Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Direktori»Kementerian»Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
A+ R A-
Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran

Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran (13)

CO perlu memaklumkan Pentadbir Sekuriti Level 1 atau Pentadbir Sekuriti Level 2 agensi untuk menetapkan aliran kerja PR-006. Ini bertujuan supaya sebarang perubahan rekod peribadi seperti Maklumat Akaun CO dimaklumkan kepada Pentadbir Gaji di agensi untuk membuat perubahan gaji.

CO perlu maklumkan kepada Pentadbir Sistem Gaji di agensi untuk menyelenggara Bulan Pemprosesan Gaji bagi Normal Cycle dan Separate Cycle merujuk kepada Pusat Perakaunan tertentu.

Data yang hendak dimasukkan ke dalam sistem pengurusan cuti hendaklah tepat supaya ia dapat menghasilkan rekod dan laporan yang tepat. Sila rekodkan semua transaksi cuti (termasuk cuti yang diambil melebihi kelayakkan) di dalam Maklumat Sejarah Cuti. Kemudian catatkan sama ada cuti yang terlebih dari kelayakan tersebut ”cuti telah berbayar” atau ”cuti belum berbayar” di ruang catatan pada tahun berkaitan di Maklumat GCR.

Jika terdapat beberapa Jenis Perubahan Gaji yang tiada pada Kew.8 HRMIS, pengguna boleh menggunakan Jenis Perubahan Gaji: Perubahan Biasa.

Masalah ini berlaku kerana komputer pengguna tidak dapat memuat turun activex yang membolehkan laporan HRMIS dicetak.

Pengguna boleh mengatasi masalah ini dengan memasang secara manual active ini dengan langkah berikut:
1.    Muat turun RSClientPrint.cab klik disini untuk muat turun
2.    Extract RSClientPrint.cab
3.    Copy RSClient.dll dan semua *.rll files ke dalam C:\Windows\system32
4.    Register  RSClient.dll dengan menggunakan : Start->Run dan taip “regsvr32.exe c:\Windows\system32\rsclientprint.dll”
5.    Tekan OK

Maklumat kenderaan pada halaman pertama borang permohonan tuntutan akan dipaparkan jika kenyataan tuntutan yang dimasukkan melibatkan penggunaan kenderaan dan  jarak perjalanan. Maklumat bagi kenderaan yang digunakan dan  jarak perjalanan yang dituntut perlu dimasukkan pada bahagian Jarak (Km).

Jumaat, 25 Februari 2011 10:00

Profil Perkhidmatan.

Terdapat fungsi Profil Perkhidmatan pada skrin Penyediaan Penyata Perubahan Gaji. Walau bagaimanapun pengguna perlu mendapat peranan Service Profile Administrator (Service Profile).

Sila hubungi pihak penganjur dan maklumkan kepada pihak penganjur agar memasukkan  peranan  ' Claim Verifier'  pada pegawai yang bertanggungjawab sebagai penganjur .

Pengguna boleh mendapatkan Kew.8 yang telah disediakan/disemak/disahkan pada menu Cetak Penyata Perubahan Gaji. Pada menu tersebut pengguna boleh melihat semua Kew.8 yang pernah disediakan.

Maklumat tanggungan kerja bagi setiap CO perlu dimasukkan di submodul Pembangunan Pelan Tindakan (RS-APD @ RS2)terlebih dahulu kerana submodul tuntutan akan menarik maklumat tersebut dan kiraan jam akan dibuat secara automatik oleh sistem.