Menu
RSS

1. Bagaimana cuti luput di kira di dalam HRMIS?

Pengiraan cuti luput dalam HRMIS adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 di mana cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga sekiranya tidak diambil. Walau apa pun kaedah pengumpulan yang terpakai kepada seseorang pegawai itu, jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang.

2. Isteri saya baru bersalin. Bagaimana saya ingin memohon Cuti Isteri Bersalin melalui HRMIS?

Permohonan Cuti Isteri Bersalin boleh dilaksanakan melalui HRMIS dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik menu Pengurusan Cuti > Permohonan Cuti > Pemohon Cuti
2. Pilih Kategori Cuti sebagai Cuti Tidak Berekod dan Jenis Cuti sebagai Cuti Isteri Bersalin
3. Klik butang TERUSKAN
4. Masukkan semua maklumat yang bertanda * iaitu Tarikh Mula Cuti, Tarikh Akhir Cuti, Tarikh Isteri Bersalin, Waktu Isteri Bersalin, Waktu Pejabat (Mula) dan Waktu Pejabat (Akhir)
5. Muat naik dokumen sokongan dengan klik butang TAMBAH di ruang SENARAI DOKUMEN SOKONGAN
6. Lengkapkan maklumat Dokumen Sokongan yang diperlukan di skrin MUAT NAIK FAIL dan klik butang MUAT NAIK
7. Klik butang HANTAR
8. Klik OK pada mesej yang terpapar

3. Saya telah memohon cuti, tetapi Penyokong tidak mendapat permohonan cuti saya di peti pesanan beliau. Bagaimana kaedah untuk saya menyelesaikan masalah ini?

Penyokong tidak menerima permohonan cuti di peti pesanan beliau disebabkan banyak faktor termasuk masalah capaian ke HRMIS. Bagi menyelesaikan masalah ini, Pemohon perlu merujuk perkara ini kepada Pentadbir Aliran Kerja di agensi untuk Kemaskini Transaksi Aliran Kerja bagi kod Aliran Kerja LV-001 (Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Sokongan).

4. Penyokong dan Pelulus Cuti saya telah bertukar. Bagaimana saya ingin menukarkan di dalam HRMIS?

Maklumat Penyokong dan Pelulus Cuti boleh ditukar melalui kaedah berikut:
1. Merujuk kepada Pentadbir Aliran Kerja di agensi untuk Selenggara Aliran Kerja yang berkenaan untuk semua jenis cuti.
2. Melalui kaedah user-selection untuk Cuti Rehat sahaja di mana pemohon perlu klik hyperlink Penyokong Cuti/Pelulus Cuti dan memilih Penyokong Cuti/Pelulus Cuti yang sepatutnya dengan memilih Melalui Paparan Hierarki atau Melalui Senarai. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya penyelesaian sementara kerana sekiranya Aliran Kerja LV-001 (Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Sokongan) dan LV-002 (Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Kelulusan) tidak di selenggara, Nama Penyokong dan Pelulus lama masih akan terpapar bagi permohonan cuti yang baharu ingin dipohon.

5. Bagaimanakah kaedah untuk merekodkan cuti-cuti bagi tahun sebelum di dalam HRMIS?

Untuk tujuan merekodkan maklumat sejarah cuti, Pentadbir Cuti Agensi perlu mewujudkan Kelayakan Cuti bagi tahun yang berkenaan terlebih dahulu dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:
1. Klik Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat GCR
2. Laksanakan Carian CO
3. Pilih Jenis Cuti (Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas)
4. Klik butang TERUSKAN
5. Klik butang TAMBAH
6.Di skrin TAMBAH MAKLUMAT GCR, pilih Tahun dan isikan semua maklumat yang diperlukan
7. Klik butang SIMPAN
8. Klik OK pada mesej yang terpapar

Setelah Kelayakan Cuti bagi Tahun berkenaan berjaya diwujudkan, rekodkan maklumat Sejarah Cuti melaui langkah berikut:
1. Klik Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat Sejarah Cuti
2. Laksanakan Carian CO
3. Klik butang TERUSKAN
4. Klik butang TAMBAH
5. Pilih Tahun yang berkenaan
6. Masukkan Jenis Cuti, Tarikh Mula Cuti dan Tarikh Akhir Cuti bagi tahun berkenaan
7. Klik butang SIMPAN
8. Klik OK pada mesej yang terpapar

6. Bolehkah permohonan cuti dibuat melangkau tahun di HRMIS?

Cuti-cuti Lain SELAIN Cuti Rehat BOLEH dimohon melangkau tahun melalui HRMIS dengan syarat kelayakan bagi cuti-cuti berkenaan telah dijana.

7. Sekiranya Kelayakan Cuti saya di HRMIS tidak tepat, apakah yang patut saya lakukan?

Kelayakan Cuti CO di HRMIS menjadi tidak tepat disebabkan oleh Pentadbir Cuti Agensi belum/tidak mengemaskini Kelayakan Cuti CO berkenaan sekiranya CO ada mengambil cuti-cuti yang menjejaskan kelayakan cuti pada tahun yang berkenaan. Cuti-cuti yang menjejaskan kelayakan cuti adalah:
1. Apa-apa jenis Cuti Tanpa Gaji
2. Cuti Separuh Gaji
3. Cuti Belajar/Berkursus melebihi 3 bulan
4. Cuti Haji
5. Cuti Tibi/Kusta/Barah

Apabila permohonan cuti-cuti tersebut telah diluluskan, Pentadbir Cuti Agensi perlu mengemaskini maklumat Kelayakan Cuti bagi tahun-tahun yang bekenaan melalui langkah berikut:
1. Klik menu Pengurusan Cuti > Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti
2. Laksanakan Carian CO
3. Pilih Tahun Kelayakan yang berkenaan
4. Klik butang TERUSKAN
5. Klik hyperlink Tahun yang terpapar
6. Pilih Sebab-sebab Lain
7. Klik butang TERUSKAN
8. Kemaskini maklumat Kelayakan Tahun Semasa (B) dengan nilai yang tepat
9. Klik butang SIMPAN
10. Klik OK pada mesej yang terpapar

8. Sekiranya maklumat jumlah Cuti Diambil tidak sama dengan jumlah cuti di Status Permohonan Cuti, apakah yang patut saya lakukan?

CO perlu merujuk kepada Pentadbir Cuti Agensi di mana Pentadbir Cuti Agensi perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:
1. Klik menu Pengurusan Cuti > Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti
2. Laksanakan Carian CO
3. Pilih Tahun Kelayakan yang berkenaan
4. Klik butang TERUSKAN
5. Klik hyperlink Tahun yang terpapar
6. Pilih Sebab-sebab Lain
7. Klik butang TERUSKAN
8. Klik OK sekiranya mesej “Maklumat kelayakan tidak betul. Sekiranya ingin mengemaskini secara auto klik OK atau Cancel secara manual” terpapar
9. Setelah maklumat Cuti Diambil (D) telah tepat, klik butang SIMPAN
10. Klik OK pada mesej yang terpapar

9. Rekod GCR dan cuti di bawa ke hadapan tidak direkodkan di dalam HRMIS dengan tepat kerana agensi-agensi sebelum ini tidak merekodkannya di dalam HRMIS. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk tujuan merekodkan maklumat GCR dan cuti di bawa ke hadapan bagi tahun-tahun sebelum, Pentadbir Cuti Agensi perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:
1. Klik Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat GCR
2. Laksanakan Carian CO
3. Pilih Jenis Cuti (Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas)
4. Klik butang TERUSKAN
5. Klik butang TAMBAH
6. Di skrin TAMBAH MAKLUMAT GCR, pilih Tahun dan isikan semua maklumat yang diperlukan
7. Klik butang SIMPAN
8. Klik OK pada mesej yang terpapar

10. Dimana saya perlu selenggara kelayakan cuti-cuti tahun semasa dan tahun-tahun lepas. Apa beza menu di Data Sejarah dan Kelayakan Cuti?

Menu Data Sejarah digunakan untuk memasukkan maklumat transaksi cuti dan maklumat GCR yang TELAH DILULUSKAN sahaja dan telah menjadi maklumat sejarah/telah berlalu.
Berikut adalah jadual perbezaan penyelenggaraan kelayakan cuti tahun semasa dan tahun-tahun lepas (sejarah cuti):
Kelayakan Cuti                                                              Cuti Rehat                                                                                                                                                                                                             Cuti-Cuti Lain
Tahun Semasa                               Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti                                                                                                                     Menu Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti
Tahun-tahun Lepas (Sejarah Cuti)    Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran > Pengurusan Cuti > Maklumat GCR       Menu Kelayakan Cuti > Selenggara Kelayakan Cuti

11. Saya telah setkan aliran kerja bagi LV003 dan LV004, tetapi apabila Penyokong telah menyokong cuti sakit, ralat berikut terpapar: “Tiada Penetapan Aliran Kerja LV004”. Mengapa?

Aliran Kerja bagi Cuti Sakit dan Cuti Rehat adalah BERBEZA. Aliran Kerja LV004 perlu disetkan daripada PENYOKONG kepada PELULUS dan BUKAN daripada PEMOHON kepada PELULUS seperti Aliran Kerja LV002.
Jenis Cuti                           Kod Aliran                    Penghantar                       Penerima
Cuti Rehat                     LV-001                   Pemohon                   Penyokong
                                   LV-002                    Pemohon                   Pelulus
Cuti Sakit                      LV-003                   Pemohon                    Penyokong
                                    LV-004                   Penyokong                  Pelulus

12. Apakah jenis-jenis Cuti Tidak Berekod yang boleh dimohon melalui HRMIS?

Cuti Tidak Berekod yang boleh dimohon melalui HRMIS adalah seperti berikut:
1. Cuti Gantian
2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
3. Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan
4. Cuti Lain-lain Kursus
5. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
6. Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan
7. Cuti Untuk Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/ Sukan
8. Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Yang Menderma Organ
9. Cuti Tugas Khas (Perubatan)
10. Cuti Rombongan Kebudayaan
11. Cuti Mesyuarat Mbk/Mbj
12. Cuti Isteri Bersalin
13. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
14. CTR Bagi Pegawai Yang Dilantik Sebagai Jurulatih PLKN
15. Cuti Menghadiri Perbicaraan Mahkamah Di Luar Stesen
16. Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi

13. Saya telah menghantar maklumat Pengumpulan Waktu Kerja Lebih Masa kepada Penyemak tetapi mendapati terdapat maklumat yang ingin dibetulkan. Apakah yang patut saya lakukan?

CO perlu memaklumkan kepada Penyemak untuk memulangkan semula maklumat tersebut kepada CO dan Penyemak perlu melaksanakan langkah berikut:
1. Klik menu Pengurusan Cuti > Maklumat Pengumpulan Waktu Kerja Lebih Masa > Penyemakan Maklumat Waktu Kerja Lebih Masa
2. Klik pada link 'Subjek' bagi CO yang ingin membuat pembetulan
3. Klik pada link 'Bulan Mula' yang ingin dibetulkan
4. Pilih 'Untuk Pembetulan' di ruangan 'Status Pengumpulan Maklumat'
5. Klik butang HANTAR

CO akan terima makluman untuk pembetulan melalui peti pesanan dan
CO boleh selenggara semula waktu kerja lebih masa bagi bulan yang berkenaan.

Namun sekiranya Penyemak telah menyemak maklumat waktu kerja lebih masa CO tersebut dan telah klik butang HANTAR untuk hantar kepada Pengesah, Pengesah perlu melaksanakan langkah berikut:
1. Klik menu Pengurusan Cuti > Maklumat Pengumpulan Waktu Kerja Lebih Masa > Pengesahan Maklumat Waktu Kerja Lebih Masa
2. Klik pada link 'Subjek' bagi CO yang ingin membuat pembetulan
3. Klik pada link 'Bulan Mula' yang ingin dibetulkan
4. Pilih 'Tidak Disahkan' di ruangan 'Status Pengumpulan Maklumat'
5. Klik butang HANTAR
Melalui kaedah ini, CO akan terima makluman tidak disahkan melalui peti pesanan dan CO boleh selenggara semula waktu kerja lebih masa bagi bulan yang berkenaan.

14. Bagaimana saya ingin menghapuskan rekod permohonan keluar pejabat?

Permohonan keluar pejabat yang telah dihantar hanya bleh dihapuskan/dibatalkan oleh Pentadbir Cuti Agensi melalui menu Kemaskini Permohonan Keluar Pejabat.

15. Adakah fungsi Kebenaran Keluar Pejabat boleh dilaksanakan?

Ya, fungsi ini boleh dilaksanakan di agensi dengan pemakluman awal pelaksanaan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

16. Saya ingin menyokong / meluluskan cuti pegawai di bawah seliaan saya. Tetapi menu tersebut tiada di MyHRMIS Cuti.

Peranan sebagai Penyokong Cuti / Pelulus Cuti tidak ditetapkan di HRMIS untuk tuan/puan. Mohon merujuk kepada Pentadbir HRMIS di agensi bagi penetapan ini.

17. Sebagai Pentadbir Cuti, saya ingin menjana cuti CO tertentu. Walaubagaimanapun, nama rekod CO tersebut tiada selepas carian dilakukan.

Semakan maklumat CO yang terlibat perlu dilakukan seperti berikut:
a) Sandangan di menu Selenggara Sandangan;
b) Servis Profil di menu Profil Perkhidmatan; dan
c) Lantikan CO samada lengkap ataupun tidak.

18. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2016 telah menyatakan kelayakan Cuti Kuarantin adalah 5 hari bagi setiap kes, tidak termasuk cuti Sabtu Ahad dan cuti umum. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat membuat permohonan cuti tersebut memandangkan saya telah memohon cuti kuarantin sebelum ini.

Kemudahan Cuti Kuarantin telah ditambah dalam HRMIS untuk permohonan. Jika CO ingin membuat permohonan untuk kali kedua dan seterusnya, Pentadbir Cuti Agensi perlu menambah jumlah hari kelayakan bagi Cuti Kuarantin seperti berikut di menu Pengurusan Cuti:
1) Kelayakan Cuti
2) Selenggara Kelayakan Cuti

19. Mesej “Anda tidak layak memohon cuti kerana tiada rekod kelayakan bagi cuti tersebut.” dipaparkan apabila ingin membuat permohonan cuti kuarantin.

Kelayakan cuti tersebut belum diselenggara. Mohon merujuk kepada Pentadbir Cuti bagi tujuan penyelenggaraan kelayakan Cuti Kuarantin.

20. Bagaimana saya ingin menyemak secara keseluruhan kelayakan Cuti Rehat dan GCR di HRMIS?

Pentadbir Cuti boleh membuat semakan melalui fungsi Semakan Kelayakan Cuti Rehat dan GCR di aplikasi HRMIS 2.0. Walau bagaimanapun, pengiraan kelayakan cuti rehat masih belum boleh dilaksanakan untuk skim DG.

21. Mengapa jumlah cuti yang diambil tidak sama dengan jumlah yang dicatat dalam sejarah permohonan cuti?

Jumlah cuti diambil menjadi tidak tepat disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
a) Pindaan/pembatalan cuti selepas kelulusan;
b) Merekodkan maklumat cuti di menu Data Sejarah; atau
c) Hapus dan pinda cuti di menu Data Sejarah.
Jika Pentadbir Cuti ada melaksanakan aktiviti di atas atau jika didapati maklumat cuti diambil tersebut tidak tepat, Pentadbir Cuti perlu melaksanakan proses selenggara kelayakan cuti melalui langkah-langkah berikut:
Kaedah untuk selenggara kelayakan cuti CO adalah:
i. Klik menu Pengurusan CutiKelayakan Cuti Selenggara Kelayakan Cuti
ii. Cari CO
iii. Klik hyperlink Tahun yang berkenaan
iv. Klik butang TERUSKAN
v. Klik OK pada paparan mesej berikut 'Maklumat Kelayakan Cuti Tidak Betul. Sekiranya ingin mengemaskini secara auto klik OK atau Cancel secara manual'
vi. Sila pastikan nilai Cuti Diambil tepat
vii. Klik butang SIMPAN viii. Klik OK pada mesej yang terpapar

23. Mengapa agensi tidak boleh menjana kelayakan cuti secara berkelompok?

Proses menjana kelayakan cuti secara berkelompok tidak dapat dilaksanakan di dalam HRMIS buat masa ini. Namun begitu, agensi masih boleh melaksanakan proses menjana kelayakan cuti untuk keseluruhan agensi melalui menu Pengurusan Cuti  Kelayakan Cuti  Menjana Kelayakan Cuti dan memilih Unit Organisasi yang berkenaan. Walau bagaimanapun, kajian tambahbaik untuk menjana kelayakan keseluruhan Unit Organisasi akan dilakukan oleh JPA.

24. Sebagai Penyokong Cuti memerlukan senarai CO yang memohon cuti dibawah seliaannya.

Penyokong Cuti boleh menyemak tarikh bercuti CO dibawah seliaannya melalui capaian menu di bawah: Pengurusan Cuti >> Penyemakan Cuti >> Semak Status Cuti (BU)
i. Pilih jenis dan kategori cuti yang dikehendaki.
ii. Pilih status permohonan cuti (optional)
iii. Masukkan julat tarikh yang dikehendaki
iv. Klik TERUSKAN

25. Adakah Cuti Rehat Khas (CRK) Guru boleh dipohon melalui MyHRMIS?

Tidak. CRK Guru masih belum boleh dipohon melalui MyHRMIS dan sedang dalam tindakan pembaikan. Walaubagaimanapun, pengguna boleh memohon CRK melalui HRMIS.

26. Mengapa maklumat cuti pada Surat Kelulusan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat PP 4/93 dipaparkan 2 (dua) kali untuk setiap tahun bagi CO tertentu?

Keadaan ini berlaku kerana terdapat dua (2) maklumat Mata Gaji (Item 16 di Profil Perkhidmatan) yang aktif. Untuk menjana Surat Kelulusan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat PP 4/93 yang tepat perlu hanya ada satu sahaja maklumat Mata Gaji yang aktif. Oleh itu, Pentadbir HRMIS perlu mengemaskini terlebih dahulu maklumat Mata Gaji yang berkenaan sebelum Surat Kelulusan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat PP 4/93 boleh dijana semula dengan tepat.

27. Bagaimanakah langkah untuk memohon Cuti Tanpa Rekod Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat melalui HRMIS 2.0?

Langkah untuk memohon Cuti Tanpa Rekod Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat melalui HRMIS 2.0 adalah seperti berikut: 1. Tambah maklumat ahli keluarga yang layak (rujuk PP 4/2015) di Rekod Peribadi. Sekiranya ahli keluarga telah pun meninggal dunia semasa maklumat ditambah di Rekod peribadi, TIDAK PERLU masukkan TARIKH KEMATIAN. 2. Klik menu: Pengurusan Cuti >> Permohonan Cuti >> Pemohon Cuti >> Pilih Kategori Cuti sebagai Cuti Tanpa Rekod >> Pilih Jenis Cuti sebagai Kemudahan Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat >> klik butang TERUSKAN. 3. Pilih Gemulah dan lengkapkan Tarikh dan Waktu Kematian. 4. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang berkenaan (sekurang-kurangnya satu (1) dokumen sokongan untuk setiap Gemulah). 5. Tick pada PENGESAHAN PEMOHON. 6. Klik butang HANTAR. 7. Sistem akan mengemaskini maklumat Tarikh Kematian Gemulah di Rekod Peribadi selepas permohonan cuti berjaya dihantar.

28. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ralat dalam pengiraan Cuti Dijangka Luput / Cuti Luput di dalam HRMIS?

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ralat pada pengiraan Cuti Dijangka Luput/Cuti Luput di HRMIS: a) Terdapat permohonan cuti tahun semasa yang dibatalkan / dipinda selepas kelulusan; ATAU b) Terdapat maklumat permohonan cuti tahun semasa yang direkodkan melalui menu Data Sejarah. Sekiranya berlaku perkara a) ATAU b) di atas, Pentadbir Cuti perlu menyelenggara kelayakan cuti CO tersebut melalui Menu SELENGGARA KELAYAKAN CUTI bagi memastikan kiraan Baki Cuti dan Cuti Dijangkan Luput adalah tepat.

29. Di manakah saya boleh merujuk cara pengiraan Cuti Luput yang lebih terperinci?

Cara pengiraan Cuti Luput yang terperinci boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 ATAU menghubungi pegawai di Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 0388854668/4642/4684