Jumlah kemudahan cuti rehat yang pegawai berkelayakan tidak akan ditolak dengan bilangan cuti umum tersebut. Sekiranya pegawai bercadang untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada 3 Januari 2011 (Isnin), pegawai adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru kepada ketua jabatan dan ketua jabatan bolehlah mempertimbangkan permohonan tersebut mengikut budi bicara masing-Masing, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.