdapat fungsi paparan status SKT untuk Pegawai Yang Dinilai dan paparan Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang belum disahkan untuk Pegawai Penilai Pertama (jika mempunyai peranan).

Menu Perisytiharan Harta terdapat maklumat harta yang masih dalam tempoh 5 tahun perisytiharan.

Menu Penamatan Perkhidmatan terdapat maklumat dan status persaraan.

CIRI-CIRI MyHRMIS Self Check

Ciri-ciri yang terdapat dalam Aplikasi Self Check

Kemudahan Ingat Kata Laluan

Memberi kemudahan untuk mengingati katalaluan apabila setiap kali aplikasi dibuka 

APA KATA PENGGUNA

Nor Irfhan Nor Azman

21 Mac 2017

 Mudah dan ringkas

mdyusrie abu kassim

14 Julai 2016

Terbaik.. Terkini & Mudah..

kerollz aphri

21 Februari 2017

 Terbaek n memudahkan..

MyHRMIS Self Check

Memudahkan Urusan Semakan & Status Terkini Data Pegawai

Dapatkan PERCUMA, Muat Turun Sekarang!!!