Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS telah DIBUKA SEMULA. Prestasi capaian akan sentiasa dipantau oleh pihak JPA secara berterusan.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2012 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 22 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya.
Pengerusi : YBhg. Dato' Dr. Ismail bin Alias Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Surat jemputan rasmi bertarikh 8 Oktober 2012 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah
(e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
/ Tel: 03-8316 4316)
atau
Cik Siti Azura Binti Khairruddin
(e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
/ Tel: 03-8316 4353)
Sektor integrasi telah melaksanakan pembangunan perkongsian data HRMIS dengan menggunakan fungsi web services. Sehubungan itu, sektor integrasi telah menyediakan beberapa dokumen sebagai panduan bagi pihak agensi untuk berkongsi data dengan HRMIS. Dokumen yang dilampirkan adalah seperti berikut:
1) Kertas Perkongsian Data HRMIS
2) Garispanduan Pelaksanaan Perkongsian Data HRMIS
3) Lampiran A - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah SRS dan A/muka Integrasi (Web services)
4) Lampiran B - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah Peralihan Data (DC Tools)
5) Lampiran C - Senarai Elemen Jadual Rujukan HRMIS