Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Video Tutorial MyHRMIS eGL

Jadual Pelaksanaan Cuti Hujung Tahun 2009 & Penjanaan Kelayakan Cuti Tahun 2010

Semua agensi digalakkan mengikuti jadual yang telah ditetapkan untuk melancarkan aktiviti pelaksanaan pengurusan cuti hujung tahun. Satu sesi taklimat khas akan diadakan oleh pihak JPA pada 10 & 11 November 2009 dan surat panggilan akan diedarkan ke Kementerian dan SUK.

Muat Turun Lampiran dan Jadual Khas Penjanaan Cuti

Baca Selanjutnya...

Penukaran nombor Hotline Helpdesk HRMIS

Sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan Helpdesk HRMIS, pihak JPA telah memulakan operasi Helpdesk HRMIS menggunakan sistem Call Center. Sehubungan dengan itu nombor telefon untuk menghubungi Helpdesk HRMIS telah ditukar kepada satu nombor hotline iaitu 03-8321 1400 bagi memudahkan kami dihubungi. Penukaran nombor telefon Helpdesk HRMIS berkuatkuasa mulai 9 Oktober 2009.

Baca Selanjutnya...

Misi Dan Visi

Visi

Menjadikan HRMIS aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam bertaraf dunia melalui kecanggihan ICT selaras dengan wawasan kerajaan.
 

Misi

Memastikan semua agensi dalam sektor awam melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik.
Memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui penambahbaikan berterusan.
 
Baca Selanjutnya...

Objektif

Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;

Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;

Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;

Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;

Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan

Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Baca Selanjutnya...

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan :

Memastikan data asas yang disediakan mengikut format dimasukkan dalam pangkalan data HRMIS dalam masa satu bulan dari tarikh diterima daripada agensi.

Memastikan downtime operasi aplikasi HRMIS pada satu masa tidak melebihi empat jam.

Memastikan aduan melalui Meja Bantuan diselesaikan dalam tempoh berikut: Seperti Rajah 1 diatas.

 

Baca Selanjutnya...

Dasar Penafian

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (”JPA”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh JPA.

Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Portal HRMIS, ia hanyalah untuk menyatakan JPA TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. JPA tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan portal dan maklumat dan bahan terkandung dalam portal dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

 

Capaian

Portal Rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan semua pelayar*.

Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain.

Penggunaan resolusi 1024 pixels x 768 pixels adalah digalakkan.

 

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada pihak yang berkaitan.

Baca Selanjutnya...

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed