Menu
RSS

1. Bagaimana saya boleh mengetahui siapa Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) saya?

PPP dan PPK akan ditentukan oleh unit/sektor atau cawangan Pemilik Kompetensi masing-masing. Pentadbir LNPT yang mempunyai peranan sebagai Pentadbir (Performance Management Administrator) yang akan membuat kemasukan PPP dan PPK bagi setiap Pemilik Kompetensi.
Setiap Pemilik Kompetensi juga perlu memastikan nama PPP adalah betul. Ianya dipaparkan di bahagian Ulasan PPP dan Bahagian Ulasan PPK. Sekiranya nama PPP/PPK yang dipaparkan adalah salah, sila berhubung dengan Pentadbir di Agensi/Jabatan masing-masing.

2. Bolehkah saya mengetahui markah penilaian prestasi yang diberikan oleh PPP saya?

Markah penilaian prestasi yang diberikan oleh PPP boleh diketahui oleh PYD sekiranya PPP menggunakan kemudahan yang disediakan dalam sub modul prestasi ini iaitu dengan menandakan “Checkbox” (Saya bersetuju markah dimaklumkan kepada PYD)’ di bahagian “Ulasan Keseluruhan dan Pengesahan oleh Pegawai Penilai Pertama”

3. Siapakah Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)?

Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia ditentukan oleh agensi sendiri yang lazimnya adalah terdiri daripada personel di Unit Prestasi Bahagian Sumber Manusia dan diberi peranan sebagai Urusetia (Performance Management Secretariat). Peranan urusetia PPSM dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 2002.

4. Sekiranya saya sebagai urusetia, di mana saya boleh mendapatkan semula maklumat LNPT pegawai bagi tahun-tahun terdahulu?

Urusetia PPSM boleh mendapatkan semula maklumat LNPT pegawai bagi tahun-tahun terdahulu melalui menu Data Sejarah -> Penilaian Prestasi dan memasukkan maklumat IC PYD dan tahun yang dikehendaki. Peranan Historical Data Administrator (Performance Management) adalah berkaitan.

5. Bolehkah saya menilai prestasi PYD saya untuk tahun 2009 melalui submodul LNPT ini sekiranya saya bercuti belajar pada awal Julai 2009?

Tempoh Julai hingga Disember adalah mencukupi enam (6) bulan bagi membolehkan PPP yang baru menilai PYD. Walaubagaimana pun, Sektor/Cawangan/Bahagian atau Unit Organisasi boleh menentukan siapa PPP yang berhak menilai PYD tersebut.

6. Bolehkah saya menilai prestasi PYD saya di jabatan lama setelah saya berpindah ke jabatan baru?

Peranan sebagai PPP/PPK di jabatan baru perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum boleh menilai PYD di jabatan lama sekiranya masih ditetapkan sebagai PPP/PPK kepada PYD di jabatan lama.

7. Untuk LNPT, kenapa No. KP CO akan berada pada ruangan No. KPT apabila CO ingin memaparkan LNPT yang telah dihantar. Apakah maksud KPT itu?

No. KPT adalah merujuk kepada Nombor Kad Pengenalan Terperinci iaitu nombor. K/P yang mempunyai 12 digit.
Untuk pengetahuan, CO yang lahir sebelum tahun 1978 mempunyai dua (2) nombor kad pengenalan (No.K/P lama yang mempunyai tujuh (7) atau lapan (8) digit dan No. KPT).

8. Adakah PPK boleh meminda markah penilaian prestasi yang diberikan oleh PPP kepada PYD?

Tidak. PPK tidak boleh meminda markah penilaian prestasi yang telah diberikan oleh PPP kepada PYD.

9. Adakah PYD boleh membuat pindaan selepas menghantar LNPT kepada PPP?

Tidak. PYD tidak boleh membuat apa-apa pindaan selepas menghantar LNPT kepada PPP. Oleh itu, PYD hendaklah memastikan maklumat adalah betul sebelum menghantarnya kepada PPP. Ini kerana proses LNPT adalah proses sehala.
Walau bagaimana pun, PYD boleh juga berhubung dengan urusetia PPSM dan berikut adalah langkah yang perlu diambil:
1. PYD perlu maklumkan kepada PPP terlebih dahulu supaya tidak membuat penilaian dahulu.
2. PYD maklumkan kepada Urusetia PPSM (berkenaan maklumat kursus/kegiatan di Bahagian II yang ingin ditambah).
3. Urusetia PPSM menambah maklumat tersebut di bahagian II melalui menu data sejarah LNPT.
4. Seterusnya, PYD memaklumkan kepada PPP untuk membuat penilaian dan hantar kepada PPK untuk penilaian seterusnya.
Untuk makluman: penambahan ke atas maklumat-maklumat yang diminta daripada PYD untuk dimasukkan melalui data sejarah adalah atas budi bicara pihak urusetia PPSM.

10. Adakah sub modul ini mengambilkira PYD yang hanya mempunyai satu PPP sahaja contohnya seperti Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat?

Ya. Sub modul LNPT ini telah mengambilkira keperluan PYD yang hanya mempunyai satu penilai. Penilai hanya perlu mengakses sebagai Penilai Pertama sahaja di mana sistem akan mengambilkira penilaian serta ulasan Penilai Pertama berkenaan ke ruangan Penilai Kedua apabila hantar kepada urusetia PPSM.

11. Adakah ulasan yang diberikan oleh PPP dan PPK kepada PYD wajib diisi?

PPP wajib mengisi ulasan prestasi. Manakala, PPK wajib mengisi ulasan prestasi bagi PYD yang mendapat markah 90% dan ke atas. Bagi markah 90% ke bawah, adalah optional.

12. Bagaimanakah status LNPT bagi PYD yang telah mengemukakan LNPT kepada PPP tetapi PPP telah putus sandang kerana bertukar keluar?

Bagi PPP yang telah putus sandang dan bertukar ke agensi yang menggunakan HRMIS, penetapan PPP tidak perlu dipinda sekiranya PPP masih menilai PYD di bawah seliaannya kerana Submodul LNPT akan mengikut CO berdasarkan COID/No.Kad Pengenalan (boleh cross-agency).
Tetapi bagi PPP yang telah putus sandang dan bertukar ke agensi yang tidak menggunakan HRMIS, Urusetia perlu cetak borang LNPT (boleh dicetak melalui data sejarah LNPT) dan hantar ke agensi baru supaya PPP boleh menilai secara manual.

13. Bagi LNPT yang perlu dinilai oleh satu PPP/ PPK sahaja, contohnya Pembantu Khas kepada ketua jabatan, bagaimana cara pembahagian markah bagi CO terbabit.

Untuk kes PYD yang mempunyai seorang pegawai penilai, urusetia perlu menetapkan PPP dan PPK kepada orang yang sama di Menu Selenggara Penetapan Pegawai Penilai. Penilai hanya perlu akses sebagai Penilai Pertama sahaja di mana sistem akan mengambilkira penilaian serta ulasan Penilai Pertama berkenaan ke ruangan Penilai Kedua apabila hantar kepada urusetia PPSM.

14. Sekiranya PPP sudah menghantar LNPT PYD kepada PPK, adakah cara-cara untuk membolehkan PPP menukar semula markah tersebut?

Tiada. Submodul LNPT adalah sehala di mana pengguna tidak boleh meminda markah selepas dihantar kepada PPK. Sebarang markah atau penyelarasan markah adalah diperingkat panel. PPP/PPK boleh menghantar memo secara rasmi kepada urus setia untuk permohonan membuat perubahan markah kepada PYD tersebut.

15. Seorang pegawai PPP atau PPK yang berstatus Contract For Services (CFS) perlu untuk menilai PYD di bawahnya. Walaubagaimanapun, PPP atau PPK tersebut tiada maklumat di HRMIS.

Status pegawai CFS adalah bukan pegawai awam dan mereka tidak tertakluk kepada Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Sehubungan dengan itu, pegawai CFS tidak perlu mengisi LNPT dan mereka tidak boleh dilantik sebagai PPP dan PPK.

16. Pada SKT CO memaparkan pemberitahuan ‘Data tidak lengkap, CO ini tiada pegawai penyelia’. Apa yang perlu dilakukan?

Ini bermaksud, tiada penetapan PPP pada PYD tersebut. Oleh itu, urusetia PPSM atau pentadbir hendaklah menetapkan PPP kepada PYD tersebut di menu Penetapan Pegawai Penilai.
Selain itu juga, hendaklah dipastikan Rekod Sandangan Pegawai Penilai tersebut adalah lengkap dan status jawatan sebenar PPP adalah aktif (bukan berstatus mansuh atau jumud).

17. Sekiranya PYD hanya ada satu Pegawai Penilai sahaja, adakah urusetia boleh membuat penetapan Pegawai Penilai Pertama sahaja atau WAJIB melengkapkan penetapan Pegawai Penilai Kedua. Contoh1: PYD =A | PPP= B |  PPK= B ATAU Contoh 2: PYD =A | PPP= B | PPK= Dibiarkan kosong (Tidak ditetapkan) Mana satu penetapan yang betul.

Aliran Kerja modul Penilaian Prestasi adalah dari PYD --> PPP --> PPK.  Oleh itu bagi PYD yang hanya mempunyai seorang Pegawai Penilai, perlu ditetapkan (set) PPP dan PPK adalah orang yang sama supaya aliran kerja lengkap dan sempurna sampai kepada Urusetia. Maka, Contoh 1 adalah penetapan yang betul.

18. Adakah markah yang diberikan oleh PPK boleh dipinda selepas dihantar kepada urusetia?

Tidak. Markah yang diberikan oleh PPK tidak boleh dipinda selepas dihantar kepada urusetia. Pindaan markah hanya boleh dibuat selepas Mesyuarat PPSM bersidang dengan pindaan pada menu Pengesahan Markah Penilaian Prestasi.

19. Bagaimana ingin mengisi maklumat tarikh latihan yang telah dihadiri pada Bahagian II LNPT sekiranya di jabatan/kementerian mempunyai perancangan seperti latihan atau sesi pembelajaran selama 6 jam = 1 hari?

Pada Bahagian II LNPT berkaitan maklumat kursus yang telah dihadiri, tarikh tersebut adalah merujuk kepada tarikh sebenar kursus atau latihan yang diadakan tanpa mengambilkira perancangan seperti yang dinyatakan. Oleh itu, dicadangkan bilangan jam untuk setiap kursus tersebut ditulis bersebelahan pada tajuk kursus. Contohnya: Kursus Penulisan (3 jam).

20. Urusetia PPSM di agensi saya telah mendapat rekod pemberitahuan LNPT PYD daripada agensi lain, apa yang perlu dilakukan?

Kes begini disebabkan PYD tersebut adalah merupakan pegawai yang diselia oleh PPK yang baru bertukar masuk ke agensi baru. Oleh itu, rekod tersebut boleh dihapuskan oleh urusetia PPSM agensi kerana tiada sebarang tindakan diperlukan.

21. Bagaimana menyelesaikan masalah bagi penilaian LNPT untuk PPP dan PPK yang telah bersara sebelum sempat menilai PYD. Jika telah putus sandang penilaian LNPT tidak dapat dibuat.

Berikut adalah beberapa pilihan cadangan yang boleh membantu bagi menangani masalah ini:
- Pilihan 1: Dibuat melalui proses (dari PYD->PPP->PPK->Urusetia PPSM) dengan menyandangkan sementara PPP/PPK yang telah bersara di mana-mana jawatan kosong dalam agensi. Setelah proses penilaian selesai, PPP/PPK tersebut hendaklah diputuskan semula sandangannya. Sekiranya maklumat gred/jawatan penilai tidak sama sebelum gred/jawatan bersara, mohon dimaklumkan kepada Meja Bantuan JPA untuk pengemaskinian.
- Pilihan 2: Proses LNPT PYD tersebut dibuat secara manual dan urusetia PPSM/pentadbir data sejarah LNPT bertanggungjawab untuk merekodkan maklumat LNPT PYD tersebut melalui Data Sejarah LNPT. Pastikan maklumat penilai PPP/PPK adalah betul.
- Pilihan 3: PYD tersebut dinilai oleh Pegawai Penilai yang baru (tempoh penyeliaan tidak kurang 6 bulan).

22. Pop up mesej yang mengatakan “Pegawai Gred 17 telah mengisi borang LNPT Kumpulan Sokongan 1”. Pohon khidmat nasihat mengenai perkara ini. Adakah "Kumpulan Sokongan 1" tersebut merujuk kepada Kumpulan Pelaksana? 

PYD telah mengisi Borang Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17-40) .Sekiranya betul dan tiada masalah, tindakan seterusnya klik “OK” dan pop up mesej “Berjaya dihantar” akan dipaparkan . Sekiranya berlaku kesilapan, Sila semak maklumat profil perkhidmatan dan sandangan.

23. Pengisian maklumat sumbangan tidak lengkap.

Permohonan boleh dipanjangkan kepada urus setia PPSM/pentadbir LNPT di agensi dan bergantung kepada budi bicara urus setia untuk mengemaskini melalui data sejarah LNPT.

24. LNPT Khas

Modul LNPK sebenarnya belum diperluaskan penggunaannya kepada agensi. Memandangkan modul ini merupakan modul asal yang dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2009 dan belum di convert ke HRMIS 2.0 maka sudah tentu proses dan kaedah banyak berubah.
Oleh itu, pasukan pembangunan sistem dan Pemilik Proses (PO) masih meneliti modul ini dan amat yakin bahawa akan ada pembaikan perlu di lakukan terlebih dahulu sebelum diperluaskan penggunaannya, untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

25. Pegawai Penilai ingin ubah markah

Sebarang penilaian yang telah dilakukan oleh Pegawai Penilai adalah sehala dan perubahan markah yang melibatkan penilaian semula dikhuatiri menimbulkan isu sama ada dari PYD atau pihak-pihak lain. Bagi kes yang melibatkan penilaian semula ini, pihak puan perlu merujuk kepada urusetia PPSM agensi terlebih dahulu.
Mohon keputusan dan persetujuan daripada pihak urusetia PPSM agensi/Pengarah Sumber Manusia.
Seterusnya minta die-melkan ke Meja Bantuan JPA (di emel oleh urusetia PPSM/ Pengarah Sumber Manusia dengan maklumat NAMA URUSETIA PPSM, GELARAN, UNIT/ CAWANGAN/BAHAGIAN serta justifikasi / keputusan/persetujuan) dengan rujukan no log untuk direkodkan perkara tersebut.

26. Adakah PYD boleh menyediakan LNPT untuk tahun hadapan?

Tidak, mewujudkan rekod LNPT tahun hadapan tidak dibenarkan kerana melebihi tahun semasa.

27. Mengapa maklumat latihan di LNPT dijadikan perkara mandatori (wajib diisi sekurang-kurangnya satu hari kursus)?

Maklumat latihan di LNPT (Bahagian II) adalah perkara mandatori kerana ianya mengambil kira Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

28. Adakah PPP atau PPK boleh memberikan markah yang mempunyai perpuluhan?

Dalam sub modul LNPT ini, PPP dan PPK tidak boleh memberikan markah yang mempunyai perpuluhan. PPP dan PPK hendaklah memilih markah daripada drop-down list yang disediakan.

29. Bolehkah PYD memilih agensi mana untuk dinilai prestasi tahunannya kerana bertukar pada bulan Jun?

Ya, PYD boleh memilih agensi yang dikehendaki untuk menilai prestasi tahunannya. Secara dasarnya, penilaian hendaklah dinilai di agensi yang terkini.

30. Bagi CO yang memperolehi markah 90% ke atas, apakah terdapat Borang Aktiviti Penghasilan Nilai yang perlu diisi oleh PYD di dalam aplikasi.

Tiada. Merujuk kepada SPP Bilangan 2 Tahun 2009, PPP dan PPK hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas.

31. Sekiranya PPK ingin bersara pada bulan Oktober bagi tahun tertentu, adakah PYD di bawahnya perlu menghantar LNPT?

Ya. Pekeliling perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, para 10(v) adalah dirujuk, iaitu “Ketua Jabatan hendaklah: mengarahkan Pegawai Penilai yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara atau meletak jawatan, menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dengan serta merta bagi Pegawai Yang Dinilai di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan mereka tidak kurang 6 bulan”.

32. Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 bertajuk Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam berkenaan Penjelasan Pemberian Markah Penilaian Prestasi 90% dan ke atas, di paparan manakah perlu diberikan penjelasan tersebut?

Sekiranya PPP/PPK memberikan PYD markah 90% dan ke atas, penjelasan tersebut boleh diisi pada ruangan ulasan prestasi oleh PPP dan PPK. Ruangan tersebut adalah mandatori sekiranya PPP/PPK telah memberikan markah 90% dan ke atas kepada PYD.

33. Seorang pegawai PPP atau PPK yang berstatus Contract For Services (CFS) perlu untuk menilai PYD di bawahnya. Walaubagaimanapun, PPP atau PPK tersebut tiada maklumat di HRMIS. Jika dibuat secara separuh sistem/separuh manual, kemudian, urusetia boleh memasukkan maklumat tersebut melalui data sejarah tetapi maklumat PPP atau PPK (bahagian 8 dan bahagian 9) tersebut juga tiada maklumat.

Status pegawai CFS adalah bukan pegawai awam dan mereka tidak tertakluk kepada Perintah-Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam. Sehubungan dengan itu, pegawai CFS tidak perlu mengisi LNPT dan mereka tidak boleh dilantik sebagai PPP dan PPK.

34. Berapa kali dalam setahun Mesyuarat PPSM bersidang di JPA? Apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut selain APC, LNPT, Pergerakan gaji?

PP Bil.4/2002 tidak menetapkan berapa kali PPSM perlu bersidang setahun. Ia boleh dibuat tanpa had. Bidang tugas PPSM boleh dirujuk dalam PP Bil.4/2002.

35. Mengapa PYD tidak boleh melihat markah LNPT yang diberi oleh PPK? Adakah ia berkaitan dengan dasar? Jika dasar, apakah pekeliling atau statement yang menyatakan maksud tersebut.

Tidak terdapat dasar khusus berhubung dengan kenapa PYD tidak dapat melihat markah yang diberikan oleh PPK. Secara amalannya, PYD mempunyai hubungan kerja secara langsung dengan PPP, sehubungan dengan itu, PPP lebih mengetahui prestasi PYD dan atas urusan itu, hanya markah PPP yang dipaparkan. (Pemakluman markah PPP kepada PYD adalah perkara mandatori selaras dengan pelaksanaan penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Ia melibatkan proses penilaian LNPT bermula 18 Januari 2017).

36. Sekiranya PPP atau PPK ke luar Negara untuk tujuan menyambung belajar, bagaimana hendak membuat penilaian LNPTnya?

Bagi pegawai yang ke luar Negara untuk tujuan menyambung belajar, LNPT bagi PYD perlu disediakan sebelum PPP atau PPK meninggalkan jawatannya untuk belajar sekiranya tempoh penyeliaannya terhadap PYD tidak kurang 6 bulan. Oleh yang demikian perkara 10(v) (Lampiran A) PP 4/2002 adalah terpakai.

37. Ingin mendapatkan penjelasan dan nasihat berhubung dengan kaedah pemarkahan LNPT oleh PPK di mana PPK akan bersara tidak lama lagi.

Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002, boleh dirujuk kepada Lampiran A Perkara 10(v) yang menyatakan bahawa 'tanggungjawab ketua jabatan hendaklah mengarahkan pegawai penilai yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara atau meletak jawatan, menyediakan LNPT dengan serta merta bagi PYD di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan tidak kurang 6 bulan'.
Oleh itu, dalam situasi HRMIS ini, dipohon semua PYD (yang layak) di bawah seliaan PPK tersebut untuk menghantar LNPT kepada PPP, seterusnya penilaian hendaklah dibuat oleh PPP dan kemudian menghantarkannya kepada PPK sebelum beliau bersara.

38. Pegawai Penilai bagi PYD adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (contoh) yang tiada sandangan dalam HRMIS. Bagaimana Pengerusi SPA tersebut ingin menilai PYD?

Pelaksanaan Submodul Pengurusan Prestasi bagi pegawai lantikan kontrak (termasuk pengerusi/ahli suruhanjaya) adalah tertakluk kepada kontrak bertulis semasa pelantikan pegawai tersebut. Sekiranya di dalam kontrak tersebut tercatat bahawa pelantikan kontrak tersebut adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan Kewangan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan dan Undang-Undang yang dikuatkuasa dari semasa ke semasa, maka dengan itu, pegawai tersebut perlu melaksanakan submodul berkenaan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2008.
Oleh itu, mohon kerjasama agensi untuk menyemak semula kandungan kontrak bagi pegawai tersebut bagi tujuan ini. Sekiranya perkara tersebut tidak dinyatakan dalam kontrak, pegawai yang diselia perlu dinilai oleh penjawat awam yang terdekat dalam urusan/tugasan kerja beliau.

39. Isu mengenai LNPT pegawai yang akan berpencen. Situasi di mana pegawai akan berpencen dalam masa terdekat (tahun semasa) dan beliau akan membuat penilaian ke atas semua pegawai yang diselia sebelum berpencen. Tetapi, bagaimana dengan status LNPT beliau sendiri sama ada perlu membuat LNPT 2016 ataupun tidak perlu, kerana LNPT tahun 2016 akan melibatkan pergerakan gaji untuk tahun hadapan dan beliau telahpun berpencen.

Sebaiknya pegawai mengisi LNPT kerana telah berkhidmat melebihi 6 bulan dalam tahun penilaian sebagaimana peraturan semasa menetapkan. Ini akan menjadi rekod prestasi perkhidmatan terakhir pegawai.

40. Sekiranya saya sebagai Pentadbir Sistem di agensi, di mana saya boleh mengetahui fungsi bagi setiap peranan yang terdapat dalam sistem?

Pentadbir Sistem di agensi akan dibekalkan Panduan/Manual Pengguna semasa sesi taklimat/demo modul yang berkenaan daripada Pemilik Modul melalui Cawangan Pengurusan Pelaksanaan dan Kandungan. Selain daripada itu, nota taklimat juga boleh didapati di dalam Portal HRMIS di URL http://www.eghrmis.gov.my.

41. Apakah nama peranan yang boleh menetapkan siapa PPP dan PPK bagi setiap Pemilik Kompetensi?

Peranan sebagai Performance Management Administrator yang boleh memasukkan PPP dan PPK bagi setiap Pemilik Kompetensi ke dalam sistem setelah mendapat maklumat daripada unit/sektor/cawangan (BU) Pemilik Kompetensi berkenaan

42. Sekiranya PYD hanya ada satu pegawai penilai sahaja, adakah urusetia boleh membuat penetapan PPP sahaja atau WAJIB melengkapkan penetapan PPK?

Aliran Kerja modul Penilaian Prestasi adalah dari PYD --> PPP --> PPK.  Oleh itu bagi PYD yang hanya mempunyai seorang pegawai penilai, perlu ditetapkan (set) PPP dan PPK adalah orang yang sama supaya aliran kerja lengkap dan sempurna sampai kepada Urusetia

43. Masalah kemaskini maklumat LNPT CO di data sejarah LNPT. Selepas klik teruskan, keluar ralat “Maklumat Kumpulan Perkhidmatan tidak ditemui“

Mohon dibuat semakan pada gred gaji di selenggara profil perkhidmatan. Tahun yang ingin disemak di data sejarah LNPT perlulah berada dalam lingkungan tahun kuatkuasa gred gaji (di selenggara profil perkhidmatan) tersebut.
Contoh:
Tahun ingin disemak di data sejarah - tahun 2009
Tarikh kuatkuasa gred gaji di profil perkhdmatan - xx/xx/2011 - xx/xx/9999
Hasil: Ralat
Tahun ingin disemak di data sejarah - tahun 2009
Tarikh kuatkuasa gred gaji di profil perkhidmatan - xx/xx/2001 - xx/xx/2008 - xx/xx/2008 - xx/xx/9999
Hasil: Sistem akan papar borang LNPT 

44. Semasa penyelenggaraan LNPT PYD di data sejarah LNPT, terdapat masalah pada Bahagian I – Maklumat Pegawai “Tiada rekod pemilik kompetensi pada tahun xxxx”. Apa yang perlu disemak?

Semakan perlu dibuat pada selenggara sandangan CO.

45. Data Sejarah LNPT memaparkan mesej “CO berkenaan tidak pernah berkhidmat di agensi xxxx”. Apakah yang dimaksudkan dengan mesej ini?

Ini bermaksud kemasukan dan semakan data sejarah LNPT hanya dibenarkan untuk LNPT PYD yang pernah dan sedang menjawat jawatan di agensi tersebut sahaja.

46. Bilakah SKT boleh dilakukan?

Pengemaskinian SKT boleh dibuat sepanjang tahun penilaian. Tidak perlu tunggu pada hujung tahun untuk pengisian SKT.

47. Apakah yang perlu dilakukan oleh PYD sebelum menghantar SKT?

Sebelum menghantar SKT kepada pegawai penilai, PYD dinasihatkan untuk menyimpan SKT terlebih dahulu melalui fungsi 'Paparan Format Keseluruhan' dengan export kepada format PDF.

48. Semasa Pegawai Penilai membuat penilaian, didapati kriteria penilaian tidak lengkap. Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Pegawai Penilai perlu berhubung terus dengan Urusetia LNPT/ Pentadbir LNPT di peringkat agensi untuk reset semula LNPT Pemilik Kompetensi yang terlibat.

49. Bagaimana pelaksanaan LNPT yang melibatkan Pegawai Penilai terdiri daripada pegawai kontrak yang tiada sandangan?

Agensi perlu membuat sandangan pegawai kontrak tersebut kepada jawatan kontrak yang telah diluluskan oleh jabatan.

50. Mengapa paparan Ulasan Pegawai Penilai Pertama (PPP) LNPT dihantar kepada pemberitahuan Urusetia PPSM?

Paparan Ulasan Pegawai Penilai Pertama (PPP) LNPT dihantar kepada urusetia PPSM kerana Pegawai Yang Dinilai (PYD) mempunyai satu penilai iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) adalah pegawai yang sama. Antara contoh pegawai yang mempunyai satu penilai adalah Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat. Pihak Pentadbir LNPT agensi hendaklah: a) menetapkan PPP dan PPK adalah pegawai yang sama di Fungsi Penetapan Pegawai Penilai supaya proses penilaian LNPT satu penilai lengkap dan berjaya dihantar ke Urusetia PPSM. b) memastikan aliran kerja LNPT sedia ada iaitu PM-016 berfungsi dengan baik

51. Mesyuarat PPSM telah memutuskan untuk penyelarasan markah seorang pegawai. Di manakan penyelarasan markah perlu dibuat?

Pindaan markah selepas Mesyuarat PPSM hendaklah dilakukan melalui Menu Pengesahan Markah Penilaian Prestasi (perkara 2.2.1 manual pengguna), tetapi rekod nama panel tersebut serta senarai pegawai yang boleh akses ke Menu Pengesahan Markah Penilaian Prestasi perlu diselenggara terlebih dahulu di Menu Selenggara Panel Penilai (perkara 2.1.1 manual pengguna). Pastikan juga senarai pegawai berkenaan mendapat peranan Panel Reviewer. *Nota juga boleh dicapai di laman http://www.eghrmis.gov.my

52. Urusetia LNPT/ Pentadbir LNPT telah menjana laporan di Submodul Pengurusan Prestasi >>Lampiran Kertas Pertimbangan PPSM>> Senarai CO Yang Memasukkan SKT. Didapati terdapat sebilangan CO yang mempunyai status SKT seperti berikut : Cadangan Pengesahan SKT Baru. Mengapa status ini wujud? Apakah tindakan yang perlu di ambil di peringkat agensi?

Cadangan pengesahan SKT baru adalah merupakan status aktiviti SKT yang digugurkan dan telah mendapat pengesahan penilai dan tiada sebarang tindakan yang perlu diambil oleh agensi.

53. Urusetia LNPT/ Pentadbir LNPT telah menjana laporan di Submodul Pengurusan Prestasi >>Lampiran Kertas Pertimbangan PPSM>> Senarai CO Yang Memasukkan SKT. Didapati terdapat sebilangan CO yang mempunyai status SKT seperti berikut : Cadangan Pengesahan SKT Baru. Adakah SKT CO terlibat diambilkira sebagai status SKT yang telah selesai dan mencapai syarat KPI?

Status SKT berkenaan diambilkira sbg status SKT yang telah selesai dan dikira telah mencapai syarat KPI.