Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Penjanaan Kelayakan Cuti 2017 Melalui HRMIS

Penghargaan Jabatan Muzium Malaysia

Saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dengan penggunaan aplikasi HRMIS. Saya secara peribadi merasa berbangga kerana Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah terpilih antara salah sebuah agensi kerajaan yang terawal menggunakan aplikasi HRMIS. Yang terkini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mewajibkan penggunaan HRMIS untuk tujuan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT) dan Bayaran Elaun Lebih Masa (ELM).Saya selain berperanan sebagai penguna biasa atau pemilik kompentesi, juga terlibat secara langsung kerana saya ditugaskan sebagai penerima, penyemak dan penyedia proses bayaran untuk Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Walaupun pada peringkat awal permulaan, saya dan kakitangan di Unit Kewangan serta beberapa lagi kakitangan di unit atau bahagian lain di JMM menghadapi banyak permasalahan sama ada masalah dari segi teknikal seperti ganguan capaian, masalah pengiraan yang berbeza berbanding dengan cara manual serta beberapa lagi masalah lain telah kami kenal pastikan. Kepekaan dan keseriusan terhadap permasalahan tersebut, pihak kami (Kewangan) akan menyenaraikan segala permasalahan yang timbul dan akan berbincang serta meminta bantuan dan pertanyaan kepada pihak HRMIS JPA melalui perkhidmatan helpdesk yang di sediakan oleh JPA.
Pihak kami amat berterima kasih kerana segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan walaupun ada sesetengahnya mengambil masa yang lama untuk tindakan selanjutnya. Pihak kami juga amat berterima kasih kerana pihak HRMIS JPA sentiasa membuat penambahbaikan dalam sistem.
Oleh yang demikian, saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa dari Unit Kewangan Jabatan Muzium Malaysia serta semua kakitangan JMM dari peringkat bawahan serta pihak pengurusan tertinggi sangat berterima kasih akan keperihatinan HRMIS dalam membantu sektor kerajaan untuk menjadikan sektor ini antara sektor yang berkait rapat dengan aliran semasa teknologi moden. Saya juga mewakili semua kakitangan di JMM mengucapkan syabas kepada HRMIS dan JPA kerana bersedia menyahut cabaran kerajaan dalam mentransformasikan agenda kerajaan ke arah satu sistem kerajaan elektronik.  Sekian. Terima kasih..

-Dari Sistem Mamklumbalas JPA-

Baca Selanjutnya...

Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Serta Tanggungan Mereka Secara Online (e-GL) Di Hospital-Hospital Kementerian

Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Serta Tanggungan Mereka Secara Online (e-GL) Di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Melalui Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS)

Tarikh dikeluarkan : 8 Januari 2010

http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/se/bil080110

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed