Maklumat SKT tidak perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi Pemilik Kompetensi yang cuti belajar. Walaubagaimana pun, markah penilaian prestasi bagi Pemilik Kompetensi yang sedang cuti belajar perlu dimasukkan ke dalam sistem melalui menu Penilaian Prestasi Bagi Tempoh Berkursus yang disenggara oleh Urusetia PPSM setelah mendapat maklumbalas melalui borang/secara manual dari Pensyarah IPTA berkenaan. Submodul Pengajian Modul Pembangunan (CDP) adalah berkaitan.
Ini kerana nama Urusetia berkenaan tidak termasuk di dalam Kumpulan Aliran Kerja Urusetia menyebabkan beliau tidak menerima pemberitahuan melalui inbox.
Urusetia boleh mengeluarkan laporan berbentuk senarai dan laporan berbentuk statistik bagi Pemilik Kompetensi yang sudah atau belum menghantar SKT melalui menu Lampiran-Lampiran Kertas Pertimbangan Panel Sumber Manusia di dalam submodul LNPT.
Sandangan perlu dilakukan ke Unit Organisasi atau Business Unit (BU) di jabatan yang baru terlebih dahulu sebelum diberi peranan dan capaian ke sistem HRMIS dan seterusnya perlu mendapatkan maklumat SKT di Unit Organisasi yang baru tersebut sebelum boleh memasukkan SKT.
Setiap PYD hendaklah mengisi maklumat SKT dan menghantar SKT tersebut untuk disahkan oleh PPP terlebih dahulu. Sistem hanya akan mewujudkan/mencipta Penilaian Prestasi PYD setelah PYD ‘klik’ butang Hantar.
Maklumat latihan di LNPT (Bahagian II) adalah perkara mandatori kerana ianya mengambil kira Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
Terdapat nama pegawai yang tercicir ketika proses memindahkan format cetakan Surat Pergerakan Gaji dari PDF atau Excell kerana julat markah yang dimasukkan tidak mengambil kira dua(2) titik perpuluhan.
Untuk mengelakkan nama dari tercicir julat cetakan perlu dimasukkan sehingga dua(2) titik perpuluhan contohnya 85.99 hingga 99.99.
Pengesahan aktiviti/projek SKT PYD di bawah seliaan PPP boleh disahkan melalui dua (2) cara, iaitu:
1. Melalui peti pesanan pengguna
2. Melalui menu SKT
YA, SKT yang telah disahkan(Status dari 'Memerlukan Pengesahan' -> 'Disahkan') masih boleh dikemaskini oleh PYD.
Status SKT 'Disahkan' akan menjadi 'Memerlukan Pengesahan' semula bagi membolehkan PPP mengesahkan semula SKT tersebut selepas PYD klik butang hantar.
Pemilik Kompetensi boleh menyimpan senarai aktiviti/projek yang dimasukkan ke dalam sistem sebelum dihantar kepada PPP supaya ia boleh dikemaskini sekiranya berlaku pindaan atau tambahan maklumat.