Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Notis Pemakluman Penyelenggaraan Cluster Pangkalan Data HRMIS

Slaid Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 29 September 2016 (Khamis)
Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat    : Dewan Serbaguna
                Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
                Aras B1, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62100 PUTRAJAYA
Pengerusi : YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan
                 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
                 Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:


i) Kertas 1 : Status Pencapaian Terkini KPI HRMIS Tahun 2016

ii) Kertas 2 : Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2017 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

iii) Kertas 3 : Laporan Hasil Tinjauan Pelaksanaan HRMIS oleh Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

iv) Kertas 4 : Meja Bantuan HRMIS JPA

v) Kertas 5 : Projek Rintis Modul Saraan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

vi) Kertas 6 : Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Julai 2016 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Serbaguna
Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
Pengerusi : Encik Mohd Danial bin Ma'alip
Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS)
Jabatan Perkhidmatan Awam

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Status Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Sektor Awam yang baharu

ii) Kertas 2:
Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia di dalam HRMIS

iii) Kertas 3:
Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS
a) Badan Berkanun Persekutuan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
b) Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Baca Selanjutnya...

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016 (Jumaat)

Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai 2016.

SURAT EDARAN: JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (11) dan Kenyataan Akhbar oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 30 Jun 2016

Berdasarkan surat edaran di atas, adalah dimaklumkan bahawa pembatalan cuti bagi penjawat awam yang telah memohon cuti pada 8 Julai 2016 (Jumaat) akan dilaksanakan secara automatik di dalam HRMIS. Oleh yang demikian, Pentadbir Cuti HRMIS tidak perlu melakukan apa-apa tindakan pembatalan cuti bagi tarikh tersebut.

Baca Selanjutnya...

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menganjurkan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015 pada 30 November dan 1 Disember 2015 bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.


Seramai 500 orang peserta telah dijemput terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Sumber Manusia, Pengurus-pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pegawai-pegawai HRMIS dikalangan agensi yang dikenakan KPI HRMIS. Selain itu, turut dijemput adalah pegawai-pegawai HRMIS daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih. Tema persidangan program pada kali ini adalah “‪#‎HRMISuntuksemua‬”.

 

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2015 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 14 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar, Dewan D2
    Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS)
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
Pengerusi : Encik Mohd Danial bin Ma'alip
    Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat
    Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Berikut adalah Pembentangan Kertas Makluman:

a) Pelaksanaan KPI HRMIS

i) Tahap Pencapaian KPI HRMIS Tahun 2015 bagi Kementerian/Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

ii) Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2016 bagi Kementerian/Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. (Kertas 2)

b) Laporan Pemurnian Data Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Kementerian/Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. (Kertas 3)

c) Laporan Tahap Penggunaan HRMIS 2.0 (Kertas 4)

 

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 09 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9
              Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam
              W.P Putrajaya

Pengerusi : Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus
                 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
                 Jabatan Perkhidmatan Awam

Slaid Pembentangan Kertas Makluman adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Pelaporan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bil.1/2015 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil.1/2015  

ii) Kertas 2:
Status Pemurnian Data HRMIS

iii) Kertas 3:
Penggunaan HRMIS 2.0

iv) Kertas 4:
Laporan Penemuan Program Turun Padang (PTP)

v) Kertas 5:
Status Pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melalui HRMIS

vi) Kertas 6:
Status Terkini Projek Rintis: Peluasan HRMIS di Agensi-agensi Kerajaan Negeri Sembilan

Galeri Gambar 

 

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed