Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Pemakluman : Notis Gangguan Sistem Aplikasi HRMIS

Pemakluman: Pengurusan Cuti Rehat Bagi Tahun 2017 & 2018

TIADA PENUTUPAN menu Permohonan Cuti bagi Tahun 2017. Sehubungan itu, Pentadbir Cuti perlulah mengemaskini maklumat cuti dengan mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:

a) Bermula 20 Disember 2017 sehingga 31 Januari 2018, aktiviti permohonan cuti, kelulusan cuti, pindaan/ pembatalan cuti serta permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Cuti Dibawa Ke Hadapan bagi tahun 2017 hanya boleh dilaksanakan melalui Aplikasi HRMIS 2.0. Operasi permohonan dan kelulusan Cuti Rehat di MyHRMIS Cuti boleh dilaksanakan seperti biasa.
b) Penjanaan kelayakan cuti bagi tahun 2018 boleh dilaksanakan mulai 1 Januari 2018 bergantung kepada kesesuaian Pentadbir Cuti agensi masing-masing.
c) Pematuhan kepada proses ini akan memastikan maklumat GCR dan kelayakan cuti bagi tahun 2018 adalah tepat.

 

Baca Selanjutnya...

Penambahbaikan Sub Modul SKT

Mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017, paparan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan memaparkan peringatan di butang HANTAR sekiranya Pegawai Yang Dinilai (PYD) masih belum melengkapkan pencapaian sebenar SKT (Rajah 1). Setelah semua pencapaian sebenar aktiviti SKT dilengkapkan, PYD boleh menghantar kepada penilai untuk pengesahan SKT.

Penambahbaikan ini sebagai peringatan kepada PYD sekiranya masih ada ruangan kosong pada pencapaian sebenar.

Rajah 1:

Baca Selanjutnya...

Pemakluman : Notis Gangguan Sistem Aplikasi HRMIS

Perhatian kepada:

Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula

29 September 2017 (Jumaat) / 06:00 petang

Tarikh / Masa Tamat

01 Oktober 2017 (Ahad) / 11:00 malam

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:

Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Peningkatan Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:    

Capaian ke Sistem Aplikasi HRMIS akan terganggu.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:   

E-mel    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Telefon : 03-83211400

 

Baca Selanjutnya...

Makluman Berkenaan Pengemaskinian Maklumat Permohonan Cuti Rehat Pada 4 September 2017

Sepertimana kita semua sedia maklum bahawa 4 september 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Cuti Umum. Sehubungan dengan itu, bagi menjamin ketepatan dan integriti data, mohon kerjasama agar semua Pentadbir Cuti dapat melaksanakan pengemaskinian rekod permohonan cuti bagi semua Pemilik Kompetensi yang terlibat di agensi masing-masing melalui menu Pindaan/Pembatalan Cuti.

Kerjasama semua Pemilik Kompetensi yang terlibat juga adalah diharapkan agar dapat memaklumkan kepada Pentadbir Cuti berkenaan permohonan cuti masing-masing bagi memudahkan proses pengemaskinian ini dilaksanakan.

Baca Selanjutnya...

Pemakluman : Notis Gangguan Sistem Aplikasi HRMIS

NOTIS GANGGUAN SISTEM APLIKASI HRMIS

Perhatian kepada:

Semua Agensi Pengguna HRMIS

Tarikh / Masa Mula

08 September 2017 (Jumaat) / 06:00 petang

Tarikh / Masa Tamat

10 September 2017 (Ahad) / 11:00 malam

Kerja-kerja/ tujuan/ sebab:

Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Peningkatan Pangkalan Data HRMIS

Kesan kepada pengguna yang terlibat:    

Capaian ke Sistem Aplikasi HRMIS akan terganggu.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:   

E-mel    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Telefon : 03-83211400

Baca Selanjutnya...

Pemakluman: Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Untuk makluman, mulai tahun 2018 elemen KPI Data Perjawatan akan dinilai berdasarkan bilangan perjawatan mengikut Skim dan Gred Jawatan. Pada tahun ini, beberapa agensi telah dipilih sebagai perintis ke arah pelaksanaan tersebut. Sehubungan itu, bermula Jun 2017 Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA telah membuat proses pengemaskinian dan pemurnian Skim Perkhidmatan, Klasifikasi Perkhidmatan dan Kumpulan Perkhidmatan di dalam HRMIS dari semasa ke semasa. Salah satu skim yang dipinda bagi menepati kriteria penilaian elemen dalam Data Perjawatan adalah jawatan pengurusan tertinggi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa implikasi kepada skrin-skrin dalam Modul Data Perjawatan dan Profil Perkhidmatan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (PGT) untuk makluman dan perhatian agensi.

Merujuk kepada Arahan Pentadbiran JPA BPO 223/1/3-2 Jld. 2 (2) Bilangan 1 Tahun 2014, pindaan kepada Skim Perkhidmatan (Kumpulan PGT) telah dilaksanakan. Ini bermakna, Pemilik Kompetensi (CO) bagi Skim Pengurusan Tertinggi tidak lagi menggunakan skim perkhidmatan kumpulan PGT contohnya:

1) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Teknologi Maklumat Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Teknologi Maklumat
2) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
3) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Alam Sekitar Kumpulan Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Alam Sekitar

Oleh yang demikian, sekiranya agensi ingin membuat kemaskini, agensi perlu membuat pilihan look-up Skim yang standard tanpa (Pengurusan Tertinggi). Impak kepada skrin Data Perjawatan adalah seperti dilampiran:

i) Skrin Selenggara Jawatan Sebenar: Look-up Jawatan Standard dan Gred Min – Maks
ii) Skrin Profil Perkhidmatan: Senarai pada Item no. 2

Muat Turun : Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Baca Selanjutnya...

Slaid Pembentangan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2017

Program Sharing Hrmis Application Knowledge & Experience (Share) Siri 4

  • Published in Foto

Tarikh : 4 Hingga 5 April 2017
Tempat : Dewan Serbaguna Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (Calc) Universiti Putra Malaysia 43400 Upm Serdang Selangor Darul Ehsan
Keterangan :
Modul Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran: Submodul Pengurusan Cuti

 

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed