Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Penerbitan & Promosi»Papar perkara dengan tag: Katalog
A+ R A-
Papar perkara dengan tag: FAQ

Maklumat Pemilik Kompetensi (CO) perlu dirujuk kembali kepada pihak JPN bagi tujuan pengesahan kali kedua. Maklumat CO di HRMIS perlulah selari dengan maklumat di JPN untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang. CO akan dihubungi setelah tindakan selesai diambil.

 

Mulai Ogos 2009, JPA telah bersetuju untuk ‘dim’ (tidak boleh diubah) maklumat yang telah disahkan oleh JPN melalui integrasi SIREN (JPA-JPN). Sehubungan dengan itu, sekiranya maklumat Pemilik Kompetensi (CO) adalah salah, CO perlu laporkan kepada pihak helpdesk JPA ( Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya ) untuk tindakan selanjutnya.

Status perkahwinan akan berubah setelah Pemilik Kompetensi mengemaskini  maklumat pasangan di TAB KELUARGA.

Bolehkah anak angkat menggunakan eGL?

Jumaat, 25 Februari 2011 10:04 Diterbitkan dalam Pengurusan Rekod Peribadi

Boleh jika mendapat Pengesahan/kelulusan dari Jabatan Kebajikan masyarakat.

Maklumat bekas suami/isteri perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu.  Selepas disahkan, maklumat 'Anak' bolehlah dimasukkan. Setelah selesai memasukkan maklumat anak, CO boleh memasukkan tarikh bercerai/meninggal dunia bagi bekas suami/isteri tersebut. Kemudian masukkan maklumat suami/isteri sekarang. Masukkan juga maklumat anak dengan suami/isteri sekarang jika ada.

Pemilik Kompetensi (CO) perlu mengisytihar ibu dan bapa di dalam maklumat keluarga terlebih dahulu. Ya, CO boleh memilih mana-mana wilayah asal ibu atau bapa.

Apa itu ‘GEMULAH’?

Jumaat, 25 Februari 2011 10:03 Diterbitkan dalam Pengurusan Rekod Peribadi

Seseorang yang meninggal semasa dalam perkhidmatan atau pesaraan dinamakan GEMULAH.

CO perlu memaklumkan Pentadbir Sekuriti Level 1 atau Pentadbir Sekuriti Level 2 agensi untuk menetapkan aliran kerja PR-006. Ini bertujuan supaya sebarang perubahan rekod peribadi seperti Maklumat Akaun CO dimaklumkan kepada Pentadbir Gaji di agensi untuk membuat perubahan gaji.

CO perlu maklumkan kepada Pentadbir Sistem Gaji di agensi untuk menyelenggara Bulan Pemprosesan Gaji bagi Normal Cycle dan Separate Cycle merujuk kepada Pusat Perakaunan tertentu.

Data yang hendak dimasukkan ke dalam sistem pengurusan cuti hendaklah tepat supaya ia dapat menghasilkan rekod dan laporan yang tepat. Sila rekodkan semua transaksi cuti (termasuk cuti yang diambil melebihi kelayakkan) di dalam Maklumat Sejarah Cuti. Kemudian catatkan sama ada cuti yang terlebih dari kelayakan tersebut ”cuti telah berbayar” atau ”cuti belum berbayar” di ruang catatan pada tahun berkaitan di Maklumat GCR.

Halaman 6 dari 13