Menu
RSS

You are here:Surat Edaran»HRMIS - Displaying items by tag: 2013

Slaid Pembentangan HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Kelangsungan Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Kelangsungan Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Seperti mana yang diketahui, JPA akan menganjurkan Program HRMIS Group Summit 2013 (HUGS 2013) pada 16 hingga 18 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) Kuantan, Pahang. Berikutan kejadian banjir yang melanda Negeri Pahang khususnya Kuantan baru-baru ini, pihak urus setia telah menerima banyak pertanyaan daripada peserta sama ada program berkenaan akan diteruskan ataupun ditangguhkan.

2. Untuk makluman, setelah mengambil kira situasi banjir dan keadaan cuaca terkini (pada 9 Disember 2013, Isnin), dimaklumkan bahawa Pengurusan Atasan JPA bersama-sama Pengurusan Atasan PSUK Negeri Pahang telah bersetuju agar program ini diteruskan seperti yang telah dijadualkan. Bersama-sama ini disertakan Kad Jemputan ke Majlis Perasmian dan Makan Malam Program HUGS 2013 untuk rujukan. Kepada jemputan yang membawa kenderaan sendiri, kemudahan parkir disediakan dengan kadar bayaran RM2 setiap kali masuk.

Bersama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa banjir dan berharap agar program HUGS 2013 ini berjalan dengan lancar.

 

Baca Selanjutnya...

Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013) seperti butiran berikut :

Tarikh : 16 hingga 18 Disember 2013 (Isnin – Rabu)
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang

Antara objektif program adalah:
i. Memperkenalkan transformasi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam;
ii. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi;
iii. Memberi penerangan status terkini pembangunan dan hala tuju sistem HRMIS yang baharu;
iv. berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan sumber manusia dengan pihak swasta

Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.3 (29) bertarikh 14 November 2013 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan bagi agensi yang di KPI kan pada tahun 2013 .

Muat Turun : Surat Jemputan Peserta HUGS 2013

Baca Selanjutnya...

Capaian kepada http://janacuti.eghrmis.gov.my bagi aktiviti penjanaan kelayakan cuti 2014

Dimaklumkan bahawa Menu Kelayakan Cuti hanya boleh dicapai di server http://janacuti.eghrmis.gov.my bermula 28 November 2013 sehingga 31 Disember 2013. Selain itu terdapat pindaan tarikh terhadap Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 serta Carta Alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014. Semua aktiviti Permohonan dan Kelulusan Cuti hendaklah diselesaikan pada 13 Disember 2013 sebelum Permohonan GCR boleh dibuat. Sila rujuk hyperlink di bawah untuk maklumat lanjut. 
http://www.eghrmis.gov.my/index.php/home/makluman-semasa/item/387-pindaan-tarikh-pada-jadual-penjanaan-kelayakan-cuti-2014-dan-carta-alir-pre-post-penjanaan-kelayakan-cuti-2014 .html

Baca Selanjutnya...

Pindaan Tarikh pada Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 dan Carta Alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014

Dimaklumkan bahawa terdapat pindaan tarikh terhadap Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 serta Carta Alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014. Perubahan adalah seperti dilampiran. Mohon kerjasama semua pegawai yang telah merancang untuk bercuti pada Disember 2013 untuk menghantar dan memastikan semua permohonan cuti telah selesai diambil tindakan oleh Penyokong dan Pelulus sebelum 13 Disember 2013. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

 

Carta alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014

Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 bagi Agensi

Baca Selanjutnya...

Pelan Tindakan Pre Post Aktiviti Penjanaan Kelayakan Cuti HRMIS 2014

Dimaklumkan bahawa satu Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 telah dikeluarkan sebagai panduan Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2013. Semua agensi dibawah Kementerian dan SUK dinasihatkan untuk melaksanakan Pelan Tindakan Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 mengikut aturan yang telah ditetapkan. Dilampirkan dokumen berkait an Jadual Penjanaan dan juga Carta Alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014. Dilampirkan juga senarai agensi yang telah mencapai 100% penjanaan kelayakan cuti 2013 pada hujung tahun 2012 yang lalu. Tahniah diucapkan.

Senarai 100 peratus penjanaan kelayakan cuti 2013

Baca Selanjutnya...

Perutusan KPPA - HRMIS2

  • Published in Promo
perutusan kppmPengaruh globalisasi, liberalisasi ekonomi dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita bersosialisasi, melaksanakan aktiviti ekonomi dan berurusan, telah dan akan terus berubah dengan pesatnya seiring dengan perkembangan-perkembangan ini. Sesungguhnya dalam era teknologi pada masa kini, rakyat termasuk penjawat awam menginginkan sebuah sistem penyampaian yang cekap, tepat dan mesra pengguna. 
 
Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia bagi sektor awam, Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam, para pesara, pelajar dan juga orang ramai. 
 
Selaras dengan itu, sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat telah diperkemas dan ditambahbaikkan. Dengan itu, HRMIS2 yang merupakan satu sistem pengurusan sumber manusia yang lebih cekap, tepat, lancar dan mesra pengguna  telah dibangunkan. Maklumat pelbagai aspek pengurusan sumber manusia yang diproses dan direkodkan melalui HRMIS2 ini diharap dapat menjadi satu sistem yang cekap dan berguna kepada semua pengguna. Kemudahan di hujung jari yang disediakan adalah seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, nota pembelajaran, manual pengguna serta merujuk penerbitan-penerbitan yang berkaitan transformasi pengurusan sumber manusia masa kini. Portal ini akan sentiasa dikemas kini dari segi kandungan maklumat, penampilan yang mesra pengguna dan yang penting ia mudah dicapai.
 
Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge workers yang diperlukan di dalam memodenkan perkhidmatan awam selaras dengan kemajuan pesat di dalam knowledge economy.
 
Saya juga mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari portal HRMIS2 yang baharu, pusat sumber maklumat personel perkhidmatan awam anda!!
 
Baca Selanjutnya...

Taklimat Pelaksanaan KPI HRMIS Tahun 2013

Dimaklumkan satu taklimat pelaksanaan KPI HRMIS Tahun 2013 akan diadakan seperti butiran berikut:
 
Tarikh: 17 Jun 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 
Tempat: Auditorium Aras 4, 
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Blok C1, Kompleks C, 
Putrajaya. 
Penyertaan: tiga (3) orang pegawai sumber manusia yang menguruskanperkhidmatan, data perjawatan, perisytiharan harta dan prestasi
 
Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pencerahan kepada pegawai sumber manusia yang akan menjalankan KPI. Surat JPA.BPM(S)226/7 Klt.2(27) bertarikh 10 Jun 2013 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan . Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
 
i.Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah (Tel: 03-8316 4316, e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
ii.Encik Nuur Sholeeheen Bin Ramle (Tel: 03-8316 4323, e-m el This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
 
Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed