Menu
RSS

You are here:Galeri»Foto»HRMIS - Displaying items by tag: Dialog

Panduan Pengguna Permohonan HLP 2012 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bagi Perkhidmatan Gunasama di JPM

Merujuk kepada Surat Edaran JPA dengan rujukan JPA(I)S.175/22/1 Klt. 3 (38) bertarikh 25 April 2011, pegawai-pegawai JPM dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di sebelas (11) agensi di bawah JPM adalah dipelawa untuk membuat permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2012 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) melalui Submodul Program Pengajian.

Agensi-agensi di bawah JPM yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. Istana Negara
  2. Jabatan Audit Negara
  3. Jabatan Peguam Negara
  4. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  5. Parlimen Malaysia
  6. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia
  7. Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
  8. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
  9. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  10. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  11. Suruhanjaya Pilihan Raya


Bersama-sama ini di sertakan rujukan manual pengguna sebagai panduan. Manual ini juga boleh dimuat turun menerusi portal di Ruangan Pembelajaran > Modul & Submodul > Modul Pembangunan


Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed