UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 564

AKTA TELEPERUBATAN 1997


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawalan amalan teleperubatan; dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


                                                                                  [                                              ]


MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, sepertinya berikut:

1.   (1)   Akta ini bolehlah dinamakan Akta Teleperubatan 1997.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

 

      (2)   Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. 


2.  
Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya mengkehendaki makna yang lain ----

      "Akta Perubatan" ertinya Akta Perubatan 1971;

      "berdaftar sementara" ertinya didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 Akta Perubatan; 







Tafsiran.

mukasurat 4