Menu
RSS

1. Mengapa saya tidak boleh menggunakan sub modul MBJ di HRMIS one/Klasik?

Untuk makluman, sub modul MBJ ini adalah modul yang telah ditambah baik dan berbeza daripada sub modul MBJ yang dahulu. Oleh hal demikian, sub modul ini hanya boleh digunakan di HRMIS 2.0 sahaja.

2. Apakah penetapan tugas (peranan) yang perlu diberikan?

PENETAPAN TUGAS:
- [06] Pengurusan Komunikasi & Tatatertib Pekerja (ECBM)
- [0601] Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja (MER)
- [268] MBJ Secretariat (Agency Level) – Perlu diberikan kepada Setiausaha Pihak Pegawai /Urus setia MBJ Agensi
- [12] Pentadbiran Sistem (SA)
- [1202] Aliran Kerja (WF)
- [110] Workflow Administrator (MER) : Perlu diberikan kepada Pentadbir Sistem Agensi

3. Apakah aliran kerja yang perlu diselenggarakan?

PENETAPAN ALIRAN KERJA :
- MER-030 : Penghantaran Pindaan Perlembagaan MBJ
- MER-042 : Penghantaran Maklumat Mesyuarat Untuk Pengesahan Penerimaan
- MER-044 : Penghantaran Maklumat Tarikh Perancangan Mesyuarat MBJ Agensi

4. Bagaimana untuk mengemaskini rekod MBJ agensi seperti nama MBJ dan nombor pendaftaran?

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi perlu membuat pengesahan nama MBJ dan Nombor Pendaftaran MBJ kepada Bahagian Saraan, JPA terlebih dahulu. Selepas itu, urus setia perlu menghantar maklumat MBJ yang disahkan tersebut melalui Meja Bantuan JPA bagi tujuan pengemaskinian maklumat tersebut di dalam HRMIS.

5. Bagaimana ingin mewujudkan nama MBJ baru bagi agensi?

Pada masa ini, MBJ/Urus setia MBJ Agensi masih perlu membuat permohonan Penubuhan MBJ secara manual kepada kepada Bahagian Saraan, JPA. Mohon menghubungi Pegawai di Sektor KM3 ( Puan Zainah Binti Taib dan Encik Abd Samat Bin Mohd )

6. Mengapa pada Fungsi Mesyuarat, ruangan Semakan Setiausaha MBJ kabur dan menyebabkan penghantaran minit mesyuarat tidak boleh dilakukan?

Untuk makluman, hanya Setiausaha Pegawai sahaja yang boleh melakukan proses semakan dan klik butang hantar di Tab Semakan Setiausaha tersebut. Sekiranya urus setia atau pegawai lain yang login, ruangan tersebut akan kabur (disable). Mohon memaklumkan kepada Setiausaha Pegawai supaya membuat tindakan tersebut.

7. Bagaimana Setiausaha Pekerja membuat pengesahan Minit Mesyuarat MBJ?

Setiausaha Pekerja boleh membuat pengesahan Minit Mesyuarat tersebut melalui Peti Pesanan. Pastikan nama Setiausaha Pekerja tersebut telah dikemaskini terlebih dahulu di dalam Fungsi Pentadbiran > Kemas Kini Ahli.

8. Bagaimana agensi induk SUK boleh melihat semua MBJ agensi di bawah seliaan?

Carian MBJ hanya memaparkan senarai MBJ mengikut agensi masing-masing sahaja buat masa ini. Bahagian Saraan selaku Pemilik Modul bagi Submodul MBJ HRMIS memaklumkan belum ada keperluan untuk membenarkan Agensi Induk memantau keseluruhan aktiviti pengunaan Submodul MBJ melalui HRMIS bagi Agensi di bawahnya. Bagi tujuan pemantauan di peringkat Agensi Induk, mohon maklumkan kepada agensi di bawah supaya membuat ‘Salinan Kepada’ semasa Agensi di bawah pemantauan menghantar Maklumat Mesyuarat MBJ dengan memasukkan Nama Pegawai yang bertanggungjawab di Agensi Induk.