Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Pentadbir Sistem
A+ R A-
Papar perkara dengan tag: Saraan

Pengguna boleh mendapatkan Kew.8 yang telah disediakan/disemak/disahkan pada menu Cetak Penyata Perubahan Gaji. Pada menu tersebut pengguna boleh melihat semua Kew.8 yang pernah disediakan.

Maklumat tanggungan kerja bagi setiap CO perlu dimasukkan di submodul Pembangunan Pelan Tindakan (RS-APD @ RS2)terlebih dahulu kerana submodul tuntutan akan menarik maklumat tersebut dan kiraan jam akan dibuat secara automatik oleh sistem.

Pembetulan Kew.8 hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Saraan.

Kadar maksimum yang boleh dituntut oleh setiap pegawai ialah tidak melebihi 1/2 gaji bulanan pegawai. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut  kumpulan perkhidmatan. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2005 adalah dirujuk.

Pada kebanyakan Jenis Perubahan Gaji nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] ialah emolumen terkini yang hendak diberikan pada CO dan ruang [Telah Terima]ialah emolumen yang pernah diberikan pada CO. Bagi Jenis perubahan yang tidak melibatkan perubahan emolumen yang hendak diberikan contohnya Jenis Perubahan Gaji: Tidak Hadir Bertugas, pengguna boleh masukkan emolumen terkini pada ruang [Patut Terima] dan nilai 0.00 pada ruang [Telah Terima].

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 2 dari 2