Menu
RSS

You are here:Struktur Hieraki»HRMIS - Pentadbir Sistem

Modul Perolehan Sumber Manusia

Pelaksanaan Modul / Submodul HRMIS Tahun 2010

Pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi pada tahun 2010 terus memberi fokus terhadap Modul Teras 2.
 
(Rekod Peribadi, Profil Perkhidmatan dan Data Perjawatan) dan Modul Kritikal 3 (Penamatan Perkhidmatan, Pembangunan Organisasi dan Perolehan Sumber Manusia). Modul dan submodul lain adalah seperti berikut:
 
1. Perisytiharan Harta
2. Pengurusan Cuti
3. Pengurusan Saraan
4. Pengurusan Gaji
5. Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri
6. Pengurusan Kaunseling
7. Majlis Bersama Jabatan
8. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
9. Program Pembangunan Kompetensi
10. Sistem Maklumat Eksekutif (Executive Information System - EIS)
 
Baca Selanjutnya...

Latihan Terbuka 5 Modul/Submodul HRMIS Tahun 2010 Anjuran JPA

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima banyak permohonan latihan daripada agensi bagi modul/submodul berikut:
 
1. Modul Penamatan Perkhidmatan;
2. Submodul Pengurusan Cuti;
3. Submodul Perisytiharan Harta;
4. Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja (MBJ); dan
5. Submodul Laporan Penilaian Prestasi
 
2.     Sehubungan itu, JPA telah menjadualkan beberapa sesi latihan bersifat terbuka bagi modul/submodul tersebut mulai April hingga Disember tahun ini.  Latihan ini adalah bertujuan untuk memantapkan kefahaman agensi terhadap modul/submodul yang telah dilaksanakan kepada kementerian/SUK sebelum ini (2007-2009). Untuk makluman tuan/puan, tempat yang disediakan adalah terhad kepada 3 orang pegawai sahaja daripada setiap agensi.
 
3.         Bagi tujuan tersebut, semua kementerian dan SUK diminta mengenal pasti agensi dibawah kawalan masing-masing (Agensi Ibu Pejabat sahaja) yang memerlukan latihan bagi modul/submodul yang disenaraikan di atas berdasarkan syarat dan keutamaan berikut :
 
i.    Agensi yang belum pernah menerima latihan;
ii.   Agensi telah melaksanakan sepenuhnya modul-modul Teras 2 iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Profil Perkhidmatan dan telah mengemaskini sandangan/perjawatan di dalam Aplikasi HRMIS dan
iii.  Telah memenuhi prasyarat bagi pelaksanaan modul/submodul yang telah dinyatakan di atas.
 
4.     Program latihan terbuka ini adalah berkonsepkan “First Come, First Serve” dimana agensi yang menghantar permohonan akan dimasukkan ke dalam senarai sesi yang telah dimohon dan sekiranya sesi tersebut telah penuh, maka agensi tuan/puan akan diletakkan ke sesi yang seterusnya. 
 
5.     Dengan pelaksanaan konsep ini, mana-mana permohonan latihan modul/submodul HRMIS daripada kementerian/SUK/agensi selepas ini adalah berkemungkinan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan daripada agensi perlulah melalui Unit HRMIS kementerian dan SUK masing-masing dan seterusnya dipanjangkan kepada pihak JPA. Pihak kami akan menyelaraskan sesi latihan berdasarkan permohonan yang diterima dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pihak tuan/puan.
 
 
6.    Maklum balas permohonan latihan perlulah dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut melalui emel/faks (03-83201968/1969) sebelum atau pada 12 Mac 2010 (Jumaat):
 
i.    En. Mohd. Hazli bin Ahmad @ Adnan
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Pendidikan, BPM, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-83164035 atau
 
ii.    Puan Noor Hafiza binti Mat Tahir
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Pendidikan, BPM, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-83164315 atau
 
iii.    En. Nuur Sholeeheen bin Ramle
Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Pendidikan, BPM, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-83164321
 
 
7.      Surat jemputan dan makluman untuk menghadiri sesi-sesi yang telah dipohon akan dikeluarkan kepada tuan/puan selepas 12 Mac 2010.  Sila semak Portal HRMIS (www.eghrmis.gov.my) untuk mengetahui makluman-makluman terkini mengenai sesi latihan ini.
 
 
Baca Selanjutnya...

Jemputan Latihan Terbuka HRMIS 2010

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN TERBUKA HRMIS TAHUN 2010 ANJURAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima sebanyak 21 permohonan latihan modul/submodul HRMIS daripada kementerian dan 7 permohonan daripada SUK melibatkan 922 orang peserta bagi Latihan Terbuka ini...

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed