Menu
RSS

Dasar Penafian

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (”JPA”, “kami”) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh JPA.

Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan rujukan umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Portal HRMIS, ia hanyalah untuk menyatakan JPA TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Maklumat/bahan/artikel tersebut berkemungkinan telah pun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan maklumat/bahan/artikel yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. JPA tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan portal dan maklumat dan bahan terkandung dalam portal dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.

 

Capaian

Portal Rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) sesuai dilayari dengan menggunakan semua pelayar*.

Sekiranya anda menggunakan perisian pelayan web terdahulu, sebahagian paparan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pelayar web mestilah menyokong penggunaan JavaScript, Cascading Style Sheet, warna, format teks dan fungsi-fungsi asas yang lain.

Penggunaan resolusi 1024 pixels x 768 pixels adalah digalakkan.

 

Maklum Balas

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada pihak yang berkaitan.

Baca Selanjutnya...

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Baca Selanjutnya...

Dasar Privasi

Privasi

JPA (”kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal HRMIS ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 2, Blok A, Bangunan MKN Embassy Techzone
63000 Cyberjaya Selangor
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Rangkuman

Menerangkan cara pengendalian maklumat kenal pasti diri yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Portal HRMIS, dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian maklumat kenal pasti diri yang mungkin dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

 

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Pengumpulan maklumat kenal pasti diri dilakukan semasa anda melayari portal ini, mendaftar akaun forum dan perkhidmatan online yang lain.

Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.

Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.

Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman web dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

 

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.

Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;

  1. Mendapat kebenaran berbuat demikian.
  2. Dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  3. Pihak JPA mendapati tindakan pengunjung/pengguna laman web melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

 

Cookie

Cookie ialah sejumlah kecil data, yang selalunya mengandungi pengenal pasti unik tanpa nama, yang dikirimkan ke penyemak imbas anda daripada komputer sesuatu tapak web dan disimpan dalam careka keras komputer anda.

Setiap tapak web boleh mengirimkan cookienya sendiri kepada penyemak imbas anda jika pilihan utama penyemak imbas anda membenarkannya, tetapi (untuk melindungi privasi anda) penyemak imbas anda hanya membenarkan sesuatu tapak web untuk mengakses cookie yang telah dikirimkan oleh tapak web tersebut kepada anda, bukannya cookie yang dikirimkan kepada anda oleh tapak lain.

Portal Rasmi HRMIS menggunakan cookie sendiri untuk beberapa tujuan:

  1. Mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai.
  2. Menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas khalayak.
  3. Menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan Portal HRMIS.

 

Pautan kepada Laman Web yang lain

Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed