(c)   menggunakannya; atau 

            (d)   menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan 
                    sama ada dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-
                    apa cara lain,

dan rujukan kepad capaian kepada suatu atur cara atau data dan kepada suatu niat untuk mendapat capaian sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

   (3)   Bagi maksud perenggan (2) (c), seseorang mengguna sesuatu atur cara jika fungsi yang disebabkannya komputer itu melaksana -----

           (a)   menyebabkan atur cara itu dilakukan; atau

           (b)   ia sendirinya adalah fungsi sesuatu atur cara itu.

   (4)   Bagi maksud perenggan (2)(d), bentuk apa-apa atur cara atau data dioutput dan khususnya sama ada ia merupakan suatu bentuk yang dalam hal suatu atur cara, boleh dilaksanakan atau dalam hal data, boleh diproses oleh komputer atau tidak adalah tak material.

   (5)   Bagi maksud Akta ini, capaian dalam apa-apa bentuk oleh mana-mana orang kepada apa-apa atur cara atau data yang disimpan dalam komputer adalah tanpa kuasa jika ----

           (a)   dia sendirinya tidak berhak untuk mengawal capaian dalam bentuk 
                   yang berkenaan kepada atur cara atau data itu; dan

           (b)   dia tidak mempunyai keizinan atau melebihi apa-apa hak atau 
                   kebenaran untuk mencapai olehnya dalam bentuk yang berkenaan 
                   kepada atur cara atau data itu daripada mana-mana orang yang 
                   berhak.           


mukasurat 6