6.   (1)   Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia berkomunikasi secara langsung atau tak langusung suatu nombor, kod, kata laluan atau cara capaian yang lain kepada suatu komputer kepada mana-mana orang selain daripada orang yang kepadanya dia diberikuasa dengan sempurnanya untuk berkomunikasi.

       (2)   Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

7.   (1)   Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila diperuntukkan bagi kesalahan itu.



Komunikasi salah.

 

 

 

 



Pensubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan.

      (2)   Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:  

       Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan hendaklah tidak melebihi satu perdua tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

8.   Seseorang yang ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa atur cara, data atau maklumat lain yang disimpan dalam mana-mana komputer atau didapatkan semula daripada mana-mana komputer yang berkenaan dengannya dia tidak berkuasa untuk ada dalam jagaan atau kawalannya, hendaklah disifatkan telah memperoleh capaian tanpa kuasa kepada atur cara, data atau maklumat itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya. 

 

 

 

 

 


Anggapan.


mukasurat 10