Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»HRMIS - Displaying items by tag: September

Tahniah dan terima kasih HRMIS !!!

 

Saya merupakan pegawai sedang cuti belajar dibawah tajaan HLP2010 di USA. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada pihak JPA kerana telah berjaya melaksanakan HRMIS sehingga keperingkat ini. Saya berasa amat senang hati dan gembira kerana dapat menjalankan aktiviti HRMIS walaupun sedang berada di USA. Kerja mengemaskini maklumat yang berkaitan dengan HRMIS terutama penilaian prestasi tahun 2010 dapat dilakukan dengan jayanya tanpa sebarang masalah di sini. Kapasiti kemudahan Internet di sini adalah sebesar 10 Mbps menggunakan broadband di rumah membantu akses terhadap HRMIS tanpa sebarang masalah kelewatan (slow). 
 
Saya berharap HRMIS akan terus dijayakan dan JPA dapat memberikan lebih banyak perkhidmatan kepada pergawai-pegawai perkhidmatan awam tidak kira di mana dan bagaimana (anywhere and anyway) mereka mengaksesnya. Beberapa aspek berkenaan keselamatan dan skrin pengguna/rekabentuk skrin (User Interface (UI) or screen design) perlu diperbaiki dari semasa ke semasa serta prestasi sedia ada dapat dikekalkan bagi memastikan HRMIS terus relavan dalam perkhidmatan awam.
 
Sekian, Tahniah!
 
Adi Azlan Mohd Ali
Master in Telecommunication and Network Management 2012
Syaracuse University
New York, USA.
Last modified onJumaat, 08 April 2011 09:27
back to top