Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil.2/2011
Promo

Promo (3)

Pembangunan HRMIS Baharu

Mesyuarat Kerja Rasionalisasi HRMIS 2.0 antara JPA dan MAMPU pada 29 – 30 Julai 2013 berpandangan bahawa adalah sukar membangunkan HRMIS2 secara keseluruhan dalam tempoh yang singkat. Rumusan hasil Mesyuarat adalah seperti berikut:


Pembangunan HRMIS2 melibatkan 2 peringkat:


a) Pembangunan peringkat pertama:

i) Membangunkan User Interface (UI) baharu dengan pengurangan klik, bilangan menu dan page;
ii) Boleh dicapai melalui pelbagai Browser; dan
iii) mempunyai keupayaan mobility access.


b) Pembangunan peringkat kedua menggunakan teknologi terkini bagi memenuhi/mencapai keperluan berikut:

i) Personalization;
ii) Multi Platform (O/S & Device);
iii) Business Intelligence;
iv) Mobile Native Apps; dan
v) Responsive UI.

 

KRITERIA HRMIS 2.0

  • Tidak Menjejaskan Prestasi
  • Kurang Klik
  • Kurang Skrin
  • Pelbagai Pelayar Web
  • Mesra Pengguna

 

Baca Selanjutnya...

Perutusan KPPA - HRMIS2

perutusan kppmPengaruh globalisasi, liberalisasi ekonomi dan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita bersosialisasi, melaksanakan aktiviti ekonomi dan berurusan, telah dan akan terus berubah dengan pesatnya seiring dengan perkembangan-perkembangan ini. Sesungguhnya dalam era teknologi pada masa kini, rakyat termasuk penjawat awam menginginkan sebuah sistem penyampaian yang cekap, tepat dan mesra pengguna. 
 
Jabatan Perkhidmatan Awam sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia bagi sektor awam, Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam, para pesara, pelajar dan juga orang ramai. 
 
Selaras dengan itu, sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat telah diperkemas dan ditambahbaikkan. Dengan itu, HRMIS2 yang merupakan satu sistem pengurusan sumber manusia yang lebih cekap, tepat, lancar dan mesra pengguna  telah dibangunkan. Maklumat pelbagai aspek pengurusan sumber manusia yang diproses dan direkodkan melalui HRMIS2 ini diharap dapat menjadi satu sistem yang cekap dan berguna kepada semua pengguna. Kemudahan di hujung jari yang disediakan adalah seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, nota pembelajaran, manual pengguna serta merujuk penerbitan-penerbitan yang berkaitan transformasi pengurusan sumber manusia masa kini. Portal ini akan sentiasa dikemas kini dari segi kandungan maklumat, penampilan yang mesra pengguna dan yang penting ia mudah dicapai.
 
Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini, Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge workers yang diperlukan di dalam memodenkan perkhidmatan awam selaras dengan kemajuan pesat di dalam knowledge economy.
 
Saya juga mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari portal HRMIS2 yang baharu, pusat sumber maklumat personel perkhidmatan awam anda!!
 
Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed