Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Soalan Lazim»Pengurusan Prestasi »Sebagai Urusetia PPSM kenapa saya tidak menerima mesej pemberitahuan berkenaan status penghantaran LNPT CO kepada Urusetia?
A+ R A-
Makluman Semasa
Makluman Semasa

Makluman Semasa (60)

Satu aplikasi bernama "My HRMIS & JPA Demo" pernah dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab ke Google Play dan ia telah dimuatturun oleh beberapa pengguna Smart Phone berasaskan sistem pengoperasian Android. Berdasarkan keterangan di laman web Google Play, ia kononnya adalah bagi tujuan demo My HRMIS di SUK Selangor pada 14 March 2012. Aplikasi ini sebenarnya digunakan untuk mencuri maklumat yang berada di dalam telefon pengguna. Pihak JPA dan SUK Selangor dengan ini memaklumkan dan mengesahkan bahawa kedua-dua pihak tidak terlibat membangunkan aplikasi tersebut. Oleh itu semua pengguna yang telah memuatturun (download) aplikasi tersebut dinasihatkan untuk segera menghapuskannya (uninstall).

Muat Turun Senarai Hospital-Hospital, Klinik-Klinik Kesihatan dan Pergigian Yang Melaksanakan Kemudahan eGL Sehingga Tahun 2013

Muat Turun

Khamis, 14 Februari 2013 13:47

Lawatan Kerja ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)

Pada 11 Januari 2013 (Khamis) yang lalu, wakil Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) daripada Sektor Pengurusan Perubahan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bagi melihat pelaksanaan kempen penggunaan HRMIS yang sedang dijalankan. Dalam lawatan tersebut pihak RTM yang diketuai oleh Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Pengarah Seksyen Sumber Manusia, Jabatan Penyiaran Malaysia telah membentangkan status terkini kemasukan data maklumat di dalam HRMIS oleh RTM. Pihak BPM juga telah dibawa melawat Unit HRMIS, RTM dan melihat sendiri inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit HRMIS dalam menggalakkan kakitangan RTM untuk menggunakan HRMIS khususnya membuat pengisian LNPT.

Antara inisiatif-inisiatif yang dijalankan adalah penyediaan bilik operasi HRMIS yang dibuka sehingga jam 9.00 malam bermula 1 Disember 2012 sehingga 28 Februari 2013 bagi memudahkan kakitangan yang bekerja mengikut syif mengakses ke HRMIS. Sebanyak 5 buah laptop disediakan secara pool kepada kakitangan Jabatan Penyiaran yang ingin mengakses kepada sistem atau memerlukan tunjuk ajar pentadbir.

Tujuan utama penyediaan bilik operasi tersebut adalah untuk menggalakkan kakitangan RTM membuat pengisian LNPT. Namun begitu, inisiatif yang paling menarik perhatian wakil JPA adalah penyediaan KIOSK HRMIS di ruang legar bangunan RTM. Penyediaan KIOSK ini adalah bagi memudahkan kakitangan yang sentiasa sibuk di konti sehingga tiada kesempatan untuk melayari HRMIS di ruang kerja masing-masing. Pihak JPA difahamkan bahawa kebanyakan kakitangan menggunakan KIOSK adalah bagi tujuan permohonan cuti.

Syabas diucapkan kepada pihak RTM atas usaha yang telah dilakukan. Berikut antara gambar KIOSK yang sempat dipaparkan untuk perhatian semua agensi.

Jumaat, 21 Disember 2012 18:42

Perhatian: Capaian Aplikasi HRMIS DIBUKA SEMULA

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS telah DIBUKA SEMULA. Prestasi capaian akan sentiasa dipantau oleh pihak JPA secara berterusan.

Rabu, 21 November 2012 09:22

Perkara-perkara Penting dalam Aktiviti Penjanaan Cuti

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Dimakluman satu dokumen Tips Do and Don't bagi Submodul Pengurusan Cuti telah dikeluarkan bagi melancarkan proses Penjanaan Kelayakan Cuti 2013. Ia memaparkan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil perhatian oleh Pemilik Komptensi dan juga Pentadbir Cuti Agensi sewaktu aktiviti Penjanaan Cuti 2013 berlaku. Semua Pentadbir Cuti dinasihatkan untuk memuat turun dokumen ini.

Tip Aktiviti Penjanaan CutiMuat Turun

Rabu, 07 November 2012 17:00

Panduan terkini bagi Fungsi Penjanaan Kelayakan Cuti

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Dilampirkan panduan pengguna terkini bagi fungsi Kelayakan Cuti dibawah Submodul Pengurusan Cuti. Semua Pentadbir Cuti hendaklah memastikan Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Panduan Fungsi Penjanaan Kelayakan CutiMuat Turun

Rabu, 07 November 2012 14:08

Surat Jemputan Dialog HRMIS Bil. 2/2012

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Surat Jemputan Dialog HRMIS Muat Turun

Isnin, 22 Oktober 2012 12:15

Pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Dimaklumkan bahawa satu cadangan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 telah dikeluarkan sebagai panduan Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012. Semua agensi dibawah Kementerian dan SUK dinasihatkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti hujung tahun (bagi Submodul Pengurusan Cuti) mengikut aturan yang telah ditetapkan. Dilampirkan dokumen berkaitan Jadual Penjanaan dan juga Langkah-langkah Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012.

 

Pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012

Muat Turun

 

 

Jadual Penjanaan Akhir Tahun 2012

Muat Turun

Rabu, 17 Oktober 2012 12:08

Penutupan Sementara Menu Kemaskini Profil Pengguna, HRMIS

Diterbitkan dalam Makluman Semasa Ditulis oleh Pentadbir Sistem

Dimaklumkan bahawa menu fungsi Kemaskini Profil Pengguna ditutup sementara waktu kepada semua pentadbir yang mempunyai peranan tersebut bagi tujuan aktiviti penyelenggaraan sistem. Harap maklum.

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 1 dari 5