Menu
RSS

Apakah keadaan yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta?

Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila:
- Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
- Dikehendaki oleh Kerajaan
- Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta
- Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun
- Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta,
pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

Berapakah tempoh masa bagi penjawat awam untuk membuat perisytiharan harta berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta terdahulu?

5 Tahun

Adakah Proses Perisytiharan Harta melalui HRMIS dikira lengkap setelah Pemilik Kompetensi (CO) menghantar perisytiharan harta kepada Urus Setia?

Tidak. Harta yang dihantar perlu disemak serta disahkan oleh Urus Setia Harta dan juga perlu diambil maklum oleh Ketua Jabatan mengikut PP Bil. 3 Tahun 2002.

Mengapa maklumat pasangan dan tanggungan Pemilik Kompetensi tidak dipaparkan di Borang Perisytiharan Harta?

Pemilik Kompetensi perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masing-masing terlebih dahulu.

Apakah jenis harta yang perlu diisytiharkan?

Jenis Harta Tak Alih :
- Tanah termasuk tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara)
- Segala jenis tempat kediaman, rumah, pangsapuri
- Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, gudang
Jenis Harta Alih :
- Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua disimpan
- Saham, debentur, bon dan sekuriti
- Apa-apa bentuk lesen atau permitp satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah.
**Mohon rujuk kepada PP Bil. 3 Tahun 2002 untuk keterangan lebih lanjut.

Mengapa proses pengemaskinian maklumat harta sangat terperinci dan menyukarkan pegawai untuk membuat pengisytiharan harta?

Format borang yang digunakan dalam HRMIS adalah berdasarkan format perisytiharan harta yang dikeluarkan melalui PP Bil.3 Tahun 2002.

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh membuat pemantauan terhadap status maklumat harta yang telah dihantar?

Apabila maklumat harta telah dihantar, Pemilik Kompetensi boleh memantau status perisytiharan harta di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’.

Mengapa proses pengemaskinian semula selepas menerima status ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’ – tidak dapat dikemaskini dan dihantar semula ke urus setia?

Pengemaskinian hendaklah di buat di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’. Klik pada hyperlink harta yang berstatus ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’. Seterusnya kemas kini maklumat berdasarkan keperluan urus setia dan kemudiannya klik ‘Hantar’.

Adakah perlu kenderaan bermotor yang berharga kurang daripada RM3,000 diisytiharkan?

Harta tersebut perlu diisytiharkan.
Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010 : Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apa-apa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib

Pengguna tidak ada kesedaran untuk membuat Perisytiharan Harta kecuali untuk tujuan kenaikan pangkat.

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Saya telah mengisytiharkan harta secara manual (offline) dan tidak direkodkan di dalam HRMIS. Apa yang perlu dilakukan untuk melupuskan harta tersebut?

CO perlu mengisytiharkan harta tersebut ke dalam HRMIS terlebih dahulu sehingga proses mengambil maklum dilakukan. Seterusnya, proses pelupusan harta boleh dilakukan.