Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Penjanaan Kelayakan Cuti 2017
Makluman Semasa

Makluman Semasa (119)

Video Tutorial Modul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja (MBJ)

video tutorial bagi Modul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja (MBJ) untuk memantapkan lagi proses pembelajaran. Video MBJ tersebut melibatkan fungsi seperti berikut :

a. Fungsi Pentadbiran MBJ;
b. Fungsi Mesyuarat MBJ; dan
c. Takwim MBJ

Youtube Change Management HRMIS JPA

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Julai 2016 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Serbaguna
Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
Pengerusi : Encik Mohd Danial bin Ma'alip
Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS)
Jabatan Perkhidmatan Awam

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Status Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Sektor Awam yang baharu

ii) Kertas 2:
Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia di dalam HRMIS

iii) Kertas 3:
Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS
a) Badan Berkanun Persekutuan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
b) Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Baca Selanjutnya...

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016 (Jumaat)

Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai 2016.

SURAT EDARAN: JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (11) dan Kenyataan Akhbar oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 30 Jun 2016

Berdasarkan surat edaran di atas, adalah dimaklumkan bahawa pembatalan cuti bagi penjawat awam yang telah memohon cuti pada 8 Julai 2016 (Jumaat) akan dilaksanakan secara automatik di dalam HRMIS. Oleh yang demikian, Pentadbir Cuti HRMIS tidak perlu melakukan apa-apa tindakan pembatalan cuti bagi tarikh tersebut.

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil 1/2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil 1/2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

 Tarikh : 13 Mei 2016 (Jumaat)
 Masa : 3.00 petang-5.00 petang
 Tempat : Dewan Serbaguna Kementerian Wilayah Persekutuan
 Pengerusi : YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

 Slaid Pembentangan Kertas adalah seperti berikut:

 i) Kertas 1: 
Status Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Sektor Awam yang baharu - Vision Demonstrator for Human Capital Management


 ii) Kertas 2 :
 Keputusan KPI HRMIS Tahun 2015 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Baca Selanjutnya...

Penambahbaikan Submodul LNPT dan SKT

Terdapat penambahbaikan bagi modul/submodul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang melibatkan antaramuka pada fungsi Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memantapkan lagi aliran proses sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah PYD tidak boleh menghantar LNPT selagi Pegawai Penilai Pertama (PPP) tidak mengesahkan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PYD. Penambahbaikan ini berada di persekitaran Production HRMIS Klasik dan HRMIS 2.0 pada 18 Mac 2016.

Muat Turun Penambahbaikan LNPT

 

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh         : 23 Februari 2016 (Selasa)
Masa           : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat       : Dewan Serbaguna
                    Menara Usahawan
                    Persiaran Perdana, Presint 2
                   62652 PUTRAJAYA

Pengerusi : Encik Mohd Danial bin Ma'alip
                 Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat
                 Jabatan Perkhidmatan Awam

 

3. Slaid Pembentangan Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang baharu

ii) Kertas 2:
Kamus KPI HRMIS Tahun 2016 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

iii) Kertas 3:
Pengurusan Aduan HRMIS Sepanjang Tahun 2015

iv) Kertas 4:
Pengurusan Pelaksanaan HRMIS di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 

Baca Selanjutnya...

Kamus KPI HRMIS Tahun 2016

Penilaian KPI HRMIS 2016 telah dibentang dan dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil.2/2015 pada 30 November 2015 di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya. Sehubungan itu, bagi menerangkan secara terperinci Kriteria Penilaian ini, JPA telah menyediakan satu Kamus KPI HRMIS 2016 untuk rujukan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada:

i. Puan Zaidatul Akhmar Binti Kamarudzaman
Tel: 03-8885 5014
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


ii. Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah
Tel: 03-8885 5167
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

MUAT TURUN KAMUS KPI 2016

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed