Menu
RSS

You are here:Galeri»Keratan Akhbar»HRMIS - Displaying items by tag: 2016

Pemakluman: Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Untuk makluman, mulai tahun 2018 elemen KPI Data Perjawatan akan dinilai berdasarkan bilangan perjawatan mengikut Skim dan Gred Jawatan. Pada tahun ini, beberapa agensi telah dipilih sebagai perintis ke arah pelaksanaan tersebut. Sehubungan itu, bermula Jun 2017 Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS), JPA telah membuat proses pengemaskinian dan pemurnian Skim Perkhidmatan, Klasifikasi Perkhidmatan dan Kumpulan Perkhidmatan di dalam HRMIS dari semasa ke semasa. Salah satu skim yang dipinda bagi menepati kriteria penilaian elemen dalam Data Perjawatan adalah jawatan pengurusan tertinggi. Oleh yang demikian, terdapat beberapa implikasi kepada skrin-skrin dalam Modul Data Perjawatan dan Profil Perkhidmatan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (PGT) untuk makluman dan perhatian agensi.

Merujuk kepada Arahan Pentadbiran JPA BPO 223/1/3-2 Jld. 2 (2) Bilangan 1 Tahun 2014, pindaan kepada Skim Perkhidmatan (Kumpulan PGT) telah dilaksanakan. Ini bermakna, Pemilik Kompetensi (CO) bagi Skim Pengurusan Tertinggi tidak lagi menggunakan skim perkhidmatan kumpulan PGT contohnya:

1) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Teknologi Maklumat Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Teknologi Maklumat
2) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Tadbir dan Diplomatik
3) Skim/ Jawatan Standard sebelum ini: Pegawai Alam Sekitar Kumpulan Pengurusan Tertinggi telah dipinda kepada Skim / Jawatan Standard: Pegawai Alam Sekitar

Oleh yang demikian, sekiranya agensi ingin membuat kemaskini, agensi perlu membuat pilihan look-up Skim yang standard tanpa (Pengurusan Tertinggi). Impak kepada skrin Data Perjawatan adalah seperti dilampiran:

i) Skrin Selenggara Jawatan Sebenar: Look-up Jawatan Standard dan Gred Min – Maks
ii) Skrin Profil Perkhidmatan: Senarai pada Item no. 2

Muat Turun : Pindaan Skim Dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Baca Selanjutnya...

Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Peningkatan Pangkalan Data HRMIS

Adalah dimaklumkan bahawa JPA sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan peningkatan ke atas pangkalan data HRMIS. Kesan kepada aktiviti tersebut, sebarang aduan yang melibatkan ralat dan memerlukan pembaikan/penambahbaikan aplikasi, serta permohonan pengeluaran laporan melalui HRMIS adalah ditangguhkan buat sementara waktu bermula pada 1 Ogos 2017 hingga 8 September 2017 bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan tidak terganggu.
Harap maklum dan terima kasih.

Baca Selanjutnya...

Slaid Pembentangan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2017

Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Hrmis Bagi Tahun 2017

Untuk makluman tuan/ puan, KPI HRMIS telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 ke atas Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). Bagi tahun 2017, penilaian KPI HRMIS diteruskan dan penilaian merangkumi kriteria seperti berikut:-

(i) Pengemaskinian Data Perjawatan: Perbandingan bilangan perjawatan di antara HRMIS dan MyPost;
(ii) Pemurnian data bagi 21 elemen di Data Perjawatan, Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan di HRMIS;
(iii) Pelaksanaan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Tahun 2017 melalui HRMIS;
(iv) Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi Tahun 2017 melalui HRMIS;
(v) Pelaksanaan Perisytiharan Harta melalui HRMIS; dan
(vi) Pelaksanaan Penamatan Perkhidmatan Melalui HRMIS Bagi Persaraan Paksa Kerana Had Umur (55/56/58/60), Penamatan Perkhidmatan Sukarela- Persaraan Pilihan dan Kematian Dalam Perkhidmatan.

“Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2017 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri” ini telah dibentangkan dan dipersetujui semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2016 yang diadakan pada 29 September 2016. Tuan/ puan boleh muat turun Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/ PSUK/ Jabatan Dan Agensi Bagi Tahun 2017 dan Kamus KPI HRMIS 2017 di bawah:

1) Surat Edaran Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS di Kementerian/ PSUK/ Jabatan Dan Agensi Bagi Tahun 2017
2) Kamus KPI HRMIS 2017

Sebarang pertanyaan berkaitan KPI HRMIS ini boleh dirujuk kepada:

URUS SETIA KPI HRMIS
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT STRATEGIK
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
No. Telefon: 03-8885 5021/ 5167
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Baca Selanjutnya...

Tanggungjawab Pemilik Kompetensi

Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 10 Tahun 2007 Para 8 (a) mengariskan bahawa Pemilik Kompetensi (Competency Owner - CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing- masing melalui Modul Pengurusan Rekod Peribadi sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. Jika berlaku sebarang perubahan, CO juga bertanggungjawab mengemas kini data tersebut melalui modul ini

MUAT TURUN PEKELILING

Baca Selanjutnya...

Makluman Gangguan Capaian ke Sistem POWER Gen.2 (Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA/ KWAP) Melalui Rangkaian PCN dan 1GovNet

Dimaklumkan Sistem POWER Gen.2 Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA/ Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), KWAP akan menghadapi gangguan capaian melalui rangkaian Putrajaya Campus Network (PCN) dan 1Gov*Net sahaja bagi kerja-kerja pemasangan peralatan BMT bagi talian PCN di Pusat Data KWAP Cyberjaya pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2017 (Selasa)
Masa : 1.00 hingga 2.00 petang dan 6.00 hingga 7.00 petang

Baca Selanjutnya...

Penjanaan Kelayakan Cuti 2017 Melalui HRMIS

 

Sebagaimana maklum, aktiviti penjanaan kelayakan cuti CO bagi tahun 2017 akan bermula pada 22 Disember 2016 dan akan tamat pada  2 Januari 2017.  Bagi tujuan penjanaan ini, pihak Pentadbir Cuti Agensi perlu memastikan terlebih dahulu bahawa semua CO di bawah pentadbiran cuti masing-masing telah pun melaksanakan Permohonan GCR dan Cuti Bawa Ke Hadapan serta telah diluluskan sebagaimana yang dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2003.

Seterusnya aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti 2016 boleh dilaksanakan oleh Pentadbir Cuti melalui capaian URL seperti berikut:

HRMIS EGNET dan HRMIS ONE (capaian melalui pelayar Internet Explorer sahaja)

            URL:  http://janacuti.eghrmis.gov.my

            Menu: Pengurusan Saraan, Faedah & Ganjaran > Pengurusan Cuti > Kelayakan Cuti > Menjana Kelayakan Cuti HRMIS 2.0

            URL: https://hrmis2.eghrmis.gov.my

Menu: Pengurusan Cuti > Kelayakan Cuti > Menjana Kelayakan Cuti

 

Namun begitu sekiranya masih terdapat permohonan cuti tahun 2016 yang dipohon secara manual selepas aktiviti penjanaan kelayakan cuti dilaksanakan, Pentadbir Cuti perlu mengemaskini maklumat berikut:

  1. Rekodkan permohonan cuti Tahun 2016 berkenaan melalui menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat Sejarah Cuti
  2. Selenggara Maklumat GCR dan Cuti Bawa Ke Hadapan Tahun 2016 melalui menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat GCR
  3. Selanggara Kelayakan Cuti Tahun 2017 melalui menu Pengurusan Cuti > Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti  

 

Sebarang pertanyaan/masalah berkenaan perkara ini boleh dikemukakan kepada Helpdesk HRMIS JPA.

Perhatian dan kerjasama semua Pentadbir Cuti dalam melaksanakan aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti HRMIS 2017 ini diucapkan ribuan terima kasih.

Baca Selanjutnya...

Penjanaan Kelayakan Cuti 2017

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti untuk Tahun 2017 akan dilaksanakan. Sila ambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan Cuti melalui HRMIS dan MyHRMIS Cuti akan DITUTUP mulai 14/12/2016 sehingga 2/1/2017. Oleh itu, aktiviti Permohonan Cuti hingga Kelulusan Cuti perlu selesai SEBELUM 14/12/2016.
  2. Permohonan GCR dan Cuti Bawa ke Hadapan perlu diluluskan SEBELUM 22/12/2016. Mohon semua Pemilik Kompetensi menyemak status GCR dan Cuti Bawa Ke Hadapan sebelum aktiviti penjanaan cuti dilaksanakan oleh Pentadbir Cuti.
  3. Aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti Tahun 2017 akan bermula pada 22/12/2016.
  4. Permohonan Cuti melalui HRMIS dan MyHRMIS Cuti akan DIBUKA SEMULA pada 3/1/2017.

 

 

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed