Menu
RSS

You are here:Informasi HRMIS»Promo»HRMIS 2.0

Pertukaran

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

 

Tidak boleh akses kepada Fungsi Permohonan Pertukaran HRMIS kerana mesej pop-up dipaparkan apabila klik tab Permohonan Pertukaran Sendiri Umum..

 

Terdapat kawalan capaian ke atas Fungsi Permohonan Pertukaran ini. Capaian hanya dibenarkan kepada:

  1. Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan;
  2. Pegawai Perkhidmatan Keselamatan di bawah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia;
  3. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama di JPJ; dan
  4. Perkhidmatan Bukan Gunasama di MARDI.

 

 

Tidak boleh hantar permohonan sebab tiada butang HANTAR.

 

Permohonan Pertukaran tersebut perlu disimpan terlebih dahulu. Selepas berjaya disimpan barulah sistem memaparkan butang HANTAR.

 

Tidak boleh hantar permohonan Pertukaran. ‘Ralat error on page’

 

Sekiranya dokumen sokongan telah dimuatnaik, sila hapuskan dahulu semua dokumen sokongan tersebut. Mohon simpan maklumat permohonan tanpa dokumen sokongan. Setelah berjaya HANTAR, tambah semula dokumen sokongan tersebut dan pilih butang "kemaskini".

 

 

Tidak boleh hantar permohonan. Ralat “Penetapan aliran kerja untuk anda perlu dikemaskini. Anda ingin maklumkan kepada pentadbir aliran kerja?”

 

Sila hubungi Pentadbir HRMIS di agensi untuk penetapan aliran kerja yang berkaitan.

 

 

Aliran Kerja telah disetkan tetapi masih tidak berjaya menghantar permohonan.

 

Sekiranya Peraturan 1 bagi Penghantar adalah Agensi, ia perlu ditukar kepada Business Unit.

 

Pegawai pernah memohon pertukaran sebelum ini tetapi pertukaran tersebut telah tidak aktif. Bagaimana saya ingin memohon pertukaran yang baru?

 

Bagi permohonan yang dibuat sebelum tahun 2014, permohonan tersebut akan luput selepas 2 tahun dan ia tidak dipaparkan di dalam HRMIS. Sekiranya pegawai masih ingin meneruskan permohonan tersebut, pegawai boleh mendapatkan bantuan dari Meja Bantuan JPA untuk mengaktifkan semula permohonan pertukaran.

 

Bagi permohonan yang dibuat selepas tahun 2014, permohonan yang melebihi 2 tahun masih dipaparkan di HRMIS. Sekiranya pegawai masih ingin meneruskan permohonan, pegawai boleh mengemaskini permohonan sekiranya perlu. Namun, jika pegawai tidak lagi berminat untuk meneruskan permohonan, ia perlu dibatalkan.

 

 

Adakah semua skim boleh menggunakan HRMIS untuk membuat permohonan pertukaran?

 

Pada masa ini, pelaksanaan fungsi permohonan pertukaran ini hanya melibatkan:

 

  1. Pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan;
  2. Pegawai Perkhidmatan Keselamatan di bawah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia;
  3. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama di JPJ; dan
  4. Perkhidmatan Bukan Gunasama di MARDI.

 

Skim Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah seperti berikut:

 

 

SKIM PERKHIDMATAN

KLASSIFIKASI PERKHIDMATAN

1

Pegawai Tadbir & Diplomatik

Tadbir Dan Diplomatik

2

Pegawai Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat

3

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

4

Juruteknik Komputer

Teknologi Maklumat Teknikal

5

Pegawai Psikologi

Sosial Dan Kerohanian

6

Penolong Pegawai Psikologi

7

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional

Kejuruteraan

8

Penolong Pegawai Tadbir

Pentadbiran

9

Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)

10

Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat

11

Pegawai Khidmat Pelanggan

12

Pembantu Tadbir (Kewangan)

Kewangan

Sumber: SPP Bil. 3/2007

 

Pegawai Perkhidmatan Keselamatan adalah seperti berikut:

 

SKIM PERKHIDMATAN

KLASSIFIKASI PERKHIDMATAN

1

Pegawai Keselamatan

Keselamatan dan Pertahanan Awam

2

Pegawai Pegawai Keselamatan

3

Pembantu Keselamatan

4

Pengawal Keselamatan

 


Perkhidmatan Bukan Gunasama di JPJ adalah seperti berikut:

 

SKIM PERKHIDMATAN

KLASSIFIKASI PERKHIDMATAN

1

Jurutera

 

Kejuruteraan

2

Penolong Jurutera

3

Pegawai Penguatkuasa

Pentadbiran & Sokongan

4

Penolong Pegawai Penguatkuasa

5

Pembantu Penguatkuasa

6

Pembantu Operasi

7

Pemeriksa Kereta Motor

Pengankutan

8

Pembantu Awam

Kemahiran

9

Pemandu Kenderaan

 

Pegawai sedang dikenakan tindakan tatatertib. Adakah pegawai boleh memohon pertukaran?

 

Pegawai yang sedang dikenakan tindakan tatatertib tidak dibenarkan untuk memohon pertukaran.

 

Bagaimana untuk membatalkan permohonan pertukaran yang pernah dibuat?

 

Permohonan pertukaran hanya boleh dibatalkan oleh pegawai sendiri (CO) di menu berikut:

  1. Perolehan Sumber Manusia
  2. Pembangunan Pelan Tindakan
  3. Memohon Pertukaran
  4. Tab Permohonan Sendiri Umum
  5. Klik pautan Pembatalan Permohonan.

 

 

Saya merupakan pegawai gunasama tetapi tidak berjaya membuat permohonan pertukaran.

 

Pegawai perlu membuat semakan ke atas elemen Ketua Perkhidmatan dalam Profil Perkhidmatan.

 

 

 

 

PERKHIDMATAN

KETUA PERKHIDMATAN

1

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2

Perkhidmatan Keselamatan

Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan

3

Perkhidmatan Bukan Gunasama di JPJ

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan

4

Pegawai MARDI

 

Ketua Pengarah MARDI


 

Telah memuat naik dokumen sokongan beberapa kali namun dokumen tersebut masih tidak boleh dibuka oleh Pegawai Penyokong.

Pastikan nama fail dokumen tersebut tidak mempunyai lebih dari 1 titik seperti di bawah:

 

Borang Pertukaran En.Wan.pdf

  1. ahmad.doc

 

Ini kerana sistem tidak dapat mengesan jenis fail selepas titik pertama (.Wan.pdf). Sistem hanya boleh mengesan jenis fail dalam format .doc, .docx, .xls, .xlsx atau .pdf sahaja. Justeru pegawai perlu rename nama fail tersebut dan muat naik semula.

 

Jika nama fail telah ditukar dan dokumen sokongan masih tidak boleh dibuka, mohon dapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan selanjutnya.

 

 

Bagaimana saya hendak tahu status permohonan saya?

 

Anda boleh menyemak sendiri status permohonan pertukaran di menu berikut:

 

  • Perolehan Sumber Manusia > Pembangunan Pelan Tindakan > Memohon Pertukaran > Permohonan Pertukaran Sendiri Umum > Rujuk Maklumat Status Permohonan di bawah Tarikh Permohonan.

 

  • Perolehan Sumber Manusia > Pembangunan Pelan Tindakan > Memohon Pertukaran > Klik butang Teruskan > Rujuk Kolum Status Permohonan

 

 

Apakah status-status  permohonan pertukaran yang diguna pakai dalam HRMIS?

Status Permohonan Pertukaran HRMIS adalah seperti berikut:

 


Bil

Status Permohonan

Keterangan

 

Draf

Permohonan telah berjaya disimpan.

 

Dihantar Untuk Sokongan Ketua Jabatan

Permohonan telah berjaya dihantar kepada Ketua Jabatan untuk Sokongan.

 

Disokong Dengan Pengganti Serentak

Permohonan telah disokong oleh Ketua Jabatan/Penyokong.

 

Disokong Dengan Pengganti Kemudian

 

Disokong Dengan Pengganti Tanpa Pengganti

 

Tidak Disokong Ketua Jabatan

Permohonan tidak disokong oleh Ketua Jabatan / Penyokong.

 

Dalam Tindakan Urusetia

Urus Setia telah ambil maklum permohonan pertukaran pegawai.

Pegawai masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan.

 

Untuk Kelulusan Mesyuarat

Permohonan diangkat untuk kelulusan mesyuarat.

Pegawai tidak dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan.

 

Diluluskan

Permohonan telah diluluskan.

 

Tidak Diluluskan

Permohonan tidak diluluskan.


 

Permohonan pertukaran tiada di dalam Peti Pesanan Penyokong.

 

Jika permohonan pertukaran tiada di dalam Peti Pesanan Penyokong, Pentadbir HRMIS di agensi perlu membuat semakan di menu Kemaskini Transaksi Aliran Kerja. Jika transaksi permohonan tiada nama Penerima di menu tersebut (coid=0), Pentadbir perlu mengemaskini kepada Nama Penyokong.

 

 

Pegawai berasal dari Sarawak tetapi borang permohonan borang tersebut memapar pegawai tidak berasal dari Sabah/Sarawak.

 

Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak diambil dari Rekod Peribadi – Isytihar Wilayah Asal. Pegawai perlu mengisytihar wilayah asal terlebih dahulu dan memastikan maklumat tersebut disahkan oleh Pengesah. Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak akan bertukar dari Tidak kepada YA setelah maklumat tersebut disahkan.

 

Permohonan telah melebihi 2 tahun tetapi saya masih ingin meneruskan permohonan

Paparan "Tempoh Permohonan Anda melebihi 2 tahun. Sila Batalkan permohonan ini jika tidak berminat meneruskan permohonan” adalah peringatan kepada pemohon untuk membatalkan permohonan JIKA pemohon tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut. Jika masih berminat, pemohon tidak perlu buat apa-apa dan boleh hubungi Urus Setia Pertukaran di Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk keterangan lanjut.

 

 

Sistem tidak memaparkan bidang pertama dan kedua.

Pada masa ini, hanya skim Pegawai Tadbir & Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat dan Pembantu/Penolong/Pegawai Vokasional sahaja yang mempunyai Bidang.

 

 

Bagaimana untuk mendapat senarai maklumat bagi pegawai yang telah disokong permohonan pertukaran untuk semakan dan pemantauan Agensi?

 

Agensi boleh membuat pemantauan melalui Laporan Permohonan Pertukaran Agensi. Peranan yang diperlukan adalah [02][0202][575] Re-Assignment Request Administrator.

 

back to top