Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Makluman Fungsi Semakan Data & Penambahbaikan Gaji PP1/2016

Tatatertib

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

 1

Apakah peranan untuk mengakses Fungsi Tatatertib?

Peranan yang terlibat adalah Pentadbir Tatatertib Agensi.

Peranan ini diberikan kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap maklumat tatatertib di agensi.

 

[1209] - Data Sejarah()

[120910] - Pengurusan Komunikasi Dan Tatatertib Pekerja()

[12091001] - Pengurusan Tatatertib()

[576] -  Pentadbir Tatatertib Agensi

 

 2

Kes bagaimana yang boleh direkodkan ke dalam HRMIS?

Kes-kes yang telah selesai hendaklah direkodkan ke dalam HRMIS. Walau bagaimanapun, kes-kes yang belum selesai juga digalakkan untuk direkodkan ke dalam HRMIS. Namun, Status Keseluruhan Kes akan direkodkan sebagai Belum Selesai.

 

 3

Tiada jenis prosedur bagi surcaj, tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan, pegawai yang tertakluk kepada perintah tahanan, pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.

 

Pelaksanaan Fungsi Tatatertib kepada semua agensi bagi Tahun 2015 yang diarahkan oleh Bahagian Perkhidmatan (BK), JPA mengkhususkan kemasukan data tatatertib jenis prosedur Kes Am sahaja.

 

Walau bagaimana pun, input dan maklum balas dari agensi amat dialukan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Bagi perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan proses, kami perlulah berhubung dengan Bahagian Komunikasi JPA untuk sebarang penambahan maklumat yang diperlukan sebelum ia dimasukkan ke dalam sistem HRMIS.

 

4

Apakah peraturan/akta/pekeliling yang berkaitan tatatertib untuk rujukan?

Peraturan yang berkaitan tatatertib adalah seperti berikut:

 

  • Peraturan - Peraturan Pegawai Awam

( Kelakuan & Tatatertib ) 1993 -  P.U.(A) 395/1993

  • Peraturan - Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 -  U.(A) 396/1993

 

Lain-Lain Peraturan / Akta adalah seperti berikut:

 

  • Seksyen 18 - Akta Acara Kewangan 1957
  • Arahan Perbendaharaan 1970
  • Akta Rahsia Rasmi 1980
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A)176/2005 Berkuat Kuasa 1.5.2005
  • Perintah-Perintah Am Bab `B’, `C’, `E’, `F’ Dan `G’
  • Pekeliling/ Surat Pekeliling / Surat Pekeliling Am / PKPA / Surat Edaran Dan Akta Berkaitan

 

 

Baca Selanjutnya...

MBJ

  • Published in MBJ

FAQ – Punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

Bil

Soalan

Jawapan

1

Mengapa saya tidak boleh menggunakan sub modul MBJ di HRMIS one/Klasik?

Untuk makluman, sub modul MBJ ini adalah modul yang telah ditambah baik dan berbeza daripada sub modul MBJ yang dahulu. Oleh hal demikian, sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS 2.0 sahaja.

 

2

Apakah penetapan tugas (peranan) yang perlu diberikan?

PENETAPAN TUGAS:

 

[06] Pengurusan Komunikasi & Tatatertib Pekerja (ECBM)

[0601] Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja (MER)

[268] MBJ Secretariat (Agency Level) – Perlu diberikan kepada Setiausaha Pihak Pegawai /Urus setia MBJ Agensi

 

[12] Pentadbiran Sistem (SA)

[1202] Aliran Kerja (WF)

[110] Workflow Administrator (MER) : Perlu diberikan kepada Pentadbir Sistem Agensi

 

3

Apakah aliran kerja yang perlu diselenggarakan?

PENETAPAN ALIRAN KERJA :

 

  • MER-030 : Penghantaran Pindaan Perlembagaan MBJ
  • MER-042 : Penghantaran Maklumat Mesyuarat Untuk Pengesahan Penerimaan
  • MER-044 : Penghantaran Maklumat Tarikh Perancangan Mesyuarat MBJ Agensi

 

4

Bagaimana untuk mengemaskini rekod MBJ agensi seperti nama MBJ dan nombor pendaftaran?

 

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi perlu membuat pengesahan nama MBJ dan Nombor Pendaftaran MBJ kepada Bahagian Saraan, JPA terlebih dahulu. Selepas itu, urus setia perlu menghantar maklumat MBJ yang disahkan tersebut melalui Meja Bantuan JPA bagi tujuan pengemaskinian maklumat tersebut di dalam HRMIS.

 

5

Bagaimana ingin mewujudkan nama MBJ baru bagi agensi?

 

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi masih perlu membuat permohonan Penubuhan MBJ secara manual kepada kepada Bahagian Saraan, JPA. Mohon menghubungi Pegawai di Sektor KM3 ( Puan Zainah Binti Taib dan Encik Abd Samat Bin Mohd )

 

6

Mengapa pada Fungsi Mesyuarat, ruangan Semakan Setiausaha MBJ kabur dan menyebabkan penghantaran minit mesyuarat tidak boleh dilakukan?

 

Untuk makluman, hanya Setiausaha Pegawai sahaja yang boleh melakukan proses semakan dan klik butang hantar di Tab Semakan Setiausaha tersebut. Sekiranya urus setia atau pegawai lain yang login, ruangan tersebut akan kabur (disable). Mohon memaklumkan kepada Setiausaha Pegawai supaya membuat tindakan tersebut.

7

Bagaimana Setiausaha Pekerja membuat pengesahan Minit Mesyuarat MBJ?

Setiausaha Pekerja boleh membuat pengesahan Minit Mesyuarat tersebut melalui Peti Pesanan. Pastikan nama Setiausaha Pekerja tersebut telah dikemaskini terlebih dahulu di dalam Fungsi Pentadbiran > Kemas Kini Ahli.

 

8

Bagaimana agensi induk SUK boleh melihat semua MBJ agensi di bawah seliaan?

Carian MBJ hanya memaparkan senarai MBJ mengikut agensi masing-masing sahaja buat masa ini. Bahagian Saraan selaku Pemilik Modul bagi Submodul MBJ HRMIS memaklumkan belum ada keperluan untuk membenarkan Agensi Induk memantau keseluruhan aktiviti pengunaan Submodul MBJ melalui HRMIS bagi Agensi di bawahnya.

Bagi tujuan pemantauan di peringkat Agensi Induk, mohon maklumkan kepada agensi di bawah supaya membuat ‘Salinan Kepada’ semasa Agensi di bawah pemantauan menghantar Maklumat Mesyuarat MBJ dengan memasukkan Nama Pegawai yang bertanggungjawab di Agensi Induk.

 

Baca Selanjutnya...

Program Pembangunan Kompetensi

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Kenapa saya tidak boleh membuka sub modul Program Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0?

 

Sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS One / Klasik sahaja.

 

2

Apakah penetapan tugas (Peranan) yang perlu diberikan supaya Pentadbir di agensi boleh memasukkan maklumat kursus/ latihan di Data Sejarah?

 

Penetapan tugas (Peranan) yang dimaksudkan adalah Pentadbir Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi.

 

 

3

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh mengemaskini maklumat kursus di Modul Rekod Peribadi > Papar Rekod Peribadi > Tab Kursus?

 

Pemilik Kompetensi perlu menghantar salinan sijil kepada Pentadbir Kursus supaya beliau boleh memasukkan maklumat kursus tersebut di Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Program Pembangunan Kompetensi > Selenggara Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi

 

 

Baca Selanjutnya...

Pengurusan Saraan

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/aliran kerja/Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Terdapat beberapa Jenis Perubahan Gaji yang tiada pada Kew.8 HRMIS. Bagaimanakah Jenis Perubahan Gaji tersebut hendak direkodkan di dalam HRMIS.

 

Jika terdapat beberapa Jenis Perubahan Gaji yang tiada pada Kew.8 HRMIS, pengguna boleh menggunakan Jenis Perubahan Gaji: Perubahan Biasa.

2

Apakah nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] dan ruang [Telah Terima]?

Pada kebanyakan Jenis Perubahan Gaji nilai yang perlu dimasukkan pada ruang [Patut Terima] ialah emolumen terkini yang hendak diberikan pada Pemilik Kompetensi dan ruang [Telah Terima] ialah emolumen yang pernah diberikan pada Pemilik Kompetensi. Bagi Jenis perubahan yang tidak melibatkan perubahan emolumen yang hendak diberikan, contohnya Jenis Perubahan Gaji: Tidak Hadir Bertugas, pengguna boleh masukkan emolumen terkini pada ruang [Patut Terima] dan nilai 0.00 pada ruang [Telah Terima].

 

3

Bagaimana agensi baru ingin membuat penyata perubahan gaji (Kew8) pegawai yang telah bertukar ke agensi tersebut tetapi perubahan berkenaan sepatutnya dibuat di agensi lama?

 

Pentadbir Saraan perlu menyediakan Kew.8 bagi pegawai tersebut mengikut tarikh semasa berada di agensi lama. Tetapi Pentadbir Saraan perlu memohon HORVER daripada Helpdesk JPA bagi membolehkan carian pegawai dibuat semasa berada di agensi lama. **HORVER: Akses kepada agensi luar berdasarkan peranan.

4

Kenapa paparan mesej “Maklumat Data Tidak Lengkap” dipaparkan setelah klik [Papar] pada Kemaskini Borang Kew.8?

 

Perlu pastikan rekod alamat rasmi Unit Organisasi dalam fungsi selenggara Unit Organisasi di modul Data Perjawatan bagi Pemilik Kompetensi tersebut lengkap.

 

5

Kenapa operasi simpan tidak dapat dilakukan dan mesej "Tarikh yang dipilih tidak berada dalam julat tarikh sandangan" dipaparkan?

 

Pentadbir Saraan perlu menyediakan Kew.8 dengan memilih Tarikh Kuatkuasa sama dengan Tarikh Perubahan Gaji. Sekiranya pegawai tersebut tidak dijumpai, Pentadbir Saraan perlu memohon HORVER daripada Helpdesk JPA bagi membolehkan carian pegawai dibuat semasa berada di agensi lama.

6

Adakah jenis Perubahan “Tidak Hadir Bertugas” hanya boleh dilakukan untuk mengutip balik emolumen pegawai pada hari tidak hadir sahaja dan tidak dapat membuat pembayaran bagi hari-hari hadir?

 

Jenis perubahan ini bukan hanya boleh dibuat kutipan balik emolumen pegawai pada hari tidak bertugas sahaja tetapi boleh juga di bayar emolumen pada tarikh hadir bertugas bergantung kepada situasi.

Jika:

  • Kutipan balik emolumen dilaksanakan, ruang "patut terima"=0.
  • Bayar balik emolumen dilaksanakan, ruang "telah terima"=0.

7

Adakah Borang Kew.8 yang dikeluarkan oleh HRMIS masih perlu ditandatangani secara manual?

 

Borang Kew.8 perlu ditandatangani secara manual setelah dicetak KECUALI sekiranya menggunakan Public Key Infrastructure (PKI).

8

Maklumat Jadual Gaji Matriks KUP tiada dalam HRMIS. Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

 

Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan pengesahan Jadual Gaji Matriks KUP daripada Bahagian Saraan JPA. Setelah mendapat pengesahan, perlu kemukakan kepada pihak Pemilik Modul Submodul Pengurusan Saraan bagi mengemaskini Jadual Gaji Matriks KUP tersebut dalam HRMIS.

9

Adakah semua jenis perubahan gaji yang diproses di Kew.8 akan dikemaskini secara automatik item Mata Gaji di Submodul Profil Perkhidmatan?

 

Tidak. Item Mata Gaji di Submodul Profil Perkhidmatan hanya akan dikemaskini secara automatik sekiranya jenis perubahan PERGERAKAN GAJI di Kew.8 diproses.

10

Tarikh penyediaan Kew.8 dalam borang Kew.8

Berdasarkan keperluan bagi penyediaan Kew.8, tarikh penyediaan Kew.8 tidak akan dicetak oleh sistem dan hanya akan dimasukkan secara manual (tulis tangan) oleh penyedia Kew.8. Walaubagaimana pun, tarikh tersebut telah direkodkan ke dalam sistem untuk tujuan rujukan dan rekod.

 

 

Baca Selanjutnya...

Pengurusan Perubatan

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/aliran kerja/Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

 

Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut:

  • Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi
  • Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih
  • Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini
  • Kategori Kad Pengenalan – perlulah berstatus SEMASA

2

Saya seorang warganegara tetapi isteri/anak/ibu/bapa bukan warganegara. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

 

Semasa mengemaskini maklumat Kad Pengenalan (KP), kategori bagi Jenis KP yang diisytiharkan di dalam modul Pengurusan Rekod Peribadi perlu memilih kepada Lain-lain dan Kategori KP adalah Semasa.

3

Saya mempunyai anak/ibu/ayah angkat. Bolehkah beliau mendapat kemudahan eGL? Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

 

Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada JPN dan mengemaskini maklumat mereka di Pengurusan Rekod Peribadi. Status tanggungan perlu disetkan “Ya”.

4

Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

 

Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan eGL. Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan eGL hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja.

 

5

Anak saya berumur 27 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Beliau tergolong dalam golongan istimewa (OKU). Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan sedangkan golongan ini layak untuk mendapatkan kemudahan eGL?

 

Mengikut Perintah Am Bab F, anak yang tergolong dalam golongan istimewa (OKU) layak mendapatkan kemudahan eGL seumur hidup dengan syarat Status Kecacatan di Pengurusan Rekod Peribadi dikemaskini.

 

6

Saya ke Hospital Kerajaan tetapi Petugas Kaunter masih memerlukan GL yang dicetak. Mengapa ini masih berlaku?

 

eGL boleh diguna pakai di semua Hospital Kerajaan. Sekiranya Petugas Kaunter enggan menggunakan eGL dan masih memerlukan GL yang dicetak, mohon membuat aduan kepada Bahagian Kewangan KKM dengan menyatakan nama petugas kaunter, tempat, tarikh dan masa (dsb) untuk siasatan pihak KKM.

7

Saya seorang pesara/tentera/ polis. Walaubagaimanapun maklumat saya tiada pada eGL di hospital.

 

Maklumat eGL bagi Pesara/Tentera/Polis diambil terus daripada webservis di bawah kawalan agensi yang terlibat:

  • Pesara – KWAP;
  • Polis – PDRM;
  • Tentera – ATM

 

Jika maklumat tiada pada eGL, Pemilik Kompetensi diminta berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengemaskini maklumat.

 

8

Bagaimana kelayakan perubatan ditentukan di Submodul Pengurusan Perubatan?

 

Kelayakan Perubatan ditentukan mengikut Pekeliling/Arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan. Antara Pekililing yang terlibat adalah:

  • Perintah Am Bab F (Perubatan);
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 - Kemudahan Rawatan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 4 Tahun 2001 – Pelaksanaan Kemudahan Perubatan;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service);
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 – Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam.

 

9

Maklumat gaji saya salah di paparan eGL.

 

Maklumat Gaji yang dipaparkan pada eGL diambil daripada:

  • Gred Gaji: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Gaji Pokok: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Gred Pemangkuan: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Nombor Gaji: Submodul Pengurusan Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Gaji)

 

Jika maklumat yang dipaparkan pada eGL didapati tidak tepat, sila hubungi Pentadbir yang berkenaan di Agensi untuk mengemaskini maklumat.

10

Bolehkah logo jabatan ditukar ke logo jabatan Pemilik Kompetensi pada borang eGL?

 

Logo yang dipaparkan pada semua janaan eGL yang menggunakan Submodul Pengurusan Perubatan pada HRMIS adalah menggunakan Logo Jata Negara yang sama. Tiada fungsi yang disediakan untuk membolehkan pihak Agensi menukar logo berkenaan.

11

Apakah kelayakan kelas wad bagi seseorang pegawai?

Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital:

Kumpulan/  Gred

Kelayakan Wad

Pengurusan Tertinggi

Kelas 1 Bilik Seorang

45 - 54

31 - 44

Kelas 1 Bilik Berdua

21 - 30

Kelas 1 Bilik Bertiga

1 - 20

Kelas 2

12

Semasa membuat janaan eGL, mesej memaparkan “Janaan eGL tidak berjaya”. Kenapakah ini berlaku?

Janaan eGL tidak berjaya kerana maklumat Profil Perkhidmatan Pemilik Kompetensi Tidak Lengkap atau Tarikh Telah Luput. Pegawai perlu menghubungi Pentadbir HRMIS di Jabatan/Agensi untuk mengemaskini maklumat.

 

Baca Selanjutnya...

Pengurusan Gaji

 Bil.

Soalan

Jawapan

 1

Apakah syarat-syarat untuk menggunakan Submodul Pengurusan Gaji?

 

Submodul Pengurusan Gaji hanya boleh dicapai melalui HRMIS Klasik sahaja dengan menggunakan Internet Explorer. Bagi menggunakan submodul ini, Pentadbir perlu mempunyai peranan Payroll Administrator Federal/State Government (05-0508-165) yang diberikan kepada Pentadbir Gaji di Agensi.

 2

Siapakah yang berperanan untuk mengemaskini No. Gaji?

 

No. Gaji perlu dikemaskini oleh Pentadbir Gaji.

 3

Adakah Pentadbir Gaji boleh mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan semasa pada fungsi Fail Induk Gaji?

 

Profil Perkhidmatan hanya boleh dikemaskini oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan atas urusan sumber manusia agensi.

 4

Bagaimana untuk memasukan No.Gaji secara pukal dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Fungsi ini boleh dicapai melalui Kemasukan No. Gaji Secara Pukal dalam fungsi seperti berikut:

  • Submodul Pengurusan Gaji
  • Pemprosesan Perubahan Gaji
  • Fail Induk Gaji
  • Kemasukan Fail Induk Gaji Secara Pukal.

 

 5

Bolehkah Pemilik Kompetensi mengemaskini sendiri Nombor Gaji dan Elaun-elaun yang dipaparkan pada Submodul Tuntutan Perjalanan?

 

Pengemaskinian Nombor Gaji dan Elaun-elaun hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Gaji sahaja. Pemilik Kompetensi tidak boleh mengemaskini sendiri maklumat berkenaan.

 6

Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat elaun dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Maklumat elaun dikemaskini pada fungsi Fail Induk Gaji seperti berikut:

  1. Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran > Pengurusan Gaji > Pemprosesan Gaji > Fail Induk Gaji > Kemasukan Fail Induk Gaji
  2. Masukkan No. KP Pemilik Kompetensi yang berkenaan
  3. Pilih Jawatan Sebenar yang terkini (pastikan Jawatan Sebenar yang dipilih adalah sandangan semasa beliau)
  4. Klik Teruskan
  5. Klik pautan hyperlink Pendapatan
  6. Klik butang Tambah untuk mewujudkan paparan gaji/elaun.
  7. Klik butang Cari untuk ke paparan yang berikutnya.
  8. Di ruangan Carian Kod Pendapatan / Potongan, taipkan kata carian secara wildcard seperti *Elaun*, *Imbuhan* dan sebagainya dan klik butang Teruskan.
  9. Sistem akan memaparkan jenis-jenis pendapatan. Klik pada kod yang betul.
  10. Masukkan amaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diterima oleh CO berdasarkan slip gajinya.
  11. Klik butang Hantar
Baca Selanjutnya...

Pengisytiharan Harta

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Apakah keadaan yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta?

Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila:

 

  • Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
  • Dikehendaki oleh Kerajaan
  • Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta
  • Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun
  • Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta, pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

 

2

Berapakah tempoh masa bagi penjawat awam untuk membuat perisytiharan harta berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta terdahulu?

 

5 Tahun

3

Adakah Proses Perisytiharan Harta melalui HRMIS dikira lengkap setelah Pemilik Kompetensi (CO) menghantar perisytiharan harta kepada Urus Setia?

 

Tidak. Harta yang dihantar perlu disemak serta disahkan oleh Urus Setia Harta dan juga perlu diambil maklum oleh Ketua Jabatan mengikut PP Bil. 3 Tahun 2002.

4

Mengapa maklumat pasangan dan tanggungan Pemilik Kompetensi tidak dipaparkan di Borang Perisytiharan Harta?

 

Pemilik Kompetensi perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masing-masing terlebih dahulu.

5

Apakah jenis harta yang perlu diisytiharkan?

Jenis Harta Tak Alih :

  • Tanah termasuk tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara)
  • Segala jenis tempat kediaman, rumah, pangsapuri
  • Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, gudang

 

Jenis Harta Alih :

  • Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua disimpan
  • Saham, debentur, bon dan sekuriti
  • Apa-apa bentuk lesen atau permit
  • Apa-apa harta alih yang lain seperti kenderaan bermotor, barang kemas, perabot, keahlian kelab yang setiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah.

 

**Mohon rujuk kepada PP Bil. 3 Tahun 2002 untuk keterangan lebih lanjut.

 

6

Mengapa proses pengemaskinian maklumat harta sangat terperinci dan menyukarkan pegawai untuk membuat pengisytiharan harta?

 

Format borang yang digunakan dalam HRMIS adalah berdasarkan format perisytiharan harta yang dikeluarkan melalui PP Bil.3 Tahun 2002.

7

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh membuat pemantauan terhadap status maklumat harta yang telah dihantar?

 

Apabila maklumat harta telah dihantar, Pemilik Kompetensi boleh memantau status perisytiharan harta di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’.

8

Mengapa proses pengemaskinian semula selepas menerima status ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’ – tidak dapat dikemaskini dan dihantar semula ke urus setia?

 

Pengemaskinian hendaklah di buat di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’. Klik pada hyperlink harta yang berstatus ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’. Seterusnya kemas kini maklumat berdasarkan keperluan urus setia dan kemudiannya klik ‘Hantar’.

9

Adakah perlu kenderaan bermotor yang berharga kurang daripada RM3,000 diisytiharkan?

Harta tersebut perlu diisytiharkan.

 

Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010 : Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apa-apa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib

 

10

Pengguna tidak ada kesedaran untuk membuat Perisytiharan Harta kecuali untuk tujuan kenaikan pangkat.

 

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

 

 

 

Baca Selanjutnya...

Slaid Program Jelajah HRMIS Zon Selatan

Taklimat oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) :

Oleh :       YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Bersama :

                Encik Syukran Bin Mat Rofa

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)


Taklimat oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS):

Oleh :        Puan NoorHalimatun Saadiah Binti Aziz

Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik, JPA

 

Oleh :        Puan azilawati Binti Azmi

Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik, JPA

Baca Selanjutnya...

Slaid Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 29 September 2016 (Khamis)
Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat    : Dewan Serbaguna
                Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
                Aras B1, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62100 PUTRAJAYA
Pengerusi : YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan
                 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
                 Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:


i) Kertas 1 : Status Pencapaian Terkini KPI HRMIS Tahun 2016

ii) Kertas 2 : Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2017 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

iii) Kertas 3 : Laporan Hasil Tinjauan Pelaksanaan HRMIS oleh Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

iv) Kertas 4 : Meja Bantuan HRMIS JPA

v) Kertas 5 : Projek Rintis Modul Saraan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

vi) Kertas 6 : Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed