Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan
Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.
Kami berjanji akan :
Memastikan data asas yang disediakan mengikut format dimasukkan dalam pangkalan data HRMIS dalam masa satu bulan dari tarikh diterima daripada agensi.
Memastikan downtime operasi aplikasi HRMIS pada satu masa tidak melebihi empat jam.
Memastikan aduan melalui Meja Bantuan diselesaikan dalam tempoh berikut: Seperti Rajah 1 diatas.
Membuat perakuan pembayaran dalam masa 14 hari dari tarikh invois yang lengkap diterima.