Menu
RSS

You are here:Galeri»Foto»HRMIS - Displaying items by tag: 2017
Komen & Penghargaan

Komen & Penghargaan (4)

Penghargaan Jabatan Muzium Malaysia

Saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dengan penggunaan aplikasi HRMIS. Saya secara peribadi merasa berbangga kerana Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah terpilih antara salah sebuah agensi kerajaan yang terawal menggunakan aplikasi HRMIS. Yang terkini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mewajibkan penggunaan HRMIS untuk tujuan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT) dan Bayaran Elaun Lebih Masa (ELM).Saya selain berperanan sebagai penguna biasa atau pemilik kompentesi, juga terlibat secara langsung kerana saya ditugaskan sebagai penerima, penyemak dan penyedia proses bayaran untuk Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Walaupun pada peringkat awal permulaan, saya dan kakitangan di Unit Kewangan serta beberapa lagi kakitangan di unit atau bahagian lain di JMM menghadapi banyak permasalahan sama ada masalah dari segi teknikal seperti ganguan capaian, masalah pengiraan yang berbeza berbanding dengan cara manual serta beberapa lagi masalah lain telah kami kenal pastikan. Kepekaan dan keseriusan terhadap permasalahan tersebut, pihak kami (Kewangan) akan menyenaraikan segala permasalahan yang timbul dan akan berbincang serta meminta bantuan dan pertanyaan kepada pihak HRMIS JPA melalui perkhidmatan helpdesk yang di sediakan oleh JPA.
Pihak kami amat berterima kasih kerana segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan walaupun ada sesetengahnya mengambil masa yang lama untuk tindakan selanjutnya. Pihak kami juga amat berterima kasih kerana pihak HRMIS JPA sentiasa membuat penambahbaikan dalam sistem.
Oleh yang demikian, saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa dari Unit Kewangan Jabatan Muzium Malaysia serta semua kakitangan JMM dari peringkat bawahan serta pihak pengurusan tertinggi sangat berterima kasih akan keperihatinan HRMIS dalam membantu sektor kerajaan untuk menjadikan sektor ini antara sektor yang berkait rapat dengan aliran semasa teknologi moden. Saya juga mewakili semua kakitangan di JMM mengucapkan syabas kepada HRMIS dan JPA kerana bersedia menyahut cabaran kerajaan dalam mentransformasikan agenda kerajaan ke arah satu sistem kerajaan elektronik.  Sekian. Terima kasih..

-Dari Sistem Mamklumbalas JPA-

Baca Selanjutnya...

HRMIS - Capaian yang masih boleh ditingkatkan lagi

Puan,
 
Saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Saya, Faudziah binti Mohd Amin, KPSU Gred F52 di sektor Komunikasi, KPKK ingin memaklumkan capaian ke sistem HRMIS dicadangkan agar dapat ditingkatkan lagi kelajuannya.
 
Dari pengalaman saya dengan sistem aplikasi dalam talian di KPM sebelum ini perkara-perkara berikut perlu disemak kiranya kecekapan sistem ingin ditingkatkan:
 
i)                  Kapasiti server yang meng’host’ sistem tersebut.  Dari segi kapasiti RAM, storage, data passingnya, database servers dan application servers bagaimana architecturenya.  Kajian dari mereka yang pakar dengan perkara tersebut boleh didapatkan untuk menyemaknya.
ii)                 Capaian ke server terbabit – berapa bandwidth yang diberikan dan dalam kes saya adalah capaian dari tempat saya ke server yang berkaitan.
iii)                Kesesakan traffic semasa usaha untuk membuat capaian.
iv)                 Design sistem itu sendiri kiranya boleh disemak untuk ditambah baik dari pelbagai aspek serta bagi memastikan ianya tidak bermasalah dan cepat apabila ingin dicapai.
v)                  PC saya sendiri yang perlu saya lihat balik kiranya ada masalah (Cuma dalam satu mesyuarat ada pegawai lain juga memohon agar ada usaha memastikan capaian ke sistem HRMIS dapat dilajukan lagi).
vi)                 Dicadangkan ada ‘independent studies’ dilaksanakan oleh pihak luar untuk mengkaji keberkesanan capaian dan kepuasan pelanggan dalam menggunakan sistem ini dan boleh juga menilai dan memberi cadangan untuk menambahbaik aspek bandwidth yang digunakan agar capaian akan sentiasa laju dan menggembirakan semua pihak yang menggunakannya.   Saya menggunakan benchmark negara maju seperti capaian di laman web pasukan bola Liverpool, agar negara kita boleh merancang kearah negara maju yang cuma tinggal beberapa hari saja lagi (tahun 2020 adalah terlalu hampir sekarang ini).
vii)               ‘Response time’ yang melebihi 7 saat adalah dianggap lambat semasa kami membuat anggaran masa yang boleh diterima oleh pengguna awam, tetapi dalam kes ini sistem HRMIS melibatkan hanya pegawai kakitangan Kerajaan dan diharap ianya boleh lebih pantas.
 
Semoga perkara ini berada dalam makluman pihak puan jua.  Pengalaman saya yang kerap mendapat tiada network, line error dll apabila cuba untuk mencapai ke sistem HRMIS, agak mengujakan saya dan diharap Kementerian yang sama bandwidth jua boleh dibandingkan prestasi yang sama  agar ianya lebih adil dari segi kesama rataan.  Jadi perlu ada kelompok Kementerian yang besar bandwidth dengan yang sama dan yang mana yang lebih rendah digolongkan dalam satu kumpulan.  Sekadar cadangan jua dan diharap ada peningkatan kepantasan dari segi pencapaian ke sistem terbabit insyallah.  ‘Time is an essence’ dan setiap saat, masa itu amat dititikberatkan.
 
Diharap pandangan ini dapat dimanfaatkan dan sekiranya usaha peningkatan sistem ke tahap lebih aju, insyallah lebih ramai yang akan menggunanya dan lebih cepat sistem ini lebih mantap.
 
Diharap no hard feelings tentang pandangan dan cadangan ini kerana saya menceritakan pengalaman saya ketika berusaha mengemaskini maklumat dan mencapai sistem ini dan merakamkan juga pandangan seorang lagi pegawai yang juga mencadanagkan agar capai ke HRMIS boleh lebih laju.  Kedua-dua pihak iaitu pihak Kementerian sendiri dan pihak puan sendiri perlu meneliti lebih lanjut kaedah untuk meningkatkan kepuasan pelanggan yang menggunakan sistem tersebut.  Diharap kiranya ada cadangan agar bandwidth  pihak kami perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, maka mungkin perolehan peruntukan untuk perkara tersebut lebih mudah diperolehi oleh pihak BPSM, KPKK nanti insyallah.
 
Terima kasih di atas kesudian membaca sehingga habis dan membawa cadangan ini untuk penambahbaikan lagi sistem dan capaiannya.
 
Faudziah binti Mohd Amin
KPSU(JD)
Sektor Komunikasi
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Tel: 03-26127614
 
Baca Selanjutnya...

Tahniah dan terima kasih HRMIS !!!

 

Saya merupakan pegawai sedang cuti belajar dibawah tajaan HLP2010 di USA. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada pihak JPA kerana telah berjaya melaksanakan HRMIS sehingga keperingkat ini. Saya berasa amat senang hati dan gembira kerana dapat menjalankan aktiviti HRMIS walaupun sedang berada di USA. Kerja mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan HRMIS terutama penilaian prestasi tahun 2010 dapat dilakukan dengan jayanya tanpa sebarang masalah di sini. Kapasiti kemudahan Internet di sini adalah sebesar 10 Mbps menggunakan broadband di rumah membantu akses terhadap HRMIS tanpa sebarang masalah kelewatan (slow). 
 
Saya berharap HRMIS akan terus dijayakan dan JPA dapat memberikan lebih banyak perkhidmatan kepada pergawai-pegawai perkhidmatan awam tidak kira di mana dan bagaimana (anywhere and anyway) mereka mengaksesnya. Beberapa aspek berkenaan keselamatan dan skrin pengguna/rekabentuk skrin (User Interface (UI) or screen design) perlu diperbaiki dari semasa ke semasa serta prestasi sedia ada dapat dikekalkan bagi memastikan HRMIS terus relavan dalam perkhidmatan awam.
 
Sekian, Tahniah!
 
Adi Azlan Mohd Ali
Master in Telecommunication and Network Management 2012
Syaracuse University
New York, USA.
Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed