Menu
RSS

1. Kenapa saya tidak boleh membuka sub modul Program Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0?

Sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS One / Klasik sahaja.

2. Apakah penetapan tugas (Peranan) yang perlu diberikan supaya Pentadbir di agensi boleh memasukkan maklumat kursus/ latihan di Data Sejarah?

Penetapan tugas (Peranan) yang dimaksudkan adalah Pentadbir Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi.

3. Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh mengemaskini maklumat kursus di Modul Rekod Peribadi > Papar Rekod Peribadi > Tab Kursus?

Pemilik Kompetensi perlu menghantar salinan sijil kepada Pentadbir Kursus supaya beliau boleh memasukkan maklumat kursus tersebut di Menu Pentadbiran Sistem > Data Sejarah > Program Pembangunan Kompetensi > Selenggara Data Sejarah Program Pembangunan Kompetensi