Menu
RSS

1. Apakah syarat-syarat untuk menggunakan Submodul Pengurusan Gaji?

Submodul Pengurusan Gaji hanya boleh dicapai melalui HRMIS Klasik sahaja dengan menggunakan Internet Explorer. Bagi menggunakan submodul ini, Pentadbir perlu mempunyai peranan Payroll Administrator Federal/State Government (05-0508-165) yang diberikan kepada Pentadbir Gaji di Agensi

2. Siapakah yang berperanan untuk mengemaskini No. Gaji?

No. Gaji perlu dikemaskini oleh Pentadbir Gaji

3. Adakah Pentadbir Gaji boleh mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan semasa pada fungsi Fail Induk Gaji?

Profil Perkhidmatan hanya boleh dikemaskini oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan atas urusan sumber manusia agensi.

4. Bagaimana untuk memasukan No.Gaji secara pukal dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Fungsi ini boleh dicapai melalui Kemasukan No. Gaji Secara Pukal dalam fungsi seperti berikut:
- Submodul Pengurusan Gaji
- Pemprosesan Perubahan Gaji
- Fail Induk Gaji
- Kemasukan Fail Induk Gaji Secara Pukal.

5. Bolehkah Pemilik Kompetensi mengemaskini sendiri Nombor Gaji dan Elaun-elaun yang dipaparkan pada Submodul Tuntutan Perjalanan?

Pengemaskinian Nombor Gaji dan Elaun-elaun hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Gaji sahaja. Pemilik Kompetensi tidak boleh mengemaskini sendiri maklumat berkenaan.

6. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat elaun dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Maklumat elaun dikemaskini pada fungsi Fail Induk Gaji seperti berikut:
1. Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran > Pengurusan Gaji > Pemprosesan Gaji > Fail Induk Gaji > Kemasukan Fail Induk Gaji
2. Masukkan No. KP Pemilik Kompetensi yang berkenaan
3. Pilih Jawatan Sebenar yang terkini (pastikan Jawatan Sebenar yang dipilih adalah sandangan semasa beliau)
4. Klik Teruskan
5. Klik pautan hyperlink Pendapatan
6. Klik butang Tambah untuk mewujudkan paparan gaji/elaun.
7. Klik butang Cari untuk ke paparan yang berikutnya.
8. Di ruangan Carian Kod Pendapatan / Potongan, taipkan kata carian secara wildcard seperti *Elaun*, *Imbuhan* dan sebagainya dan klik butang Teruskan.
9. Sistem akan memaparkan jenis-jenis pendapatan. Klik pada kod yang betul.
10. Masukkan amaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diterima oleh CO berdasarkan slip gajinya.
11. Klik butang Hantar