Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Makluman Berkenaan Pengemaskinian Maklumat Permohonan Cuti Rehat Pada 4 September 2017

HRMIS - Items filtered by date: November 2015

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menganjurkan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015 pada 30 November dan 1 Disember 2015 bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.


Seramai 500 orang peserta telah dijemput terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Sumber Manusia, Pengurus-pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pegawai-pegawai HRMIS dikalangan agensi yang dikenakan KPI HRMIS. Selain itu, turut dijemput adalah pegawai-pegawai HRMIS daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih. Tema persidangan program pada kali ini adalah “‪#‎HRMISuntuksemua‬”.

 

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed