Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menambahbaik Submodul Perisytiharan Harta yang terdapat dalam HRMIS 2.0 di mana melibatkan Pengabungan Lima Fungsi kepada Satu Fungsi – Pengurusan Maklumat Harta di HRMIS 2.0. Oleh itu, submodul Perisytiharan Harta yang terdapat di HRMIS Klasik pada pautan https://hrmisone.eghrmis.gov.my/ telah ditutup.
Dimaklumkan bahawa terdapat 2 fungsi Permohonan Cuti Tanpa Rekod telah ditambah baik dari segi kawalan permohonan berdasarkan kelayakan pemohon dan boleh dimohon melalui HRMIS 2.0 dan HRMIS Klasik.
i. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) berdasarkan Surat Edaran (SE29042019): Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam; dan
ii. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday berdasarkan Surat Edaran (SE17042019): Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian
Kedua-dua Cuti Tanpa Rekod ini boleh mula dimohon bermula tahun 2021.
Kerja-kerja/Tujuan/Sebab: Dimaklumkan bahawa pihak Penyenggara bangunan Kompleks C, iaitu THP SINAR SDN BHD akan menjalankan kerja-kerja pembaikan Sistem UPS di Blok C1. Kerja-kerja ini akan menyebabkan Pusat Data JPA ditutup operasi pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
Kesan kepada pengguna yang terlibat
:
Sepanjang tempoh tersebut akan terdapat gangguan ke atas capaian perkhidmatan sistem dan aplikasi JPA seperti berikut:
1. Portal JPA (www.jpa.gov.my)
2. Portal HRMIS (www.eghrmis.gov.my)
3. HRMIS 2.0 (hrmis2.eghrmis.gov.my)
4. HRMIS Klasik (hrmis.eghrmis.gov.my, hrmisone.eghrmis.gov.my, zontimur.eghrmis.gov.my)
5. MyHRMIS Mobile
6. MyHRMIS eGL
7. Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
8. Sistem MyKehadiran
9. Sistem Penajaan Pelajar (www.esilav2.jpa.gov.my / www.esila.jpa.gov.my)
10. Sistem Interaktif JPA (www.interactive.jpa.gov.my)
11. Sistem Simpanan Fail JPA (www.pocketdatav2.jpa.gov.my)
12. Sistem Latihan HRMIS (www.agc.eghrmis.gov.my)
13. Sistem Telefon VOIP JPA 14. Semua aplikasi dan sistem dibawah seliaan JPA
Adalah dinasihatkan supaya sebarang aktiviti melibatkan penggunaan server dan sistem aplikasi dilakukan sebelum atau selepas waktu yang dinyatakan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui
:
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi: THP Sinar Sdn. Bhd.
Nama Pegawai : Nur Eliza Sazreena Binti Zubir
Bilik Kawalan Bangunan : 03-88853209 ( ext : 3209)
Helpdesk HRMIS JPA
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon: 03-83211400
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi yang masih di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0. Setelah kerja-kerja migrasi dan pengujian selesai dilaksanakan, pengguna-pengguna HRMIS adalah dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya. Tarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.