Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»HRMIS - Items filtered by date: Februari 2016

Penilaian Kompetensi (Pengurusan Tuntutan)

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Apakah yang perlu dilakukan jika keluar mesej “Maklumat Tidak Dapat Dipaparkan Sama Ada

Kerana : Peraturan di Selenggara Kelayakan Tuntutan ATAU Maklumat Profil Tidak Lengkap” pada tab Senarai Tuntutan semasa memohon Elaun Perjalanan Dalam Negeri?

Dua sebab mesej berkenaan dipaparkan :

 

  • 1) Sandangan CO adalah Memangku. Pentadbir perlu memasukkan gred pemangkuan CO berdasarkan langkah-langkah berikut dengan peranan Service Profile Administrator (Service Profile)

 

  • Klik pada menu Pentadbiran Sistem
  • Klik submenu Penyelenggaraan Rekod
  • Klik Fungsi à Profil Perkhidmatan à Selenggara Sandangan à Melalui Pemilik Kompetensi
  • Masukkan Nombor KP/Polis/Tentera atau COID, klik di ruangan kosong paparan sehingga butiran CO keluar
  • Klik tab Kemaskini Tarikh Sandangan Lampau Pemilik Kompetensi
  • Di bawah kolum ID Sandangan, klik ID sandangan CO yang terkini (biasanya yang terakhir)
  • Di bawah kolum Kod Status Sandangan, klik hyperlink 03 yang menunjukkan sandangan memangku.
  • Di paparan seterusnya, klik butang TAMBAH.
  • Di bahagian TAMBAH GRED PEMANGKUAN / PEMINJAMAN, di Gred Pemangkuan/Peminjaman, klik butang CARI
  • Isikan Kod Klasifikasi Perkhidmatan CO, kod Jenis Perkhidmatan = Skim Saraan Malaysia, kod Jenis Perkhidmatan CO dan klik butang TERUSKAN.
  • Klik Radio Button gred memangku CO sekarang. Gred memangku CO, bukan gred semasa.
  • Selepas Gred Memangku yang dipilih itu dipaparkan di kotak carian tadi, isikan Tarikh Kuatkuasa dan Tarikh Luput (31/12/9999)
  • Klik butang Hantar.
  • Klik butang Kemaskini.

 

  • Penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat belum ditetapkan pada tarikh permohonan.

 

Pentadbir HRMIS agensi perlu memaklumkan kepada Helpdesk HRMIS JPA untuk tindakan pemilik modul.

 

2

Mengapa mesej “Sila kemaskini Rekod Cawangan Bank di Modul Pengurusan Rekod Peribadi” dipaparkan semasa Pemilik Kompetensi memilih Kaedah Pembayaran Tuntutan pada paparan Maklumat Permohonan Tuntutan?

Pemilik Kompetensi perlu mengisi sendiri maklumat nombor akaun bank dan cawangan bank berdasarkan langkah-langkah berikut:

 

 

  • Klik pada menu Pengurusan Rekod Peribadi
  • Klik sub menu Rekod Peribadi
  • Klik sub menu Kemaskini Rekod Peribadi
  • Klik pada menu Akaun
  • Klik pada hyperlink Nama Bank/Institusi yang berkenaan
  • Klik butang CARI pada ruangan Cawangan
  • Pilih Negeri bank berkenaan
  • Pilih Bandar bank berkenaan
  • Klik pada radio button bagi cawangan bank
  • Klik butang HANTAR

 

*Jika cawangan bank tidak tersenarai, memadai dengan memilih ibu pejabat (HQ) bank berkenaan. Kebiasaannya di Kuala Lumpur.

 

3

Mengapa mesej “Sila kemaskini Profil Perkhidmatan dan Sandangan CO” dipaparkan semasa Pemilik Kompetensi memilih tab Papar Maklumat Gaji?

Mesej tersebut dipaparkan kerana maklumat No. Gaji tidak diselenggara oleh Payroll Administrator Federal/State Government. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemas kini No. Gaji Pemilik Kompetensi:

 

 

  • Klik pada menu Pengurusan Saraan, Faedah & Ganjaran
  • Klik sub menu Pemprosesan Gaji
  • Klik sub menu Fail Induk Gaji
  • Klik sub menu Kemasukan Fail Induk Gaji
  • Masukkan No KP

 

  • Klik TERUSKAN
  • Masukkan No Gaji yang betul

 

  • Klik pilihan Cara Pembayaran : Kredit Ke Bank
  • Klik HANTAR

 

4

Mengapa elaun memangku tidak dipaparkan pada tab Papar Maklumat Gaji sedangkan sandangan Pemilik Kompetensi adalah memangku ?

 

Elaun memangku tidak dipaparkan kerana maklumat tersebut tidak dikemas kini oleh Payroll Administrator Federal/State Government .

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah atau mengemaskini  maklumat elaun memangku Pemilik Kompetensi:

 

 

  • Klik pada menu Pengurusan Saraan, Faedah & Ganjaran
  • Klik sub menu Pemprosesan Gaji

 

  • Klik sub menu Fail Induk Gaji

 

  • Klik sub menu Kemasukan Fail Induk Gaji
  • Masukkan No KP

 

  • Klik TERUSKAN

 

  • Klik hyperlik Pendapatan

 

  • Klik TERUSKAN

 

  • Klik TAMBAH

 

  • Masukkan Amaun yang betul

 

  • Klik HANTAR

 

5

Mengapa Pemilik Kompetensi yang menanggung kerja tidak ditolak 2 jam 15 minit daripada tuntutan Bayaran Lebih Masa?

 

Bagi kes Pemilik Kompetensi yang menanggung tugas, sistem tidak menolak 2 jam 15 minit secara automatik kerana tiada penetapan atau indikator bahawa pemilik kompetensi tersebut sedang menanggung kerja di ruangan ‘Tanggung Kerja’ pada muka surat depan Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa yang dijana dari HRMIS.

 

6

Mengapa masih perlu mencetak borang tuntutan?

CO perlu mencetak dan menandatangani borang tuntutan yang dijana melalui sistem bagi tujuan pemantauan audit. Walau bagaimanapun, kemudahan muat naik dokumen sokongan telah disediakan tetapi CO masih perlu membuat salinan dan pengesahan salinan secara fizikal dan dihantar bersama-sama borang tuntutan.

 

7

Saya menanggung kerja, tetapi sistem tidak menolak 2 jam 15 minit.

 

Sistem tidak menolak 2 jam 15 minit secara automatik kerana tiada penetapan atau indikator bahawa pemilik kompetensi tersebut sedang menanggung kerja di ruangan ‘Tanggung Kerja’ pada muka surat depan Penyata Tuntutan Elaun Lebih Masa yang dijana dari HRMIS.

 

8

Saya merupakan pegawai di Negeri Selangor. Hari Ahad merupakan cuti Hujung Minggu. Jika hari Ahad juga merupakan cuti umum, bagaimana kelayakan tuntutan bayaran lebih masa saya? Adakah dikira cuti umum atau cuti hujung minggu?

 

Hari ahad dikira sebagai cuti hujung minggu.

 

9

Apakah jenis tuntutan yang boleh dilakukan menerusi HRMIS?

 

Jenis-jenis tuntutan yang boleh dimohon melalui HRMIS Klasik dan HRMIS2.0 adalah :

 

  1. Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
  2. Tuntutan Perjalanan Luar Negeri
  3. Bayaran Kerja Lebih Masa
  4. Elaun Pakaian Panas
  5. Bayaran Pakaian Istiadat
  6. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi
  7. Bayaran Pakaian Black Tie
  8. Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi Dan Sukan
  9. Bayaran Bantuan Mengurus Jenazah
  10. Bayaran Pengangkutan Jenazah
  11. Elaun Keahlian Badan Profesional
  12. Bayaran Bil (Elektrik, Air, Telefon)
  13. Skim Bayaran Pampasan (Ex-Gratia)
  14. Bayaran Saguhati Pensyarah, Penceramah Dan Fasilitator Sambilan
  15. Bayaran Urusan Peperiksaan Perkhidmatan Kerajaan Dan Penilaian Tahap Kecekapan
  16. Bayaran Mentashih Al-Quran
  17. Bayaran Ganjaran Pegawai Kontrak
  18. Bayaran Saguhati Persidangan
  19. Bayaran Saguhati Kepada Penulis Artikel Dalam Jurnal Parlimen Dewan
  20. Elaun Bantuan Gaji Drebar
  21. Bayaran Bil Telefon Bimbit
  22. Bayaran Balik Letak Kereta
  23. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  24. Bayaran Insentif Klinik Selepas Waktu Pejabat (BIKSWP)
  25. Elaun Tugas Memandu Kenderaan

10

Saya merupakan gred pelaksana tetapi mesej “Ända tidak layak memohon bayaran lebih masa”. Mengapa ia terjadi?

 

Mesej tersebut dipaparkan kerana jabatan / agensi (BU) CO belum disetkan sebagai Penerima Penetapan Agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat pada tarikh permohonan.

 

Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan Pemilik Modul.

 

 

Kelayakan kadar hotel / elaun makan/ elaun lojing salah.

Jika perkara ini berlaku, sila semak maklumat gred sandangan dan mata gaji semasa di Profil Perkhidmatan.

 

Tiada butang “Tambah” pada Selenggara Kenderaan.

 

Pemilik Kompetensi perlu membuang tanda “√” pada peranan Claim Administrator.

 

 

Apabila klik tab Senarai Tuntutan, keluar mesej “Maklumat di ruangan Kenyataan Tuntutan tidak Berjaya disimpan sepenuhnya”. Mengapa ia terjadi?

 

Mesej tersebut dipaparkan kerana jabatan / agensi (BU) CO belum disetkan sebagai penerima penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat pada tarikh permohonan.

 

Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan pemilik modul.

 

 

 

Perbezaan Bayaran Balik Letak Kenderaan dan Bayaran Letak Kereta.

 

Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah bayaran tetap bulanan yang dijelaskan oleh pegawai kepada pengusaha parkir awam yang mengenakan bayaran kepada kenderaan yang diletakkan di kawasan berbayar tersebut. Had tuntutan maksimum bagi Bayaran Balik Letak Kenderaan ialah RM90 sebulan.

 

Sementara Bayaran Letak Kereta ialah bayaran yang dijelaskan oleh pegawai setiap kali dia meletakkan kenderaannya di kawasan parkir secara tidak tetap (sekali-sekala). Tiada had tuntutan maksimum bagi Bayaran Letak Kereta.

 

 

Mengapa agensi saya tidak dapat membuat permohonan tuntutan?

 

Ia berlaku kerana penetapan agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat belum dibuat pada tarikh permohonan.

 

Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan melalui Meja Bantuan JPA untuk tindakan pemilik modul.

 

 

Agensi saya ada sistem Pengurusan Maklumat Pegawai. Bolehkah digunakan untuk diintegrasikan dengan HRMIS untuk melaksanakan modul tuntutan?

Buat masa ini, sistem seperti itu tidak boleh diintegrasikan dengan HRMIS untuk pelaksanaan modul Tuntutan kerana fungsi ini hanya menggunakan maklumat dan data yang terdapat di dalam HRMIS sahaja.

 

Bagaimana pelaksanaan pegawai shift dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa?

 

Pelaksanaan pegawai shift dalam pengiraan Bayaran Lebih Masa ditentukan melalui penetapan Waktu Asas Bekerja di Profil Perkhidmatan.

 

back to top