Hebahan Panduan Pengguna dan FAQ Cetakan Dokumen Opsyen (Kategori A) Sistem Saraan Perkhidmatan Awam di HRMIS
Dimaklumkan bahawa fungsi cetakan Dokumen Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi Kategori A: Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 telah boleh diakses oleh Pentadbir HRMIS/Pentadbir Sumber Manusia (Modul Profil Perkhidmatan).
Mohon semak lampiran borang opsyen yang telah dicetak, dan sama seperti format lampiran di Pekeliling SSPA. Contohnya seperti tanda (tick) pada Lampiran G3.
Bersama-sama ini disertakan Panduan Pengguna dan FAQ untuk perhatian tuan/puan selanjutnya.